omniture

Pusat Konvensyen Antarabangsa Hyderabad Rangkul Gelaran'Pusat Konvensyen Mandiri Terbaik'Anugerah Pelancongan Kebangsaan

Novotel Hyderabad Convention Centre & HICC
2016-12-08 16:58 593

HYDERABAD, India, 8 Disember 2016 /PRNewswire/ --Bagi meraikan warisan berusia sedekad yang telah berlalu, Pusat Konvensyen Antarabangsa Hyderabad (HICC), salah satu lokasi MICE yang paling terkemuka di Asia Selatan, menambah satu lagi kejayaan yang telah dicapai olehnya dengan merangkul Anugerah Pelancongan Kebangsaan sebagai 'Pusat Konvensyen Mandiri Terbaik' yang berprestij.  Meraih anugerah yang didambakan ini buat kali kelima, HICC telah menggariskan sumbangan pentingnya terhadap segmen MICE global dan dalam negara selama bertahun-tahun, selain memperkukuh status Hyderabad sebagai destinasi MICE terunggul. Majlis penyampaian anugerah ini diadakan di Vigyan Bhavan, New Delhi, dan anugerah ini diperkenalkan oleh Kementerian Pelancongan, Kerajaan India.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20161206/445953 )

HICC ialah kemudahan konvensyen pertama yang dibina khas di India, dan dikendalikan oleh AccorHotels, kumpulan pengurusan hospitaliti dan pelancongan utama dunia dan turut dimiliki oleh Emaar Properties PJSC Dubai serta Telangana State Industrial Infrastructure Corporation Ltd. Lokasi tersebut menyaksikan tahun 2016 yang penuh peristiwa, mengadakan beberapa persidangan antarabangsa dan kebangsaan yang amat penting, acara-acara korporat, pameran industri serta acara-acara sosial yang bertaraf bintang. Mesyuarat Global Internet Corporation of Assigned Names and Numbers (ICANN), Kongres Strok Dunia, Kongres Penyakit Berjangkit Peringkat Antarabangsa dan juga mesyuarat Saintifik Tahunan bagi Persatuan Penyelidikan Pengajian Diabetes – RSSDI adalah sebahagian daripada persidangan utama yang dianjurkan di tempat itu pada tahun ini. Tawaran untuk mengadakan INTERSPEECH 2018, Persatuan Antarabangsa untuk Persidangan Diabetes Pediatrik dan Remaja 2018 serta Kongres ORL-HNS Asia-Oceania 2019 telahpun diperoleh.

Neil Paterson, Pengurus Besar, Pusat Konvensyen Novotel Hyderabad & HICC berkata, "Pasukan kami amat gembira atas penerimaan anugerah berprestij ini serentak dengan ulang tahun ke-10 kami. Kami merupakan yang pertama melihat potensi besar segmen MICE di rantau ini dan membangunkan kemudahan yang setaraf dengan pusat-pusat konvensyen antarabangsa utama. Kombinasi antara prasarana MICE yang canggih dengan perkhidmatan bertaraf dunia yang disediakan oleh jenama yang dipercayai menjadikan HICC sebagai pilihan ideal untuk pusat konvensyen mandiri. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tetamu kami dan panel Penganugerahan atas galakan dan penghargaan yang diberikan. Pengiktirafan ini akan terus meningkatkan usaha kami untuk memperkenalkan Hyderabad ke mata dunia dan membawakan dunia ke bandar yang sangat indah ini."

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:    

Priyancy Shah
Pegawai PR
Criesse Communications
Talian tetap: +91-22-64407080
Tel. Bimbit: +91-97735-34687
E-mel: priyancy.shah@criesse.com

Source: Novotel Hyderabad Convention Centre & HICC
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards