MARANELLO, Italy, 1 Discember 2016 /PRNewswire/ -- Hublotsentiasa mereka model dengan reka bentuk yang tersendiri dan ia terbukti dalam kerjasamanya bersama Ferrari, bermula pada tahun 2011. Setiap satu edisi menunjukkan pencarian berterusan terhadap inovasi, keunggulan dan prestasi yang menyatukan dua jenama ini. Big Bang Ferrari juga tidak terkecuali. Mencedok ilham daripada inovasi dan rekabentuk ikonik kebanyakan model Ferrari yang terkini, Ferrari and Hublot telah mereka semula kontur model Big Bang Unico.
Yang terbaik dari kedua-dua dunia
Reka bentuk terbaharu ini menggabungkan idea Hublot yang canggih dan gaya reka bentuk Ferrari. Kesempurnaan imej bayang dan keseimbangan menyerlahkan seni bina Big Bang Ferrari yang baharu, menampilkan perincian yang berfungsi tinggi dan keperincian yang bergaya.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161123/442593 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161123/442595 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161123/442594 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161123/442596 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161123/442597 )
Pengira minit dan tingkap tarikh pada jam 3 direka seperti takometer kereta dan gaya tarikh diilhamkan oleh dail laju Ferrari. Logo Prancing Horse ditampilkan tidak menonjol pada jam 6. Manakala pada jam 9, pengira saat dibuat dalam bentuk sebuah pengekstrak udara. Tangan jam dan minit yang direka semula sepenuhnya, menawarkan kebolehbacaan yang dipertingkatkan. Bukan lagi diletak pada kedudukan tegak, nombor kini diletak sebaris dengan indeks, yang kelihatan seolah-olah seperti terapung di atas dial, memberikan penampilan 3D pada jam tersebut.
Membentuk keseimbangan yang halus tetapi sempurna antara kepadatan dan kenipisan yang inovatif, bentuk yang berfungsi, kontur bingkai telah direka semula dengan benam gerigi untuk 6 skru; bentuk yang lebih ergonomik yang melindungi skru dan kelihatan seolah-olah diambil terus dari sebuah unit kawalan bersepadu.
Di sebelah mahkota, bahagian tengah menampilkan perincian garis merah, menggunakan alur ikonik bahagian belakang model LaFerrari. Butang tekan panjang disambung ke batang yang berputar seperti pedal pada kereta. Ditanda dengan logo Hublot, mahkota mempunyai pengawal mahkota yang lebih bersepadu dan ergonomi. Ia menimbulkan bentuk kecirian TPE (Turbo Performance Engineer) yang terletak di tengah-tengah papan pemuka Ferrari. Profil yang lain diilhamkan oleh penggayaan kereta Ferrari. Nama "Ferrari" terpampang dalam warna merah terang pada susunan huruf yang berlapis yang kini ikonik bagi jam ini.
Big Bang Ferrari dilengkapi dengan pergerakan Unico – satu pergerakan Hublot Manufacture yang menyatukan kronograf flyback dengan roda lajur diletakkan di sebelah dial. Berat berayun memantul bintang ikonik yang melambangkan reka bentuk rim tayar Ferrari, manakala plat utama, penyambung dan berat berayun diolah dengan PVD hitam dan dapat dilihat menerusi dial dan penutup belakang biru nilam.
Penyatuan gaya dan fungsian
Gaya baru menyerlahkan keluk Big Bang dengan sempurna, sehingga kepada perincian paling halus.