omniture

Lombong Garam Wieliczka Pecah Rekod Tarik 1.5 Juta Pelancong

Wieliczka Salt Mine
2016-12-19 09:00 501

WIELICZKA, Poland, 19 Disember 2016 /PRNewswire/ --

Pada tahun 2016, Lombong Garam "Wieliczka" - salah satu tarikan terbesar pelancong di Poland – memecah rekod 1.5 juta kunjungan pelancong. Gereja yang diukir daripada garam, arca, tasik air masin bawah tanah dan pelbagai kesan eksploitasi mendapan garam telah menjadikan lombong ini satu tarikan yang mesti dilawati. Para pengunjung lombong dapat menikmati beraneka pilihan aktiviti termasuklah membeli-belah, menikmati hidangan yang lazat, menghadiri konsert, melawat spa kesihatan dan juga berpeluang bertemu dengan pelombong.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/uk/8002151-wieliczka-salt-mine-record-breaking-tourists

Disenaraikan dalam Senarai Warisan Budaya dan Alam Semula Jadi Dunia UNESCO pada tahun 1978,  Lombong Garam "Wieliczka" kekal sebagai salah satu syarikat tertua di Eropah dengan asal usulnya yang bermula sejak Zaman Pertengahan. Menelusuri sejarah garam dari Wieliczka membawa kita kembali ke 6000 tahun yang lampau, apabila manusia zaman pra-sejarah yang menghuni rantau itu terdiri daripada pembuat garam, yang memperolehi garam daripada mata air garam.

Pada zaman dahulu, garam dianggap seperti emas, dan Wieliczka umpama permata bagi raja-raja Poland. Garam dari Wieliczka terkenal dan disanjungi oleh masyarakat dari dekat dan jauh, dan selama beberapa abad, laluan bawah tanah ini telah dilawati oleh golongan terkenal, seperti Copernicus, Chopin dan Mendeleev.  Malahan sehingga hari ini, tidak mustahil untuk kita bertemu golongan kerabat diraja dan bintang Hollywood di sana.

Mempunyai lebih daripada 2300 kamar, dengan laluan sepanjang 250 kilometer dan 9 tingkat, Lombong Garam "Wieliczka" menyerupai labirin mitos, dengan pelbagai kesan dan tanda usia yang berabad lamanya. Monumen asli, seperti Crystal Grottoes yang tercipta dalam mendapan garam Miocene, menjadikan ia satu pengalaman yang menakjubkan.

Persekitaran seluas 64 -135 meter di bawah tanah ini ialah salah satu daripada kawasan lombong yang paling berharga dan cantik. Setiap tahun, ratusan acara unik diadakan di situ - termasuklah penerbangan belon dan lompat bungee. Lombong ini juga menempatkan acara konsert, persidangan, majlis perkahwinan dan tari-menari.  "Wieliczka" Salt Mine Health Resort ialah satu kemestian bagi mereka yang menjalani gaya hidup sihat, kerana ia menawarkan udara segar yang bersih, dipenuhi aerosol garam yang memberi kelegaan kepada mereka yang menghidapi penyakit sistem pernafasan.

Walaupun tiada lagi perlombongan garam dijalankan, tapak ini masih menggaji ramai pelombong yang ditugaskan untuk mengawasi warisan budaya dan alam semula jadi bawah tanah ini. Mereka juga meneruskan tradisi perlombongan sejak berabad lalu, iaitu mengukir dan memahat garam. Setiap hari, pelombong-pelombong ini menulis satu halaman daripada sejarah "Wieliczka". Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di: http://www.wieliczka-saltmine.com, hubungi: +48-12-278-73-66, +48-12-278-73-02, turystyka@kopalnia.pl.

(http://mma.prnewswire.com/media/448279/Wieliczka_Salt_Mine_Secondary_salt_crystalization.jpg)(http://mma.prnewswire.com/media/448278/Wieliczka_Salt_Mine_biggest_underground_chapel_in_the_world.jpg)

Sumber: Wieliczka Salt Mine

Source: Wieliczka Salt Mine
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel