omniture

10 Juta Pengunjung Dijangka Kunjungi Sydney Musim Panas Ini

Destination NSW
2016-12-02 13:55 471

SYDNEY, 2 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Destination NSW sediakan sorotan Musim Panas menerusi rakaman baharu dari udara pantai-pantai terkenal Sydney. Klik di siniuntuk melihatnya.

Pada Musim Panas ini, lebih 10 juta pengunjung yang berkunjung semalaman dan pengunjung yang membuat lawatan sehari dijangka mengunjungi Sydney bagi memanfaatkan sepenuhnya cuaca panas, pantai-pantai terkenal dunia, ikon-ikon yang dikenali di seluruh dunia, tempat menjamu selera kelas pertama dan pelbagai siri acara.

Untuk melihat siaran multimedia penuh, klik di sini: http://www.prnasia.com/mnr/dnsw_201612.shtml

Manly di Sydney - Kredit: Destination NSW
Manly di Sydney - Kredit: Destination NSW

 

Pandangan udara Pelabuhan Sydney - Kredit: Destination NSW
Pandangan udara Pelabuhan Sydney - Kredit: Destination NSW

 

Khidmat feri Pelabuhan Sydney - Kredit: Destination NSW
Khidmat feri Pelabuhan Sydney - Kredit: Destination NSW

 

Ikon Sydney, Barangaroo dan Walsh Bay - Kredit: Destination NSW
Ikon Sydney, Barangaroo dan Walsh Bay - Kredit: Destination NSW

Sepanjang tempoh enam bulan mulai Oktober - Mac Sydney akan menerima 18 juta pengunjung, dengan 10 juta pengunjung dijangka akan melawat pada Musim Panas ini*.

Tahun lalu, pengunjung yang menggemari Musim Panas bermalam kira-kira 29.2 juta malam sepanjang tempoh tiga bulan dalam musim panas yang popular ini.

Menteri Perdagangan, Pelancongan dan Acara Utama NSW Stuart Ayres berkata: "Musim Panas adalah saat yang benar-benar menakjubkan untuk mengunjungi Sydney dan untuk memanfaatkan sepenuhnya gaya hidup tepian pantai yang terkenal di bandar itu menerusi lebih 90 pantai yang boleh dikunjungi.

"Pada Musim Panas lalu, kami mengalu-alukan lebih 9.2 juta pengunjung yang membelanjakan lebih AU$4.9 bilion di Sydney, dan ini bermakna pengunjung memanfaatkan kemudahan hiburan, tempat menjamu selera dan pilihan acara utama yang tidak berkesudahan setelah seharian meluangkan masa di pantai."

"Bermula pada hari acara Test di SCG bersejarah kepada perjalanan melalui feri ikonik Sydney, musim panas ialah saat yang begitu menarik, meriah dan indah di Sydney, dan kami berharap dapat menerima lebih ramai pengunjung dari dekat dan jauh sepanjang tempoh beberapa bulan dalam musim panas mendatang."

Aktiviti-aktiviti utama untuk pengunjung yang melawat Sydney ialah menjamu selera, membeli belah, bersiar-siar dan menyertai acara-acara yang disediakan. Bagi membantu merancang percutian anda, Destination NSW, agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan Negeri telah menyediakan senarai beberapa perkara penting yang perlu dilihat dan dilakukan sepanjang berada di bandar pada Musim Panas ini.

Tempat menjamu selera: Menjamu selera di tepi pantai ialah salah satu pengalaman yang tidak harus dilepaskan di Sydney. Kunjungi LuMi Bar & Dining di Pyrmont untuk hidangan dua orang bertopi, dan nikmati hidangan pembuka selera Turki di Anason di kawasan pembangunan tepian pantai terbaharu di Sydney, Barangaroo. Singgahlah ke restoran baharu Paddington, Fred's, dan kunjungi juga Light Brigade Hotel yang terletak hanya di hujung jalan bagi menikmati minuman di atas bumbung. Apabila berada di Barat Sydney, tempahlah hidangan di Vela Dining & Bar yang terletak di sepanjang Sungai Parramatta, atau nikmati pemandangan sungai 180 darjah di atas dek Port Bar. Bagi menikmati pengalaman yang benar-benar ikonik, nikmati minuman ketika senja di Opera Bar, yang terletak di sepanjang jalan pesisir Panggung Opera Sydney, berhadapan dengan Jambatan Pelabuhan Sydney.

Tempat membeli belah: Sydney ialah lokasi penting untuk membeli belah yang dapat memenuhi keperluan penggemar fesyen mewah, jenama antarabangsa serta pereka butik tempatan. Kunjungi ratusan kedai di Bangunan Queen Victoria ikonik di Sydney, The Strand, Pitt Street Mall yang meriah dan Westfield Sydney yang dipenuhi dengan jenama-jenama pereka mewah. Untuk mengalami pengalaman membeli belah di luar, luangkan sedikit masa di Paddington untuk mengunjungi Oxford St, William St dan Intersection yang popular, dikenali dengan koleksi pereka dari Australia.

Aktiviti bersiar-siar yang perlu dilakukan: Panggung Opera Sydney yang terkenal di dunia, Jambatan Pelabuhan Sydney, Pantai Bondi dan Manly, kesemuanya adalah lokasi yang tidak harus dilepaskan, khususnya buat pengunjung Musim Panas yang pertama kali berkunjung. Bersiar-siar di sekitar Taman Botani Diraja Sydney, Centennial Parklands dan lawatan ke Zoo Taronga, SeaLife Manly dan Akuarium Sydney juga merupakan lokasi-lokasi popular.

