omniture

Hisense Umum "Hala Tuju": Laser Utama Dunia, LED hingga QLED

Hisense
2017-01-06 14:12 670

LAS VEGAS, 6 Januari 2017 /PRNewswire/ -- "Tahun 2017 adalah penting untuk perkembangan industri TV," kata Liu Hongxin, Presiden Hisense Group. "Para pengeluar TV global kini dalam laluan teknikal dan pembangunan perniagaan berhubung keputusan berbeza yang perlu dibuat oleh mereka." En. Liu Hongxin secara rasmi mengumumkan rangkaian teknologi dan produk syarikatnya.

Presiden Hisense Group, En. Liu Hongxin, mengumumkan rangkaian teknologi paparan Hisense pada Hari Sidang Media CES 2017
Presiden Hisense Group, En. Liu Hongxin, mengumumkan rangkaian teknologi paparan Hisense pada Hari Sidang Media CES 2017

Pancaran Laser 4K Dwi-Warna menjadi tumpuan utama sempena Pameran Elektronik Pengguna (Consumer Electronics Show, CES) pada tahun 2017 untuk Hisense. Sebagai punca cahaya duaan, Pancaran Laser 4K Dwi-Warna memberikan kita dengan tahap warna yang lebih banyak dan bermakna. Tahap kecerahan pada Pancaran Laser 4K Dwi-Warna ini adalah sehingga 360 nit, setanding dengan TV LCD mewah. Gamut warna pada kadar 110% NTSC, jauh lebih baik berbanding TV biasa pada kadar 72% NTSC. Bergantung pada kos dan harga, Pancaran Laser 4K Dwi-Warna kini memiliki keupayaan kompetitif untuk mengatasi TV LCD skrin besar.

Selain Pancaran Laser 4K Dwi-Warna, Hisense akan memberi lebih tumpuan kepada QLED pada masa depan. Bintik-bintik kuantum ialah salah satu teknologi yang mendorong penciptaan TV julat dinamik tinggi (HDR) dan pewujudan piawaian Premium UltraHD baharu dan akan menjadi komponen penting pada skrin paparan generasi seterusnya. Seperti mana yang disebutkan oleh Presiden Liu Hongxin, bintik Kuantum memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti warna pada TV LED. Faktor bagi pemilihan QLED untuk teknologi paparan generasi seterusnya ialah ia mempunyai puncak kecerahan yang lebih tinggi, ketepatan warna yang lebih baik, kos yang lebih rendah dan prestasi yang lebih stabil. "Peranan Hisense untuk teknologi paparan bintik kuantum dan bidang QLED, juga merupakan lanjutan biasa dalam teknologi ULED." Presiden Liu Hongxin berkata, dari perspektif meningkatkan kualiti, teknologi ULED dan bintik kuantum merupakan gandingan yang sempurna. Produk-produk paparan bintik kuantum generasi baharu Hisense akan disenaraikan secara rasmi pada tahun 2019, dan seterusnya akan terus memperkenalkan TV QLED berkualiti lebih baik.

Untuk maklumat lanjut:

Jiang Shan
+86-183-542-23687
jiangshan5@hisense.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170105/0861700152

Source: Hisense
Related Stocks:
HongKong:0921 Shanghai:600060 Shenzhen:000921
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Television New products/services Trade show news