SHANGHAI, 15 Disember 2016 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Artyzen Hospitality Group dengan sukacitanya mengumumkan jenama hotel Artyzen Habitat telah menerima anugerah Jenama Hotel Paling Dinanti-nantikan 2016 sempena Anugerah Pelancongan Kebangsaan 2016. Anugerah tersebut telah disampaikan dalam sebuah majlis yang diadakan pada hari Isnin, 12 Disember di Beijing, bersama Tourism Media dan Best Travel Media. Ini merupakan kemenangan kedua buat jenama Artyzen Hospitality Group, setelah jenama citizenM meraih anugerah Jenama Hotel Paling Dinanti-nantikan 2016 oleh majalah perdagangan pelancongan utama rantau itu, Travel Weekly China pada bulan Mei 2016.
Edmond Ip, Naib Pengerusi Artyzen Hospitality Group berkata, "Kami berasa teruja kerana berjaya meraih anugerah ini. Sebagai sebuah syarikat pengurusan hotel bertaraf antarabangsa yang berpangkalan di Asia, kami melihat budaya sebagai "kelakuan termaklum" yang dikongsi dan dikekalkan oleh masyarakat yang terdiri daripada individu yang berfikiran sealiran. Setiap jenama hotel kami menghidupkan falsafah Kumpulan syarikat iaitu 'Kesenian, Kebudayaan dan Kebijaksanaan Emosi' menerusi konsep menyeluruh yang membimbing gaya estetika reka bentuk dan perkhidmatan jenama masing-masing. Kemenangan ini adalah satu berita hebat yang memberi galakan tinggi buat Artyzen Hospitality Group dan kami akan terus memperluas portfolio hotel kami di Asia Pasifik. "
Robbert van der Mass, Presiden Artyzen Hospitality Group berkata, "Ia merupakan satu kemenangan yang amat bermakna buat kami, memandangkan hotel Artyzen Habitat dibuka pada bulan April 2016 di kawasan Dongzhimen di Beijing. Hotel 138 bilik dengan rekaan unik ini menggabungkan unsur-unsur budaya tempatan Beijing dengan cara serba moden. Artyzen Habitat Dongzhimen Beijing bukan sekadar menyediakan tempat menginap yang selesa dan mudah, tetapi juga menjadi sebuah platform yang membolehkan tetamu kami mengintegrasikan tabiat peribadi dengan keadaan sosial dan aspek budaya dalam kalangan masyarakat serta penduduk tempatan. Kemenangan ini cukup istimewa buat kami."
Artyzen Hospitality Group kini mempunyai 10 hotel yang sedang dibangunkan dan yang beroperasi di Rantau Besar China, khususnya di bandar-bandar percutian utama seperti Shanghai, Beijing, Nanjing, Macau serta Taiwan, dan 60% daripada hotel tersebut merupakan hotel-hotel berjenama Artyzen Habitat dan juga citizenM yang memenangi anugerah. Syarikat ini turut mempercepatkan usaha pembangunan di Asia Pasifik, dan banyak projek yang sedang dibangunkan di Korea, Malaysia, Indonesia dan destinasi-destinasi terkenal lain dalam pasaran Asia.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161214/0861613582-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161214/0861613582-b
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20161214/0861613582-c