Acara untuk diikuti: Peminat sukan, peminat budaya dan pencinta sejarah berpeluang memanfaatkan senarai acara yang disediakan sepanjang Musim Panas Sydney. Perlumbaan kereta The Coates Hire Sydney 500 (2-4 Disember 2016), New Year's Test di Padang Kriket Sydney (mulai 3 Januari 2017), perlawanan tenis APIA Antarabangsa Sydney (8-14 Januari 2017), perlawanan ragbi HSBC Sydney 7s (3-5 Februari 2017) dan Pelayaran Terbuka Australia (25 Februari - 5 Mac 2017) kesemuanya sedia untuk ditawarkan. Buat peminat selebriti, Anugerah AACTA kali ke-6 anjuran Foxtel akan mempersembahkan bintang-bintang filem dan televisyen Australia yang akan berjalan di permaidani merah Sydney (7 Disember 2016) dan ini memberi peluang kepada anda untuk bergaya. Mumia Mesir: Meneroka Kehidupan Purba akan menampilkan teknologi canggih yang memaparkan rahsia mumia daripada Muzium British menerusi tayangan perdana ekslusif di Muzium Powerhouse (mulai 10 Disember 2016). Festival Sydney pula akan berlangsung hanya selama tiga minggu (7-27 Januari 2017) dan menawarkan ratusan acara bertiket dan acara percuma termasuk The Beach, NUDE LIVE, dan Symphony Under the Stars. Akhir Sekali, Malam Tahun Baharu dan Hari Australia merupakan detik-detik yang sungguh istimewa untuk berada di Sydney bagi menikmati acara sambutan dan juga bunga api.

Layari www.sydney.com untuk maklumat lanjut, pakej perjalanan dan maklumat tempahan.  

Tajuk perbincangan musim panas:

10 juta pengunjung adalah lebih dua kali ganda jumlah populasi New Zealand iaitu kira-kira seramai 4.5 juta, dan bersamaan dengan:

  • 20,661 penumpang penuh Qantas A380 (berdasarkan 484 penumpang setiap penerbangan. Klik di sini untuk rujukan.)
  • 8,695 daripada Feri Kelas Air Tawar terbesar, penumpang penuh
  • 217 Padang Kriket Sydney, berkapasiti penuh
  • Lebih ramai daripada jumlah kereta yang dipandu sepanjang Jambatan Pelabuhan Sydney setiap 60 hari
  • 44 kali lebih banyak berbanding jumlah perkataan bahasa Inggeris dalam Kamus Bahasa Inggeris Oxford.

Bahan Media:

  • Rakaman gulung-B terhadap pantai dan ikon Sydney sedia dimuat turun di sini.
  • Syot kilat pantai Sydney yang diambil dari Langit, dirakam menggunakan dron dan dari helikopter, sedia dimuat turun di sini.
  • Sorotan susunan acara Musim Panas akan datang sedia dimuat turun di sini.
  • Galeri imej Sydney baharu pada Musim Panas yang diambil menerusi rakaman udara sedia dimuat turun di sini. Harap maklum: kredit mandatori untuk semua gambar disertakan dalam nama fail imej.
  • Klik di sini untuk memuat turun semua bahan media melalui Dropbox.

Nota untuk Editor:

*Mengikut Data Kajian Pelancongan Australia, dengan perincian lanjut daripada Destination NSW mengikut trend perjalanan tahunan.

Sumber data: Destination NSW telah mengeluarkan angka kunjungan yang mungkin diperoleh untuk tempoh Musim Panas yang bermula pada Disember hingga Februari menerusi data daripada Kajian Pelancongan Australia, data Kaji Selidik Pengunjung Negara, kombinasi data Kaji Selidik Pengunjung Antarabangsa, dan angka serta data ketibaan daripada Biro Statistik Australia bagi Pengunjung Luar Negara.

Definisi musim panas: Data musim panas merujuk kepada Musim Panas Australia mulai bulan Disember hingga Februari setiap tahun.

Kongsikan pengalaman NSW kegemaran anda bersama Destination NSW dengan menandakan #ilovesydney dan #NewSouthWales.

Sebarang maklumat lanjut tentang pengalaman, tarikan dan penginapan di Sydney serta NSW, sila layari sydney.com dan visitnsw.com.

Latar Belakang Destination NSW

Destination NSW ialah agensi Kerajaan utama untuk sektor pelancongan dan acara utama New South Wales (NSW). Peranan kami adalah untuk memperkenalkan Sydney dan NSW sebagai salah satu destinasi pelancongan dan acara utama terunggul di dunia; untuk mengadakan acara sukan dan budaya yang utama; untuk bekerjasama dengan Business Events Sydney agar berpeluang menganjurkan persidangan antarabangsa utama dan program insentif ganjaran perjalanan; untuk membangunkan dan memberikan inisiatif yang akan memacu pertumbuhan pengunjung di seluruh Negara; untuk mencapai matlamat Kerajaan NSW bagi menggandakan perbelanjaan pengunjung semalaman dalam Negara itu menjelang tahun 2020. Layari www.sydney.com untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201612/dnsw/video.mp4
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161129/8521607780-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161129/8521607780-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161129/8521607780-c
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161129/8521607780-d

Source: Destination NSW
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services Sales reports Survey, Polls & Research