omniture

MAKE UP FOR EVER DAN JESSIE J BEKERJASAMA SETAHUN UNTUK KOLABORASI SENI

MAKE UP FOR EVER
2016-12-02 23:00 533

MAKE UP FOR EVER DAN JESSIE J PINDA LAGU IKONIK "CAN'T TAKE MY EYES OFF YOU" DAN DEDAH VIDEO MUZIK 'EDGY' BAHARU UNTUK MULAKAN SETAHUN KOLABORASI SENI

#IAMANARTIST @makeupforeverofficial @isthatjessiej @sammymourabit

MAKE UP FOR EVER mengumumkan kolaborasi seni global dengan bintang ikonik dan kameleon seni JESSIE J.  Koleksi bibir dan wajah ARTIST MAKE UP FOR EVER, dengan beberapa pelancaran produk sepanjang tahun 2017, memperlihatkan ekspresi diri JESSIE J yang transformatif dan kepintaran SAMMY MOURABIT, jurusolek artist selebriti dan editorial terkemuka. Kolaborasi ini dimulakan dengan video muzik yang memperlihatkan MAKE UP FOR EVER membuat persediaan untuk mentransformasi JESSIE J. Sepanjang tahun, MAKE UP FOR EVER akan menggalakkan orang ramai di mana-mana sahaja untuk meraikan kuasa solekan untuk mengekspresi, meneroka dan mentransformasi semua individu dengan gerakan kreatif #IAMANARTIST.

Tontoni video muzik di sini: https://www.youtube.com/watch?v=JViDEPJBBq0 

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7990751-make-up-for-ever-jessie-j-team-up/

"Saya suka menampilkan bahagian personaliti yang berbeza pada wajah saya, dan inilah yang menjadikan MAKE UP FOR EVER rakan kerjasama yang hebat," kata JESSIE J. "Teras jenama ini merupakan apa yang saya mahukan: mencipta watak yang menampilkan siapa diri anda, meneroka dan mengekspresi diri sendiri dengan cara yang anda mahukan menerusi solekan, warna dan tenaga. Saya pastinya merasakan solekan saya mencerminkan perasaan saya sama ada anda mahu mewarnakan bibir sahaja atau membuat gaya 'smoky eye' sepenuhnya, perasaan anda boleh diserlahkan dalam solekan anda dan inilah sebabnya mengapa LIFE IS A STAGE!"

Transformasi lagu ikonik Frankie Valli "Can't Take My Eyes Off You" oleh JESSIE J menjadikan lagu ini lebih moden  dan memukau. MAKE UP FOR EVER memberikan JESSIE J kebebasan kreatif dan pilihan solekan untuk beliau gunakan pada solekan wajah yang sentiasa diubah-ubah di sepanjang penggambaran video muzik 'edgy' di bawah arahan jurugambar avant-garde RANKIN. Untuk kesemua visual dan video ARTIST akan datang, jenama ini bekerjasama dengan jurusolek artis yang amat berbakat SAMMY MOURABIT.

"MAKE UP FOR EVER mempunyai jiwa kreatif yang hebat kerana jenama ini dicipta oleh seorang artis dan anda masih dapat merasakannya walaupun telah 30 tahun berlalu", kata jurusolek artis SAMMY MOURABIT. "Saya amat serasi dengan jenama ini kerana kami sama-sama berkongsi minat dan keghairahan sebenar terhadap solekan."

MAKE UP FOR EVER dan JESSIE J menjemput setiap peminat solekan untuk meluahkan kreativiti mereka sepanjang tahun dengan menggunakan hashtag #IAMANARTIST.

(Photo : http://photos.prnewswire.com/prnh/20161202/444991)

 

Source: MAKE UP FOR EVER
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion