omniture

Jaguar Menggemparkan Melalui Kereta Konsep I-PACE

Jaguar Land Rover
2016-11-15 18:57 692

LOS ANGELES, 15 November 2016 /PRNewswire/ --

Kereta elektrik pertama Jaguar diperkenalkan melalui pengalaman realiti maya pertama dunia 

  • Jaguar mencetuskan pembaharuan dengan membawakan suatu konsep berwajah kereta super, berprestasi kereta sport dan berkeluasan seperti SUV, dalam satu pakej kereta elektrik
  • Pemecut berjarak jauh yang mencapai kelajuan sehingga 60 batu sejam dalam masa 4 saat, dengan jarak melebihi 500km (kitar NEDC) selain pengecasan pantas bateri 90kWh
  • Prestasi berfokus pemandu dan pemanduan semua roda daripada motor dwielektriknya dapat menjana 700Nm tork dan 700Nm
  • Jaguar mengesahkan keluaran I-PACE akan dipandu di jalan raya menjelang 2018, dengan dinamik pemanduan yang tepat dan tangkas, yang tidak didapati dalam mana-mana kenderaan elektrik
  • Pengalaman pendedahan VR pertama dunia secara langsung merentasi benua dapat membawa audiens ke dalam dunia maya yang unik bagi meneroka Konsep I-PACE menggunakan teknologi daripada peneraju dunia, HTC VIVE™ dan Dell Precision
  • Peminat Jaguar, tetamu dan pelanggan, termasuk James Corden, Michelle Rodriguez, Miranda Kerr dan David Gandy akan turut bersama-sama pencipta kereta dalam dunia maya yang unik ini
  • Untuk menjadi salah seorang pemilik terawal sila ke jaguar.com dan klik butang 'I want one' ('Saya ingin satu')

Klik di sini bagi menonton sorotan penting dan mendapatkan maklumat lanjut tentang Konsep I-PACE Jaguar dan untuk mengetahui aset VR seterusnya layari media.jaguar.com

Kereta Konsep I-PACE Jaguar menjadi langkah awal dalam era baharu untuk Jaguar. Ia merupakan prebiu pelancaran I-PACE Jaguar, yang akan diperkenalkan tahun hadapan dan bakal dipandu di jalan raya pada 2018. Pelanggan boleh mendaftar sekarang melalui jaguar.com untuk menjadi salah seorang pemilik terawal I-PACE.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161111/438236 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161111/438237 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161111/438238 )

Pasukan kejuruteraan dan reka bentuk Jaguar telah membawa pembaharuan untuk membawakan seni bina elektrik yang ditempah khas, dipadankan dengan reka bentuk yang dramatik. Hasilnya ialah kereta sport tanpa kompromi yang pintar dan mempunyai lima tempat duduk, selain memiliki prestasi SUV.

Ian Callum, Pengarah Reka Bentuk, berkata: "Konsep I-PACE memperlihatkan reka bentuk kereta elektrik generasi seterusnya. Ia mempunyai reka bentuk dramatik, yang mendepani masa depan dengan kedudukan kereta standard, berserta rekaan dalaman yang begitu indah – produk yang mempunyai elemen penting Jaguar yang asli, berteknologi elektrik dan hasil rekaan kontemporari."

"Produk realiti maya yang kami paparkan hari ini turut membawa pembaharuan dalam teknologi, dan merangkumkan intipati kereta konsep berteknologi tinggi. Kami mempunyai hanya sebuah kereta konsep dan ia berada di LA untuk tujuan pelancaran. Buat pertama kali, VR membolehkan kami untuk berkongsi dengan seluruh dunia dalam cara yang paling imersif."

Pelancaran yang unik dan merupakan 'VR sosial' pertama dunia ini dipercayai menjadi acara langsung VR terbesar dan terhubung untuk tujuan ini, setakat ini. Sepanjang hari, lebih 300 tetamu dibawa ke dalam dunia maya yang dicipta khas, seperti kehidupan dunia, yang melaluinya, dua pencipta kereta itu, Ian Callum dan Ian Hoban akan dipaparkan.

Dari hab VR di Los Angeles dan London, beberapa kumpulan yang terdiri daripada 66 tetamu termasuk bintang-bintang ternama, Michelle Rodriguez, Miranda Kerr, James Corden dan David Gandy menggunakan set kepala HTC Vive Edisi Perniagaan, dikuasakan oleh stesen kerja Dell Precision, untuk membawakan diri mereka ke dalam kereta konsep itu dan berinteraksi secara langsung dengan peserta lain. Tetamu 'duduk' di kerusi maya kereta konsep itu, mendapat pandangan 3600 Pantai Venice memandangkan kereta konsep itu dibangunkan sedikit demi sedikit di sekitar kawasan itu, dan dapat menyaksikan kereta Konsep I-PACE memandu laju ke arah mereka merentasi padang pasir maya.

Dr Wolfgang Ziebart, Jaguar Land Rover berkata: "Ini merupakan kereta elektrik tanpa kompromi yang direka daripada sekeping kertas putih: kami telah membangunkan seni bina baharu dan memilih hanya teknologi terbaik yang sedia ada."

