omniture

DJI Perkenal Produk dan Aksesori Baharu di CES 2017

Osmo Mobile Silver, Gimbal Zenmuse M1, Phantom 4 Edisi Terhad, Ground Station Pro App dan Paparan CrystalSky untuk Pengendali Profesional.
DJI
2017-01-05 14:05 516

LAS VEGAS, 5 Januari 2017 /PRNewswire/ -- DJI yang menerajui dunia dengan teknologi udara tanpa pemandu, pada hari Selasa memperkenalkan dua produk lanjutan Osmo, aplikasi pemetaan udara dan dron edisi terhad Phantom 4 di CES yang berlangsung di Las Vegas. Syarikat ini juga memperlihatkan dua variasi prototaip CrystalSky iaitu monitor ultra-cerah yang dibangunkan khusus untuk pengendali pengimejan udara luar bersama dengan platform udara terkini termasuklah Phantom 4 Pro, Inspire 2 dan Mavic Pro.

"DJI telah membangunkan sebilangan platform udara dan teknologi kamera yang terbaik di dunia dan kini kami membawakan kepada pelanggan rangkaian baharu produk lanjutan dan aksesori untuk mengembangkan lagi potensi kreatif mereka," kata Paul Pan, Ketua Jurutera DJI. "Sama ada membuat penggambaran video muzik menggunakan Osmo Mobile Silver, memberi pengendali profesional lebih kawalan dan kefleksibelan dengan monitor CrystalSky atau mempunyai aplikasi senang digunakan untuk membuat projek pemetaan udara, kami mahu memperkasa para pencipta dengan alatan yang diperlukan untuk merealisasi idea mereka. Kami sangat teruja untuk berada di sini dan memberikan pelawat CES imbasan masa hadapan bagi teknologi udara dan pengimejan."

Peranti Mudah Alih: Osmo Mobile Silver & Zenmuse M1

Osmo Mobile boleh mengubah telefon pintar menjadi kamera gerakan pintar dan memberikan pencipta alatan untuk mencipta video sinematik dengan mudah. Osmo Mobile Silver yang baharu ini direka berdasarkan gaya kehidupan seharian dan mempunyai binaan berkualiti tinggi dan rekaan ergonomik yang sama seperti produk Osmo yang lain. Dengan menggunakan aplikasi DJI GO, pengguna boleh mengesan subjek mereka secara automatik, mencipta pergerakan selang masa, mengambil penggambaran berpanjangan yang dramatik, mengambil panorama 9 gambar dan membuat penstriman langsung kisah mereka di media sosial.

Penambahan lain juga telah dimasukkan dalam Osmo Mobile Silver untuk membuatkan setiap gambar yang anda ambil kelihatan licin, profesional dan sedia untuk dikongsi. Mod Beautify (Cantikkan) yang baharu menggunakan pengecaman automatik dan teknologi pemprosesan pintar dalam aplikasi DJI GO yang membolehkan pengguna mencantikkan dan membuatkan video mereka nampak sempurna dengan kilauan profesional. Osmo Mobile Silver juga boleh diganding dengan FiLMiC Pro, aplikasi mudah alih pembuatan filem profesional yang memberikan pencipta lebih kefleksibelan dan kebebasan menggunakan peranti mudah alih mereka secara kreatif.

Dengan matlamat untuk membuat produk bolehskala dan menyediakan cara untuk pengguna Osmo mengambil video cinematik menggunakan telefon pintar mereka, Gimbal Zenmuse M1 akan dipasarkan sebagai aksesori tambahan. Sama seperti gimbal Zenmuse X5 dan X5R, Zenmuse M1 membenarkan pemilik penstabil Osmo original untuk memasangkan telefon pintar mereka dan memanfaatkan sepenuhnya pemegang Osmo yang mereka miliki.

