Loji inovatif sediakan turbin TM2500+ pertama untuk operasi komersial menggunakan LPG
JACKSONVILLE, Florida, 12 Disember 2016 /PRNewswire/ -- APR Energy, peneraju global bagi penyelesaian kuasa pantas, hari ini mengumumkan ia telah menandatangani kontrak selama 12 bulan dengan Lembaga Air dan Kuasa Kepulauan Virgin A.S. (WAPA) untuk menyediakan perkhidmatan penjanaan kuasa 25MW menggunakan gas petroleum cecair (LPG). Projek ini menggunakan turbin gas mudah alih GE TM2500+ yang dipasang semula, turbin kendalian komersial menggunakan LPG yang pertama seumpamanya – pencapaian penting yang akan memberikan pelanggan akses kepada sumber alternatif yang lebih murah dengan nyalaan lebih bersih berbanding bahan api konvensional berasaskan petroleum yang lain.
Projek ini merupakan yang terkini dalam rentetan perniagaan yang diperoleh untuk APR Energy sejak ia diswastakan pada awal tahun ini, menjadikan jumlah penganugerahan, lanjutan dan peluasan baharu pada tahun 2016 kepada lebih 1GW. Projek tersebut merupakan yang keenam untuk syarikat pada tahun lalu menggunakan turbin gas mudah alih.
"Projek pertama seumpamanya ini akan membolehkan USVI memanfaatkan pelaburan penting dalam infrastruktur LPG menerusi pengurangan kos dan kesan alam sekitar yang signifikan disebabkan oleh penjanaan kuasa," kata Pengerusi Eksekutif APR Energy, John Campion. "Pakar-pakar meramalkan peningkatan 15 peratus harga bahan api diesel sepanjang dua tahun akan datang, manakala harga LPG dijangka kekal stabil. Penggunaan LPG seharusnya memberi penjimatan ketara kepada WAPA berbanding enjin salingan dikuasakan diesel yang biasa digunakan di Kepulauan Caribbean."
"Peralihan kepada LPG yang berkos lebih rendah dengan nyalaan lebih bersih sebagai sumber utama bahan api untuk menjana kuasa elektrik di Kepulauan Virgin menjadi sebuah projek modal terbesar yang pernah dilaksanakan oleh WAPA dalam sejarah baru-baru ini," kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WAPA Julio Rhymer, Sr. "Kami berasa teruja kerana berpotensi menyediakan kadar lebih rendah untuk pelanggan kami dan berbesar hati kerana penandatanganan kontrak APR Energy hari ini akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian tenaga kami di Kepulauan Virgin. Selama beberapa tahun, WAPA mempunyai hubungan yang positif dengan APR Energy, dan kami gembira dapat bekerjasama dengan mereka dalam usaha menjadi utiliti elektrik pertama dunia yang menyediakan TM2500+ berkuasa LPG untuk operasi komersial. "
Campion menjangkakan projek ini akan menjadi contoh untuk utiliti-utiliti lain yang ingin mendapat manfaat segera daripada LPG sebagai sumber bahan api alternatif yang lebih murah. "Minat terhadap LPG semakin meningkat dalam banyak pasaran di seluruh dunia, khususnya di Kepulauan Caribbean dan beberapa pelusuk di Afrika serta Asia, yang mana ketersediaan bahan api tersebut meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun lalu," kata Campion. "Turbin TM2500+ ialah salah satu daripada beberapa teknologi pantas yang mampu menggunakan LPG, dan ia menawarkan keanjalan tambahan kepada pelanggan untuk beralih dengan segera dan lancar antara bahan api mengikut harga serta ketersediaan."
Projek baharu ini melengkapi loji turbin 25MW menggunakan bahan api diesel sedia ada milik APR Energy yang dipasang pada tahun 2012 untuk WAPA, menjadikan jumlah penjanaan kuasa di lokasi sebanyak 50MW.
Latar Belakang APR Energy
APR Energy ialah penyedia terulung dunia bagi kuasa turbin mudah alih pantas. Penyelesaian kuasa yang pantas, fleksibel dan lengkap daripada kami menyediakan pelanggan kami dengan akses pantas kepada tenaga elektrik yang andal pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, selagi mereka memerlukannya. Hasil gabungan teknologi canggih yang menjimatkan bahan api dengan kepakaran yang terhebat dalam industri, loji pasang siap yang boleh diskala daripada kami membantu mengurus bandar, negara, dan industri di seluruh dunia bagi kedua-dua pasaran maju serta pasaran membangun. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Syarikat di www.aprenergy.com.