Konsep I–PACE mengubah pengalaman pemanduan kereta elektrik dan membawakan prestasi berfokus pemandu dan gerak balas Jaguar yang terkenal. Bagi membawakan konsep ini, kereta Konsep I-PACE mempunyai motor elektrik di gandar depan dan belakang. Output tergabungnya ialah 400PS dan 700Nm tork – nilai tork yang sama seperti F-TYPE SVR, memecut dari 0-60 batu sejam dalam tempoh kira-kira empat saat. Untuk pengecasan pantas, menggunakan rangkaian pengecasan 50 KW DC awam biasa, cas penuh hanya mengambil masa selama 2 jam – cukup untuk memberikan jarak perjalanan lebih 220 batu.

Pengalaman realiti maya ini juga membolehkan peserta duduk di hadapan dan belakang kereta Konsep I-PACE dan meneroka bahagian dalamnya yang cukup cantik, selain melihat butiran serta ciri tersembunyi.

Ian Callum berkata: "Bahagian dalam kereta Konsep I-PACE disempurnakan dengan bahan yang cantik dan premium serta memberi perhatian yang teliti terhadap segala butiran. Bermula dengan atap kaca berpanorama luas kepada tempat duduk berciri sport dengan kemasan yang cantik, setiap ciri ini mempunyai gaya kemahiran British yang terkenal."

Pengarah VR terkenal, Alexander Horton, memimpin segala usaha kreatif. Peserta dapat mengalami sendiri kereta itu dibangunkan di sekitar mereka, memecut ke arah mereka dan seakan-akan jatuh ke Bumi dari planet lain – dengan jelas menandakan alam masa depan untuk Jaguar yang revolusioner.

Platform VR yang baharu dan mengujakan ini membawa pembaharuan selanjutnya lebih daripada sebelum ini, dengan memasukkan elemen interaksi sosial dan siaran penyampai sebenar dalam sebuah dunia VR, agar kumpulan di LA dan London berpeluang berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain.

Kandungan VR daripada pelancaran itu kini disediakan pada Vive Port menerusi aplikasi Jaguar khusus yang membolehkan pengguna mengalami sendiri kereta Konsep I-PACE di rumah.

Jaguar turut berganding bahu dengan pemimpin VR HTC, pakar Komputer Dell dan agensi Kreatif ReWind serta Imagination untuk mencipta pengalaman VR terbesar, bersifat global dan terhubung di dunia.

Hervé Fontaine, Naib Presiden B2B Realiti Maya dan Pembangunan Perniagaan di HTC berkata: "Jaguar Land Rover terkenal dengan semangat inovatif dan bersama Vive Edisi Perniagaan ini, kami teruja untuk menjadi rakan realiti maya bagi membantu menghidupkan acara pelancaran terkini mereka itu. Menerusi gabungan antara ciri sinematik dan teknologi VR bersaiz bilik daripada Vive, pengalaman VR kereta Konsep I-PACE dapat membawakan tahap imersif yang mengagumkan, selain memaparkan konsep baharu yang menarik terhadap pelancaran kereta tradisional."

Rahul Tikoo, Naib Presiden dan Pengurus Besar Dell Precision, berkata: "Dell telah lama terlibat dalam teknologi VR, dan kami telah mengubah model perniagaan kami bagi memperkenalkan penyelesaian yang dioptimumkan untuk masa depan VR. Kereta Konsep I-PACE Jaguar, direka dan diperkenalkan dengan VR, memperkukuhkan lagi inovasi luar biasa yang boleh tercapai menerusi teknologi VR dan akhirnya berpotensi untuk mengubah industri."

Ross Wheeler, Ketua Bahagian Automotif di Imagination, berkata: "Buat pertama kali dalam sejarah, jenama automotif global ini menggunakan VR yang imersif sepenuhnya untuk melancarkan kereta terkini mereka. Acara pelancaran ini dapat membawakan seorang individu melangkaui pengalaman kereta baharu yang pernah mereka saksikan sebelum ini, membolehkan orang ramai di seluruh dunia terhubung dalam masa sebenar, imersif sepenuhnya dalam kereta tersebut dan berkongsi bersama secara langsung tentang pengalaman mereka bersama kereta elektrik pertama Jaguar."

"Jaguar yang memanfaatkan teknologi termaju dengan cara ini, dapat mewujudkan pengalaman yang beraneka dan memuaskan buat penggunanya. Ia pastinya telah menakrifkan semula masa depan kaedah jenama-jenama automotif memperkenalkan kereta keluaran mereka kepada pelanggan."

Konsep itu akan membuat kemunculan sulung kepada awam di Pameran Automotif Los Angeles 2016 pada hari Rabu 16 November.

Maklumat lanjut tentang Konsep I-PACE Jaguar termasuk kit media automotif penuh boleh didapati di http://www.media.jaguar.com

Aset seterusnya termasuk aset 'realiti campuran' yang memaparkan gabungan antara dunia maya dan dunia sebenar turut disediakan.

Nota untuk Editor

Latar Belakang HTC VIVE™ 

VIVE ialah platform realiti maya pertama seumpamanya yang dibangunkan oleh HTC dan Valve bagi menjamin imersi sepenuhnya dalam dunia maya. Direka dari awal untuk VR bersaiz bilik dan interaksi sebenar-kehidupan, VIVE menunaikan janji VR menerusi teknologi yang mengubah industri dan kandungan yang terbaik dalam kategorinya. VIVE turut diiktiraf menerusi penerimaan 65 anugerah dan sanjungan ramai sejak diperkenalkan pada tahun 2015. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.VIVE.com.

Source: Jaguar Land Rover
Keywords: Auto New products/services