omniture

OneCoin Tawar Wang Digital Untuk Semua Menerusi Mata Wang Kripto Global

OneCoin Ltd.
2016-12-02 15:00 566

SOFIA, Bulgaria, 2 Disember 2016 /PRNewswire/ -- OneCoin, mata wang kripto pertama dan satu-satunya di dunia yang dapat menyimpan dokumen KYC dalam rantaian bloknya, telah menetapkan satu matlamat mencabar – menjadi mata wang maya global yang digemari oleh kebanyakan pengguna arus perdana.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161201/444679LOGO )

Hari ini, terdapat lebih 700 mata wang kripto (atau mata wang maya) di seluruh dunia, namun hanya segelintir sahaja yang pernah mendengar tentangnya atau memahami sejauh mana ia berfungsi. Dengan berakhirnya penggunaan mata wang kertas yang telahpun dirancang di negara-negara Scandinavia, OneCoin bakal menjadi mata wang kripto pertama global untuk digunakan secara besar-besaran.

FENOMENA MATA WANG KRIPTO 

Mata wang kripto berpotensi membawa perubahan besar kepada ekonomi dan masyarakat secara umum, namun, manfaat terbesar adalah untuk kebanyakan pengguna. Mata wang kripto tidak terikat kepada bank-bank pusat, dan ini bermakna nilai mata wang ini tidak dipengaruhi oleh turun naik pasaran kewangan mahupun inflasi. Jumlahnya yang tidak terhingga dan hakikat bahawa mata wang ini adalah berdasarkan kriptografi, menjadikan mata wang maya ini sukar dipalsukan.

Salah satu kegunaan paling biasa mata wang kripto ialah pemindahan wang antarabangsa. Dengan menggunakan mata wang kripto, pengguna boleh memindahkan wang dengan lebih pantas dan lebih murah tanpa perantara yang mahal. Dengan itu, mata wang ini boleh dianggap sebagai persaingan bukan sahaja untuk bank-bank, tetapi juga terhadap syarikat-syarikat seperti Western Union, MoneyGram, Currencies Direct dan banyak lagi. Nilai setiap mata wang kripto bergantung pada kebolehgunaannya, bekalan serta permintaan. Dengan lebih 2.7 juta pengguna, OneCoin mempunyai salah satu kumpulan pengguna terbesar.

OneCoin & MASA DEPAN MATA WANG KRIPTO  

Dalam tempoh hanya dua tahun, OneCoin telah menjadi salah satu mata wang maya paling penting dalam pasaran, menyasarkan untuk menjadi mata wang kripto lazim yang pertama di dunia. Selain mewujudkan mata wang yang stabil dan mematuhi semua peraturan, OneCoin telah mencipta satu ekosistem syilingnya, bertujuan untuk meningkatkan kebolehgunaannya.

Pada tahun 2016 OneCoin memperkenalkan rantaian blok baharunya, sebagai satu langkah penting demi mencapai pelan strategik syarikat. Langkah ini akan membolehkan OneCoin memperluas kumpulan pengguna dan mewujudkan rangkaian pedagang yang mantap. Kod sumber yang selamat dapat menjamin tahap keselamatan yang lebih tinggi, dan mengurangkan sebahagian besar kerentanan yang telah melanda mata wang kripto yang lain. Rantaian blok menjadi asas penting dalam revolusi pembayaran digital. Sebagai contoh, bank pusat di Singapura merancang untuk melancarkan projek rantaian blok rintis bersama bursa saham negara itu serta lapan bank tempatan dan bank asing, menurut laporan Reuters.

Baca artikel penuh DI SINI.

http://www.onecoin.eu

Source: OneCoin Ltd.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service New products/services