omniture

Thuraya Menetapkan Standard Baharu Dengan Telefon Bimbit Dua Mod, Dua SIM Pertama Dunia

Keanjalan dan pilihan: Thuraya XT-PRO DUAL menyediakan penumpuan yang boleh disuaikan
Thuraya Telecommunications Company
2016-11-15 16:00 685

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 15 November 2016 /PRNewswire/ -- Pengendali Perkhidmatan Satelit Mudah Alih (MSS) terkemuka, Thuraya Telecommunications hari ini telah membuat kemajuan selanjutnya terhadap keupayaan telefon satelit menerusi pelancaran telefon dua mod, dua SIM pertama dunia.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/7976651-thuraya-xt-pro-launch-dual-mode-sim-phone/

Thuraya XT-PRO DUAL merapatkan jurang antara komunikasi satelit dan darat, membolehkan pengguna bergerak dengan lancar di dalam dan luar liputan darat bagi menikmati fungsi ketersambungan di mana-mana lokasi. Dengan slot SIM khusus untuk komunikasi satelit dan slot kedua untuk komunikasi GSM, telefon bimbit canggih dan terkini daripada Thuraya mengubah kebolehgunaan dan pilihan. Pengguna boleh memilih kad SIM Thuraya dan kad GSM mereka, atau memilih mana-mana kombinasi kad SIM yang dapat memenuhi keperluan mereka.

Ciri versatiliti juga kini telah mencapai tahap yang belum pernah dialami sebelum ini. Fungsi 'Sentiasa Aktif' pada telefon bimbit baharu itu membolehkan pengguna bersilih ganti panggilan dengan mudah, memastikan mereka sentiasa dapat dihubungi sama ada pada rangkaian satelit mahupun rangkaian darat. Pengguna boleh dihubungi melalui nombor panggilan GSM mereka walaupun sedang menerima panggilan aktif satelit – dan sebaliknya.

Bilal Hamoui, Ketua Pegawai Komersial di Thuraya berkata: "XT-PRO DUAL ini memberikan kemajuan penting dalam kemudahan penumpuan. Ia merupakan telefon satelit terbaik dunia. Ciri dua SIM, fungsi keupayaan dua mod dapat memberikan keanjalan yang tiada tandingan, yang memberi nilai serba baharu kepada pengguna akhir. Sekali lagi, Thuraya dapat memberikan langkah kemajuan yang dramatik dalam keupayaan komunikasi satelit, didorong oleh permintaan pasaran."

Rangkaian hebat Thuraya memberikan komunikasi yang jelas dan liputan tanpa gangguan merentasi dua pertiga dunia menggunakan satelit dan seluruh dunia melalui fungsi keupayaan perayauan GSM, dengan 389 perjanjian yang diaturkan.

Thuraya terus menambah saluran baharu ke dalam pasaran dan memperluas perkongsian sedia ada. Hamoui berkata: "MNO (pengendali rangkaian mudah alih) seluruh dunia boleh menawarkan perkhidmatan pertama seumpamanya kepada pelanggan mereka yang memberi tumpuan terhadap faedah sentiasa terhubung, walaupun ketika sedang dalam perjalanan."

Thuraya XT-PRO DUAL dibangunkan untuk pengguna yang sering masuk dan keluar daripada liputan darat, seperti misi kerajaan dan syarikat-syarikat penapisan dan cari gali minyak serta gas, di dalam dan luar pesisir. Telefon satelit paling maju di dunia ini juga dapat menarik tumpuan NGO, SME dan juga syarikat-syarikat perusahaan bersaiz besar, selain VIP dan juga pengguna.

Rangkaian satelit Thuraya yang komprehensif juga menyediakan komunikasi yang andal, jelas dan tidak diganggu di lebih 160 negara di seluruh Eropah, Afrika, Asia dan Australia; manakala untuk mod GSM, Thuraya XT-PRO DUAL dapat menyokong kebanyakan frekuensi 2G/3G di seluruh dunia.

Penekanan terhadap aspek keanjalan diteruskan dengan keupayaan navigasi canggih pada Thuraya XT-PRO DUAL menerusi GPS, BeiDou, Glonass dan Galileo. Pengguna Thuraya XT-PRO DUAL juga dapat berkongsi koordinat semasa mereka, memasukkan titik laluan bagi menavigasi kedudukan tertentu menggunakan kompas elektronik selain menggunakan log kedudukan.

Satu lagi ciri yang merupakan pelopor industri iaitu keupayaan penjejakan canggih telefon bimbit yang menawarkan tiga pilihan berbeza, berdasarkan selang masa yang ditetapkan, jarak yang dilalui, dan pengesanan pergerakan di luar sempadan geografi yang ditetapkan. Proses menentukan sempadan geografi adalah amat mudah, dengan hanya menggunakan tiga hingga tujuh koordinat mengikut pilihan pengguna. Bagi kawalan sepenuhnya dan menjamin keselamatan, kesemua fungsi penjejakan diaktifkan oleh pengguna dan tidak boleh dimulakan atau dikawal oleh entiti luar yang tidak diundang.

Bateri Thuraya XT-PRO DUAL dapat berfungsi sehingga 11 jam masa berbual dan 100 jam masa bersedia. Prestasi dan keandalan terus ditingkatkan oleh butang kecemasan SOS. Telefon bimbit itu juga mempunyai kelebihan kalis kejutan yang amat lasak, badan telefon yang kalis air dan debu, serta paparan kaca Gorilla yang tahan silau.

"Teknologi telefon bimbit satelit semakin memberangsangkan," kata Hamoui. "Pengguna akhir belum pernah diberikan dengan fungsi keanjalan, kemudahan dan nilai sehebat ini."

Hubungi:  Rim Farouk Sadek +971 (0)4 448 8863 / rim.sadek@thuraya.com

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161108/437110

Source: Thuraya Telecommunications Company
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services