omniture

AsiaMX & Dentsu Aegis Network Yang Pertama Mula Iklan TV Programatik

AsiaMX - Asia Media Exchange Pte Ltd
2016-11-24 23:24 546

SINGAPURA, 24 November 2016 /PRNewswire/ -- Asia Media Exchange (AsiaMX) dengan bangganya mengumumkan bahawa Thailand akan menjadi negara pertama di Asia untuk menerima pengiklanan TV programatik, melalui perjanjian penting dengan Dentsu Aegis Network (DAN).

"Thailand merupakan pasaran yang bertenaga, dinamik yang mengalu-alukan idea baharu. Industri penyiarannya telah berkembang dengan signifikan sejak pengenalan televisyen terestrial digital (digital terrestrial television) (DTT). Oleh itu, inilah masa yang sesuai untuk menunjukkan bagaimana TV programatik boleh membantu mentransformasi dan memperkasa industri media," kata Nick Chuah, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Komersial, AsiaMX.

Di bawah perjanjian itu, pelanggan Dentsu Aegis Network di seluruh dunia akan mendapat akses istimewa kepada aset pengiklanan pandangan pertama bernilai tinggi melalui platform berautomat. Thailand akan menjadi pasaran pertama di dunia yang memulakan perkongsian yang ditandatangani dengan syarikat pelaburan media Dentsu Aegis Network iaitu Amplifi dan unit perkhidmatan programatiknya, Amnet.

"Kami teruja untuk berkongsi dengan AsiaMX dalam melancarkan TV Programatik pertama di Thailand dan merentasi rantau Asia. Oleh kerana sebahagian daripada strategi kumpulan ialah digital 100%, kami mencari peluang melaksanakan pendigitan di seluruh media dan organisasi kami. Menerusi perkongsian dengan AsiaMX, kini kami berpeluang mengakses kandungan TV premium secara programatik, membawa pengautomatan kepada perancangan dan pembelian TV, serta berkeupayaan membuat sasaran berasaskan penonton," kata Sunil Yadav, Presiden, Amplifi Asia Pasifik. 

AsiaMX menawarkan aset pengiklanan programatik premium daripada TV berbayar utama dan rangkaian ke udara percuma melalui platform berdasarkan algoritma. Saluran antarabangsa tersenarai dalam pertukaran itu termasuklah A+E Networks Asia, Discovery Networks, NBCUniversal International Networks, dan juga Turner Asia Pacific. Antara saluran Thai yang bereputasi yang tersenarai ialah Channel 3 BEC-Tero Entertainment, Mono Mono29 Broadcast Co. dan ONE HD GMM Grammy.

Menurut Laporan Adspend September 2016 oleh Carat, iaitu satu divisyen di Dentsu Aegis Network, TV kekal kukuh di Thailand, menyumbang kepada 63.1% daripada keseluruhan perbelanjaan pengiklanannya. Trend ini juga dapat dilihat di Asia Pasifik, dengan TV menyumbang kepada 46.4% daripada perbelanjaan, berbanding 41.1% di peringkat global.

LATAR BELAKANG ASIAMX

Asia Media Exchange Pte Ltd (AsiaMX) ialah syarikat pengurusan aset pengiklanan silang media yang beribu pejabat di Singapura. AsiaMX telah mempelopori satu pertukaran dagangan yang berdasarkan algoritma menghubungkan pemilik media utama kepada pengiklan dan agensi media global. AsiaMX menawarkan akses kepada aset pengiklanan premium pandangan pertama bernilai tinggi merentasi televisyen penyiaran, video dalam talian dan mudah alih.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.asiamx.com.

 

 

Source: AsiaMX - Asia Media Exchange Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Advertising Entertainment Television Corporate Expansion Joint ventures New products/services