Bateri yang cekap tenaga dan berkeupayaan tinggi memberikan Osmo Mobile Silver masa penggunaan maksimum sehingga 4.5 jam. Osmo Mobile Silver sesuai dengan berbagai jenis telefon pintar dari 2.3 inci ke 3.3 inci (58.6 mm - 84.8 mm) lebar. Harga pasaran Osmo Mobile Silver di A.S ialah $299 manakala gimbal Zenmuse M1 pula $169 (tanpa pemegang Osmo). Kedua-dua produk ini akan mula dijual pada separuh kedua Januari.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: https://store.dji.com/product/osmo-mobile-silver dan http://store.dji.com/product/osmo-zenmuse-m1

Peranti Udara: Phantom 4 Edisi Tahun Baru Cina

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, DJI menjemput pengilustrasi dan pereka terkenal Martin Sati untuk membuat pengubahsuaian pada Phantom 4 dengan menambah warna dan imaginasi beliau pada produk yang menjadi kemegahan DJI ini. Rekaan Sati menonjolkan burung phoenix sebagai hiasan tengah yang melambangkan tuah dan kebahagiaan dalam mitologi Cina. Beliau juga mengambil inspirasi daripada empat unsur alam asas iaitu udara, api, air dan tanah dan menzahirkan setiap unsur ini dalam rekaannya.

Phantom 4 Edisi Tahun Baru Cina ini menempatkan kepintaran dalam penerbangan (on-board intelligence) yang membolehkan pemanduan dan pengambilan gambar hebat dengan mudah melalui fungsi Obstacle Sensing System, ActiveTrack dan TapFly. Rakaman video 4K, penstabilan kamera 3-paksi, teknologi pengesanan dan penglihatan komputer yang maju membuatkan pengimejan udara kini sangat mudah. Phantom 4 juga dimuatkan dengan sistem penyiaran video dalam penerbangan Lightbridge iaitu fungsi utama DJI yang membolehkan pengguna melihat apa yang dilihat oleh kamera dalam HD dan dalam masa sebenar dengan jarak sehingga 5 kilometer (3.1 batu). Phantom 4 juga boleh mencapai masa penerbangan sehingga 28 minit.

Harga pasaran di A.S bagi Phantom 4 Edisi Tahun Baru Cina ini ialah USD1,199 dan akan dijual secara eksklusif di kedai Apple , Kedai Utama DJI (kecuali Korea), Kedai Dalam Talian DJI dan Kedai Tmall DJI. Produk ini akan mula dijual mulai 23 Januari. 

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://store.dji.com/product/phantom-4-chinese-new-year-edition 

Aplikasi: Ground Station Pro

Ground Station Pro (atau GS Pro) ialah aplikasi iPad yang direka untuk pengendali profesional bagi mereka merancang dan mengawal penerbangan berautonomi kapal terbang DJI. Melalui antara muka yang senang digunakan dan ringkas lagi padat, aplikasi ini membolehkan misi penerbangan yang kompleks dirancang hanya dengan beberapa ketikan. GS Pro direka untuk memperbaik aliran kerja dan secara dramatiknya meningkatkan kecekapan dalam berbagai-bagai industri, terutamanya pemetaan udara, seni bina, pertanian jitu dan pemeriksaan elektrik.

Fungsi 3D Map Area membolehkan kapal terbang untuk menghasilkan laluan penerbangan yang efisien selepas operator menentukan zon penerbangan dan parameter kamera yang diperlukan. Kapal terbang kemudiannya akan mengikut jalan ini sepanjang misinya. Data imej yang diambil semasa penerbangan ini boleh dimasukkan ke dalam perisian pembinaan semula 3D untuk menghasilkan peta 3D manakala misi tersebut boleh disimpan untuk digunakan semula.

Ciri Tap and Go Waypoint membolehkan sehingga 99 titik jalan bagi setiap misi dan setiap titik jalan boleh memuatkan 15 aksi berturutan termasuklah putaran kapal terbang, anggul gimbal, mula/berhenti merekod, mengambil gambar dan layangan setempat. Virtual Fence (Pagar Maya) pula meningkatkan keselamatan dan memudahkan penggunaan dengan mengunci ketinggian dan kelajuan kapal terbang dalam kawasan yang ditetapkan. Apabila kapal terbang menghampiri pagar maya, ia akan membrek dan membuat layangan setempat untuk memastikan ia berada dalam kawasan penerbangan.

