omniture

Jentera XCMG Bantu Keajaiban Pembinaan Moden, Siapkan Projek Asas pada Jambatan Terpanjang dan Tertinggi Dunia

XCMG
2017-01-27 09:00 990

WUHAN dan HANGZHOU, China, 27 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Pelantar penggerudian berputar XRS1050 XCMG telah menyiapkan kerja asas penanaman cerucuk dalam projek pembinaan Jambatan Sungai Yangsigang Yangtze di Wuhan, China, jambatan gantung dua dek terpanjang, dengan jarak sepanjang 1,700 meter (1.056 batu) dan mempunyai kapasiti trafik terbesar di dunia.

Selain itu, set jentera jalan lengkap XCMG, termasuk penggelek jalan, penurap dan mesin pengisar, turut digunakan untuk membina Lebuh Raya Hangzhou-Ruili G56 pada jambatan tertinggi di dunia, Jambatan Beipanjiang, dibina merentasi gaung sedalam 565-meter (1,854 kaki), yang dibuka untuk lalu lintas automotif baru-baru ini.

Pelantar penggerudian berputar XRS1050 XCMG digunakan untuk pembinaan asas cerucuk pada Jambatan Sungai Yangsigang Yangtze, satu tugas berat dan misi sukar yang memerlukan keperluan teknikal serta teknologi tinggi. Jentera ini mampu menggerudi cerucuk sedalam 106-meter setiap jam semasa menghadapi cabaran sukar membabitkan lapisan strata tanah liat yang amat tebal dan kaison yang tenggelam, selain keadaan geologi yang rumit, amaran banjir dan cuaca yang teruk.

Pelantar penggerudian berputar XRS1050 menggunakan casis trek boleh ditarik balik hidraulik yang direka khusus, yang menjamin kestabilan dan kemudahan pengangkutan. Enjin Cumminsnya sesuai untuk pembinaan di tanah tinggi dan pada masa yang sama mengurangkan hingar dan emisi.

"Jentera-jentera pembinaan XCMG digunakan secara meluas dalam pembinaan jambatan di seluruh dunia. Jentera berteknologi maju ini boleh dipasang dengan pelbagai jenis peralatan penggerudian bagi menampung persekitaran kerja yang kering dan basah dalam penggerudian cerucuk konkrit, menjadikannya pilihan ideal untuk menjalankan tugas-tugas sukar seperti Jambatan Sungai Yangsigang Yangtze," kata Kong Qinghua, pengurus besar XCMG Foundation Construction Machinery Co.,Ltd.

"Kisah jentera-jentera pembinaan XCMG dan Sungai Yangtze hanyalah satu sumbangan kecil oleh pihak syarikat dalam usaha membantu orang ramai bergerak. Jentera-jentera andal kami dapat mewujudkan pengangkutan yang lebih mudah, sambil menjadikan kehidupan yang lebih baik buat orang ramai di seluruh dunia. Ia menjadi kewajipan XCMG untuk berpegang teguh pada piawaian tinggi kami, menggunakan teknologi yang inovatif selain mencapai kualiti terunggul," kata Kong.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah sebuah syarikat pembuatan jentera berat multinasional dengan sejarah selama 74 tahun. Syarikat ini kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat ini juga mengeksport ke lebih 176 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery