omniture

Applus IDIADA & TASS International Gembleng Tenaga dalam Reka dan Urus Tapak Ujian Generasi Seterusnya Global untuk Kenderaan Terhubung dan Automatik

Applus+ IDIADA and Tass International
2016-12-05 21:46 533

HELMOND, Belanda, 5 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Applus IDIADA dan TASS International hari ini mengumumkan perjanjian global untuk bersama-sama merekabentuk dan menguruskan tapak ujian generasi seterusnya untuk kenderaan terhubung dan automatik. Melalui gabungan kepakaran ini, kedua-dua organisasi kini menyediakan penyelesaian lengkap untuk kemudahan ujian pemanduan bagi kenderaan terhubung dan automatik.

Pembangunan kenderaan terhubung dan automatik memerlukan rekaan dan metodologi pengesahsahihan baharu serta peralatan baharu. Keperluan utama inovasi-inovasi ini termasuk kawasan persekitaran ujian tertutup khusus yang membolehkan teknologi baharu dibangunkan dan disahkan sebelum diperkenalkan ke jalan raya. Hasil perikatan ini, industri automotif, komunikasi dan IT akan beroleh manfaat daripada gabungan kepakaran kedua-dua syarikat.

Applus IDIADA menawarkan pengetahuan dalam pengujian dan pembangunan kenderaan terhubung dan automatik dengan lebih 20 tahun pengalaman dalam merekabentuk dan menguruskan tapak ujian.

TASS International, memiliki sejarah yang panjang dalam aplikasi keselamatan kenderaan, menyediakan suit peralatan bersepadu merangkumi kaedah pembangunan untuk kenderaan terhubung dan automatik bermula dari simulasi sehingga pengesahsahihan perkakasan.

Salah satu daripada projek pertama yang melibatkan kerjasama kedua-dua syarikat ini ialah di  American Center for Mobility di Willow Run, Ypsilanti Twp., Michigan (AS) yang merupakan tempat ujian tidak berasaskan keuntungan, pendidikan dan kemudahan pembangunan produk untuk pergerakan masa hadapan, yang direka untuk membolehkan pengesahsahihan yang selamat dan pensijilan kendiri teknologi kenderaan terhubung dan automatik, dan untuk mempercepatkan pembangunan standard sukarela.

"Ia adalah langkah penting dalam strategi kami ke arah menjadi rakan kongsi global utama dalam usaha menyokong pelanggan kami menghadapi cabaran yang ada dalam pembangunan teknologi baharu ini,"

Carles Grasas, Ketua Pegawai Eksekutif, Applus IDIADA

"Kami yakin kekuatan gabungan kami ini akan memberi manfaat kepada industri automotif global dan pihak kerajaan dalam menyegerakan perlaksanaan kenderaan kerjasama dan pemanduan berautomatik tinggi, yang akhirnya membawa kepada penghomologan," Jan van den Oetelaar, Ketua Pegawai Eksekutif, TASS International

"American Center for Mobility percaya harus ada koordinasi antara ujian fizikal dan simulasi bagi kenderaan automatik dan kolaborasi antara dua syarikat peneraju-industri melambangkan koordinasi ini," John Maddox, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, American Center for Mobility.

Applus IDIADA 

Dengan 25 tahun pengalaman, Applus+ IDIADA ialah sebuah syarikat kejuruteraan utama yang menyediakan perkhidmatan merekabentuk, menguji, kejuruteraan dan penghomologan kepada industri automotif seluruh dunia. IDIADA memiliki lebih daripada 2,100 jurutera yang pakar dalam pembangunan kenderaan yang datang dari lebih 28 negara berbeza. Beribu pejabat di Barcelona, Spain, syarikat juga memiliki rangkaian subsidiari antarabangsa dan pejabat cawangan di 25 buah negara.

TASS International 

Dengan lebih 10 tahun pengalaman, TASS International menawarkan industri pengangkutan alatan simulasi dan perkhidmatan pembangunan termaju dalam mencipta kenderaan yang selamat dan bijak. TASS International mengendali kemudahan yang dibina khusus untuk tujuan pembangunan, ujian dan pengesahsahihan Sistem Pengangkutan Pintar dan teknologi pemanduan kerjasama di Belanda. Jenama perisiannya seperti MADYMO, PreScan dan Delft-Tyre adalah nama yang tidak asing lagi bagi OEMS dan para pembekal. Beribu pejabat di Belanda, TASS International menyokong industri global melalui pejabat tempatannya di seluruh dunia.

Gambar dan Video: https://ftp.idiada.com/download.php?f42e02e7b7267edd59f15478b8add9ae0df0065eecc525de958a8066097dfeb3

Susana Sanjuán - ssanjuan@kreab.com  
T. +34 917027170 // M. +34677946805

Francisco Calderón - fcalderon@kreab.com
T. +34 917027170 // M. +34 654642160

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20161202/445093LOGO

Source: Applus+ IDIADA and Tass International
Keywords: Auto Computer Networks Computer/Electronics Transportation Joint ventures