omniture

Capella Hotel Group Asia dan Pierre Gagnaire Jalin Kerjasama Sulung Di Tanah Besar China menerusi "Comptoir Pierre Gagnaire" di Capella Shanghai, Jian Ye Li

Dibuka pada Mac 2017
Capella Hotel Group Asia
2016-12-02 11:00 672

SINGAPURA, 2 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Capella Hotel Group Asia dan ikon bidang masakan terkenal, En. Pierre Gagnaire, sukacitanya mengumumkan satu jalinan kerjasama sulung antara kedua-duanya di Tanah Besar China. Comptoir Pierre Gagnaire, sebuah konsep baharu oleh En. Gagnaire, akan ditempatkan di Capella Shanghai di zon pemeliharaan budaya Daerah Xuhui, Shanghai. Restoran kecil Perancis dan tempat peranginan bandar berciri semua vila itu ialah sebahagian daripada hartanah Jian Ye Li, yang merupakan kluster seni bina "shikumen" terakhir yang masih wujud, berusia seawal tahun 1930-an. Capella Shanghai dan Comptoir Pierre Gagnaire dijadualkan dibuka pada Mac 2017.

Pierre Gagnaire:  Chef Terbaik di Dunia 2015 hasil undian rakan industri beliau menurut sebuah Majalah Perancis Le Chef. Kredit gambar: © Jacques Gavard
Pierre Gagnaire: Chef Terbaik di Dunia 2015 hasil undian rakan industri beliau menurut sebuah Majalah Perancis Le Chef. Kredit gambar: © Jacques Gavard

 

Comptoir Pierre Gagnaire di Capella Shanghai, Jian Ye Li: bakal dibuka pada Mac 2017
Comptoir Pierre Gagnaire di Capella Shanghai, Jian Ye Li: bakal dibuka pada Mac 2017

 

Diiktiraf sebagai "Chef Terbaik di Dunia 2015" oleh rakan industri beliau menurut sebuah majalah Perancis Le Chef, En. Gagnaire meraikan daya kreativiti dan kejayaan beliau di dapur selama 50 tahun pada tahun ini. Pierre Gagnaire pernah berkhidmat di 12 restoran di seluruh dunia dan menerima sejumlah 13 bintang Michelin antaranya. Didorong oleh pernyataan wawasan beliau iaitu "Mendepani masa depan namun menghormati hari semalam", masakan En. Gagnaire ialah cara beliau mengekspresikan wawasan beliau, menggantikan setiap bait perkataan dengan hasil seni kulinari. Di dapur, beliau mengubah bahan-bahan mentah menjadi satu simfoni yang menggabungkan rasa, tekstur dan suhu serta dihidangkan dengan emosi.

"Idea di sebalik Comptoir Pierre Gagnaire merupakan satu gema dari tahun 1930-an. Ia membawakan mesej keselesaan, kualiti dan kesopanan saya sebagai satu penghormatan buat zaman itu. Tempat itu haruslah ceria, selesa dan mudah diakses. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia akan menjadi sebuah tempat tertutup dan berciri eksklusif!" kata En. Gagnaire ketika menjelaskan tentang konsep serba baharu itu.

"Shangai ialah salah sebuah bandar paling dinamik di dunia yang menawarkan kekayaan warisan budaya digandingkan dengan semua kemudahan yang diperlukan untuk gaya hidup bertaraf antarabangsa. Falsafah Pierre Gagnaire begitu selari dengan Capella Canon kami. Kedua-dua organisasi kami memperlihatkan minat yang sama dan keinginan sebenar dalam mencipta pengalaman indah buat tetamu kami. Kebijaksanaan Pierre selaku chef berbintang Michelin, digabungkan dengan kerendahan hati beliau yang begitu sopan, menjadikan beliau sebagai rakan kongsi yang tepat untuk Capella Shanghai," kata En. Nicholas M. Clayton, Ketua Pegawai Eksekutif Capella Hotel Group Asia.

Capella Shanghai, Jian Ye Li, ialah satu-satunya tempat peranginan bandar vila sepenuhnya yang terdapat di bandar ini. Sebagai warisan seni bina yang begitu sukar didapati, hotel ini menawarkan pengalaman sebenar masa silam Shanghai yang romantis buat tetamu arif. Hartanah ini mempunyai 55 vila, 40 pangsapuri kediaman serta The Gallery, yang menghimpunkan pelbagai restoran dan juga jenama gaya hidup.

Diterajui oleh bakat luar biasa En. Gagnaire, Romain Chapel, Comptoir Pierre Gagnaire bakal dibuka pada Mac 2017 serentak dengan Capella Shanghai, Jian Ye Li. Ia menyediakan restoran dengan 70 tempat duduk, bar dengan 50 tempat duduk serta kedai bakeri yang terletak di The Gallery. Bagi melengkapi gaya hidup seperti di kediaman untuk kawasan kejiranan yang menarik ini, Comptoir Pierre Gagnaire menyediakan hidangan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan juga makan malam.

Untuk maklumat lanjut tentang Capella Shanghai dan Comptoir Pierre Gagnaire, sila hubungi joleena.seah@capellahotelgroup.com.

Latar Belakang Capella Hotel Group

Capella Hotel Group, beribu pejabat di Atlanta, Georgia USA, dengan beberapa buah pejabat di Asia dan Eropah, menawarkan perkhidmatan pengurusan hospitaliti untuk seluruh dunia menerusi empat model operasi yang berbeza: Capella Hotels and Resorts, sebuah konsep untuk hotel, tempat peranginan dan kediaman yang serba mewah, direka untuk pelancong yang amat teliti serta menawarkan perhatian peribadi menerusi lokasi-lokasinya di Dusseldorf, Singapura, Ixtapa, dan juga Saint Lucia selain beberapa buah hotel yang bakal dibangunkan di Orlando, Bangkok, Todos Santos, Shanghai dan Bali.

Solis Hotels and Resorts ialah himpunan tempat peranginan, hotel dan kediaman yang eksklusif, direka untuk pelancong dan perancang perjumpaan yang inginkan persekitaran dengan pelbagai pilihan global dalam keselesaan gaya kosmopolitan, hidangan yang menyelerakan, spa bertaraf dunia yang terletak di Donegal, Ireland dan Nanjing, China berserta hotel-hotel yang bakal dibangunkan di Bali, Atlanta, Guangzhou, Suzhou serta Orlando.

Independent Hotels and Resorts ialah hartanah tersendiri yang memanfaatkan kepakaran pengurusan dan budaya perkhidmatan Capella Hotel Group. Ia terletak di New Zealand, Bali dan Amerika Syarikat, selain hotel-hotel yang bakal dibangunkan di Mexico, China dan juga Eropah.

Auriga ialah konsep spa kesihatan dan kesejahteraan bertaraf dunia, diinspirasikan oleh kitaran fasa bulan. Setiap rawatan khusus Auriga disediakan dengan amat teliti bagi mengambil manfaat daripada kesan kitaran fasa bulan yang berbeza ini terhadap kesejahteraan fizikal dan emosi kita.

Maklumat Perhubungan Media

Capella Hotel Group Asia
Joleena Seah
Pengarah, Bahagian Pemasaran & Komunikasi
Tel:+65-6887-9835
E-mel: joleena.seah@capellahotelgroup.com 

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161124/8521607693-a  
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161124/8521607693-b  
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161124/8521607693LOGO

Source: Capella Hotel Group Asia
Keywords: Food/Beverages Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Restaurants Travel Licensing/marketing agreements