Sesuai dengan kebanyakan platform udara DJI dan kamera Zenmuse, DJI GS Pro akan bertindak sebagai alat yang berkuasa dan mudah digunakan dalam pelbagai industri dan juga memberikan misi kritikal ketepatan dan keutuhan tambahan. Aplikasi GS Pro iPad ini percuma dan boleh dimuat turun di App Store.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.dji.com/ground-station-pro  

Paparan: Monitor CrystalSky

Dicipta untuk imejan udara luar, monitor CrystalSky mempunyai ciri skrin ultra-cerah yang jelas kelihatan bawah cahaya matahari. Ia direka dari bawah untuk berjalan lancar dengan aplikasi DJI GO, memberikan pengendali kamera kawalan sepenuhnya.

Kecerahan maksimum 2000 cd/m2  bermakna monitor CrystalSky empat kali ganda lebih cerah dari peranti mudah alih biasa. Perincian atas skrin yang jelas dan tajam, dan warna yang terang memberi  kualiti yang diperlukan untuk memperhalus gubahan imej. Pengekodan video optimum digunakan untuk memberi video masa nyata yang lancar dengan pendaman minimum. Monitor ini dapat menyokong pengekodan video H.264 dan H.265, membolehkan ia memutar balik fail masing-masing sehingga 30 fps dan 60 fps.

Port HDMI monitor CrystalSky membolehkan sehingga 4K video dikeluarkan ke gogel FPV dan peranti paparan lain. Penyimpanan monitor juga boleh ditambah, atau filem yang dirakam di dalam kad Micro SD boleh diputar balik terus dari monitor. Ia juga boleh digunakan sebagai filem sokongan. Aplikasi DJI GO yang terbina dalam memberikan capaian penuh kepada semua ciri DJI GO termasuklah larasan parameter kapal terbang, kawalan kamera, pengurusan filem dan rakaman.

Bateri luaran dua sel 4920 mAh memberikan monitor CrystalSky pengendalian lebih lama berbanding peranti mudah alih setara yang lain. Ia menyokong cas cepat dan mengawal kadar nyahcas dengan baik walaupun pada suhu rendah. Bateri luaran ini juga telah direka untuk  menahan suhu yang lebih ekstrim. CrystalSky boleh beroperasi pada suhu serendah -4°F (-20°C) dan dengan sistem penyejukan dalamannya, ia boleh berfungsi secara normal dalam suhu setinggi 104°F (40°C).

Terdapat dua jenis saiz monitor CrystalSky iaitu skrin 7.85" dan 5.5" yang masing-masing  boleh mencapai masa operasi selama 4-5 jam dan 5-6 jam. Harga dan ketersediaan monitor CrystalSky ini akan diumumkan kemudian.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.dji.com/crystalsky
Untuk harga tempatan dan mata wang negara anda, sila kunjungi store.dji.com/.

Foto boleh dimuat turun:  
https://www.dropbox.com/sh/vvsays6ocxs2rce/AACQe0W5mNuiz9EXY-syf8DXa?dl=0

Latar belakang DJI

DJI ialah peneraju global dalam pembangunan dan pembuatan teknologi dron dan kamera inovatif untuk kegunaan komersil dan rekreasi. DJI diasaskan dan diuruskan oleh individu-individu yang mempunyai keghairahan terhadap helikopter kawalan jauh dan pakar dalam teknologi kawalan penerbangan dan penstabilan kamera. Syarikat berdedikasi membuat fotografi, peralatan perfileman dan platform udara lebih mudah diperoleh, andal dan senang digunakan oleh pencipta dan pereka seluruh dunia. Operasi global DJI pada masa ini merentasi Amerika, Eropah dan Asia. Revolusi produk dan cara penyelesaiannya telah dipilih oleh pelanggan dari lebih 100 negara untuk digunakan dalam pembikinan filem, pembinaan, tindakan kecemasan, agrikultur, pemuliharaan dan banyak industri lain.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web kami: www.dji.com 
Ikut kami di Facebook: www.facebook.com/DJI
Ikut kami di Twitter: www.twitter.com/DJIGlobal 
Langgan saluran YouTube kami: www.youtube.com/DJI

Source: DJI
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services Trade show news