omniture

GAC Motor bakal anjur pelancaran global tiga kenderaan paling dinanti-nantikan termasuk GS7 SUV blokbuster di NAIAS 2017

GAC Motor
2017-01-10 02:49 557

DETROIT, 10 Januari 2017 /PRNewswire/ -- GAC Motor, satu-satunya jenama automotif Cina yang mengambil bahagian dalam Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2017 dan syarikat China pertama yang mempamer di ruang pameran utama, memperkenalkan kenderaan SUV bersaiz sederhana baharu GS7, kenderaan elektrik yang dibangunkan sendiri pertama GE3 dan kereta konsep hibrid pertama EnSpirit di Dewan C 4010, Pusat Cobo di Detroit, AS mulai 8 hingga 22 Januari.

GAC Motor's three most anticipated vehicles will be released at 2017 NAIAS
GAC Motor's three most anticipated vehicles will be released at 2017 NAIAS

Ini merupakan kali kedua GAC Motor melancarkan produk-produk baharu di NAIAS selepas kejayaan pelancaran GS4 di pameran perdagangan 2015. GS4 membuka era baharu SUV untuk GAC Motor dan menjadi kenderaan paling laris terjual tahunan syarikat. Tiga kenderaan baharu berserta kereta sedan elit GA8 yang dipamerkan di NAIAS 2017 merupakan wakil-wakil terbaik usaha jenama itu dalam mencapai reka bentuk dan inovasi terunggul.

"GE3 ialah kejayaan penting kami dalam industri kenderaan tenaga baharu, manakala GS7 mewarisi elemen reka bentuk penentu trend GAC Motor, ruang besar yang selesa, kuasa yang hebat dan teknologi pintar dengan reka bentuk luaran serta warna yang muda bagi memenuhi trend pengguna di Amerika Utara dan kalangan golongan muda, dan EnSpirit pula ialah penjelmaan visi masa depan GAC Motor yang boleh digunakan untuk model-model pengeluaran susulan," kata Yu Jun, pengurus besar GAC Motor.

GS7 baharu dengan 5 tempat duduk yang dibangunkan oleh GAC Motor berasaskan G-CPMA (Seni Bina Modular Silang-Platform syarikat) akan meneruskan usaha sebagai SUV blokbuster generasi baharu yang menggabungkan antara teknologi inovatif dan konsep reka bentuk yang memulakan trend. Dikuasakan oleh enjin 2.0T siri-G GAC serba baharu, GS7 boleh memecut dari 0-100 km (0-60 batu sejam) dalam masa 9.5 saat, sambil menjamin gaya sporty dan kawalan minimum terhadap prestasi kenderaan dalam semua keadaan jalan raya. GS7 boleh memenuhi pelbagai keperluan pengguna menerusi reka bentuk lebih berteknologi canggih dan insani.

Sebagai kereka elektrik pertama GAC Motor, GE3 dibangunkan menerusi platform tenaga baharu oleh GAC Engineering sebagai sebahagian daripada strategi kenderaan tenaga baharu syarikat dan melambangkan gaya hidup mesra alam serta kemungkinan baharu dalam mobiliti masa depan, menawarkan fungsi pengecasan yang mudah dan juga pengalaman pemanduan yang menyeronokkan.

EnSpirit ialah kereta konsep pindah silang hibrid pemalam yang progresif, dibangunkan oleh GAC Engineering yang bermatlamat untuk menawarkan gaya kebebasan, kemajuan dan keseronokan dengan gabungan reka bentuk kereta sedan, SUV serta kereta berhud.

Keunikan GS7, GE3 dan EnSpirit juga dapat dilihat pada reka bentuk luaran dan dalaman. Elemen-elemen khas seperti lampu depan LED matriks dan lampu siang berbentuk-C dengan jeriji "Dinamik Terbang 2.0" ("Flying Dynamic 2.0") pada GS7, rekaan berbentuk "rendah-poli" pada GE3 dan budaya ketimuran Zen yang diterapkan dalam EnSpirit, semuanya menyumbang terhadap kesan visual mantap yang dibawakan oleh kenderaan-kenderaan ini, berserta konsep gaya hidup yang lebih muda, lebih menyegarkan dan futuristik.

"Kenderaan GAC Motor menonjolkan konsep reka bentuk terunggul kami dan tahap tertinggi pembuatan kereta di China, dan sebagai jenama automotif Cina paling pesat berkembang, GAC Motor menunjukkan kepada dunia daya pemikiran inovatif yang ulung dalam penyelidikan & pembangunan (R&D) automobil, kemajuan kukuh dalam transformasi pembuatan dan juga imej jenama baharu sebagai peneraju industri automotif Cina," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

GAC Motor ialah subsidiari GAC Group, membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti tinggi, mencapai kadar pertumbuhan berbanding sebelumnya sebanyak 97% pada tahun 2016, kadar tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina dalam tempoh yang sama. GAC Motor berada pada kedudukan ke-5 dalam kalangan semua jenama menurut Kajian Kualiti Awal China 2016, J.D. Power Asia Pasifik, yang merupakan kedudukan tertinggi yang diraih antara semua jenama Cina selama empat tahun berturut-turut.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: GAC Motor:  https://www.facebook.com/GACMoto/posts/1275665359142728  
Instagram: GAC Motor: 
https://instagram.com/p/BMCLdjegUnI/  
Twitter: GAC Motor: 
https://twitter.com/gac_motor/status/791324958353821697

Maklumat Perhubungan Media:

Suki Wong
+86-186-8058-2829
sukie_gacmotor@126.com

Taki Jiang
+86-134-5028-4242
takijiang@126.com

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170108/0861700221

 

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news