omniture

CMEC Bakal Sediakan Lebih Banyak Sumber di Thailand

China Machinery Engineering Corporation
2016-11-23 22:01 674

BANGKOK, Thailand, 23 November 2016 /PRNewswire/ -- China Machinery Engineering Corporation (CMEC), sebuah syarikat kejuruteraan terkemuka yang disenarai awam di Hong Kong, menganjurkan majlis menyambut tetamu dan persidangan bertema "CMEC, Rakan Kejayaan Anda" yang diadakan di hotel W Bangkok yang bergaya pagi ini. En. Zhang Jianguo, naib presiden CMEC menyampaikan ucaptama yang menekankan pencapaian hebat CMEC sepanjang sejarahnya selama 38 tahun selain pelan tindakan strategik di Thailand dan juga pasaran-pasaran negara jiran. Beliau menegaskan CMEC akan berusaha lebih giat lagi untuk pasaran Thailand, khususnya untuk sektor tenaga baharu seperti projek-projek penjanaan kuasa daripada tenaga solar, sisa buangan dan juga biojisim. Pusat Perniagaan Serantau CMEC untuk ASEAN telahpun dalam proses membuat keputusan dalaman, dan berharap akan mula beroperasi mulai tahun hadapan. 

Para pegawai eksekutif CMEC membuat 6 pembentangan memperkenalkan perniagaan dalam majlis yang berlangsung selama dua setengah jam itu, termasuk projek-projek yang dijalankan oleh subsidiari CERIECO bersama EGAT, rangkaian perkhidmatan pengeluaran bersaiz sederhana dan kecil oleh subsidiari CMECGM yang melibatkan farmaseutikal, minuman, ais krim dan produk plastik, serta perniagaan e-dagang CMEC, antara lain.

Tetamu-tetamu VIP seperti En. Alonhgkorn Pollabutr, naib pengerusi Majlis Pembaharuan Nasional Thailand, Dr. Pun-Arj Chairatana, pengarah Agensi Inovasi Nasional Thailand, En. Utis Chanchenchop, presiden Persatuan Kejuruteraan Pencahayaan Thailand dan En. Cai Yipi, presiden Pusat Pertukaran Ekonomi dan Perdagangan Thai-China, serta sekitar 200 tetamu lain turut menghadiri majlis tersebut.

En. Zhang Jianguo bergambar bersama tetamu-tetamu VIP
En. Zhang Jianguo bergambar bersama tetamu-tetamu VIP

Ditubuhkan pada tahun 1978, CMEC (www.cmec.com) ialah salah sebuah kumpulan perdagangan antarabangsa terbesar di China sebelum disenarai awam dalam Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2012. Perniagaan teras syarikat ini melibatkan kontrak kejuruteraan, pelaburan dan pembiayaan, reka bentuk dan perundingan serta perdagangan antarabangsa. Syarikat ini juga dikenali sebagai kontraktor terbaik yang tetap dalam senarai ENR.

Maklumat Perhubungan Media:

China Machinery Engineering Corporation
+86-10-6345-1188 
cmec@mail.cmec.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161123/0861612565

Source: China Machinery Engineering Corporation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Corporate Expansion