omniture

Lexinta Berbesar Hati Mengumumkan Perasmian Sekolah Ragbi Lexinta Group Marbella

Lexinta AG
2017-01-31 22:31 699

ZUG, Switzerland, 31 Januari 2017 /PRNewswire/ -- Lexinta dengan kerjasama Kelab Rugbi Marbella gembira untuk mengumumkan perasmian Sekolah Ragbi Lexinta Group Marbella, projek yang melibatkan lebih 100 kanak-kanak dari empat buah sekolah dalam kawasan Marbella.

Sekolah Ragbi Lexinta Group Marbella ini mempunyai matlamat utama untuk menggalakkan kanak-kanak, yang berumur antara enam dan dua belas, untuk bermain sukan ragbi untuk membentuk keperibadian mereka melalui nilai-nilai intrinsik sukan ini. Usaha ini dengan sokongan Persekutuan Ragbi Sepanyol (http://www.ferugby.es) disenaraikan dalam inisiatif World Rugby "Sertai Ragbi".

Lexinta berbangga menaja projek-projek kesedaran kerja amal yang dekat di hati kami. Dengan kerjasama erat  bersama pemimpin-pemimpin masyarakat, Lexinta memastikan program-program amal mereka meninggalkan impak dan legasi berpanjangan di dunia. Kami berbangga dengan hubungan kami bersama Kelab Ragbi Marbella dan berbesar hati untuk melanjutkan komitmen kami dalam penajaan Sekolah Ragbi Lexinta Group Marbella yang mendukung nama kami.

Falsafah kedermawan Lexinta dizahirkan dengan baik sekali melalui kata-kata presiden dan pengasasnya Bismark Badilla, "tanpa membantu orang lain, semua perkara lain tidak bermakna."

Latar Belakang Lexinta

Lexinta adalah kumpulan pengurusan aset global milik persendirian yang bebas. Lexinta adalah tanda dagang berdaftar Lexinta AG syarikat awam berhad yang diperbadankan di Zug, Switzerland, dengan nombor daftar komersial CH-170.3.035.396-3. Lexinta AG dilesenkan sebagai sebuah syarikat pengurusan aset dan perantara kewangan di bawah undang-undang Swiss. Lexinta AG ialah Organisasi Swa-Atur (SRO- Self-Regulatory Organisation) PolyReg (http://www.polyreg.ch) dan PolyAsset (http://www.polyasset.ch) yang diiktiraf FINMA.

Untuk keterangan lanjut Lexinta sila layari: http://www.lexinta.com

Hubungi Media:    
Nadia Hunziker   
Lexinta AG Cawangan Zurich  
+41-41-544-83-89      
public-relations@lexinta.com    

Source: Lexinta AG
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Education Sports New products/services Not for profit