omniture

"15 Julai- Pengkhianatan dan Penentangan" Tema Pertandingan Filem Pendek Antarabangsa

Cekmekoy Municipality
2017-02-06 09:00 410

ISTANBUL, 6 Februari 2017 /PRNewswire/ --

Filem -filem bertemakan pengkhianatan dan penentangan akan bertanding pada  Pertandingan Filem Pendek Antarabangsa bertemakan 15 Julai- Pengkhianatan dan Penentangan anjuran Perbandaran Çekmeköy.

Çekmeköy, salah satu daerah di Istanbul, telah menganjurkan satu filem pendek antarabangsa bertemakan "keadilan dan belas ehsan" pada tahun 2016, di bawah kepimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Tema pertandingan filem pendek kedua itu telah dipilih sebagai  "pengkhianatan dan penentangan " yang diilhamkan daripada reaksi rakyat Turki terhadap ancaman sekumpulan pengkomplot rampasan kuasa yang telah menyusup ke dalam Angkatan Tentera Turki dan birokrasi kerajaan, dalam cubaan menggulingkan kerajaan sah Turki pada 15 Julai 2016.

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/462354/July_15___Betrayal_and_Resistance.jpg )

Pertandingan Filem Pendek Antarabangsa Çekmeköy akan menjadi satu penghormatan, dalam bentuk filem pendek, kepada beribu-ribu cerita penentangan terhadap pengkhianatan pada malam 15 Julai. Pertandingan ini akan mengalu-alukan peserta antarabangsa, yang akan membuka jalan bagi tafsiran ke atas cubaan pengkhianatan pada 15 Julai dari perspektif artis yang berbeza. Pertandingan ini selanjutnya bertujuan untuk menangani fenomena 'pengkhianatan dan penentangan' yang ditunjukkan oleh orang awam terhadap inisiatif ini sebagai penentangan berani daripada rangka kerja sosial, budaya dan seni.

Ahmet Poyraz, Datuk Bandar Perbandaran Çekmeköy adalah pemilik projek ini dan para juri terdiri daripada Pengarah Mustafa Şevki Doğan dan Mesut Uçakan, Pakar Sosiologi Erol Erdoğan, pelakon terkenal Turgay Tanülkü dan Hakan Boyav, wartawan Metin Yüksel dan Meryem Ilayda Atlas.

HADIAH 112 RIBU LIRA TURKI

Anugerah akan disampaikan untuk filem-filem pendek yang terpilih dalam pertandingan ini selepas pemilihan awal lembaga dan penilaian juri dalam satu majlis pada 13 Julai. Kedudukan pertama, kedua dan ketiga filem pendek melayakkan masing-masing menerima hadiah 30 ribu, 20 ribu dan 15 ribu. Selain itu, Anugerah Khas Şehit Ömer Halisdemir adalah 12 ribu TL, anugerah khas juri sejumlah 10 ribu TL dan 5 filem yang terpilih akan layak mendapat hadiah penghormatan 5ribu TL setiap satu. Sejumlah 112 ribu hadiah akan diberikan sebagai anugerah untuk pertandingan ini.

PERMOHONAN YANG DITERIMA

Fiksyen, animasi, dokumentari dan filem eksperimen dihasilkan dalam format digital yang tidak melebihi 15 minit, dan mempertontonkan unsur-unsur "Pengkhianatan dan Penentangan" akan dialu-alukan untuk pertandingan. Permohonan akan diterima dalam talian di http://www.ihanetvedirenis.com sehingga 2 Jun 2017. Filem akan dinilai dari segi skrip, arahan, fiksyen, penataan cahaya dan kriteria tajuk utama.

https://www.youtube.com/watch?v=uqQdY6Zq6fA&t=30s

https://www.youtube.com/watch?v=MCHErfSCsug 

https://www.youtube.com/watch?v=uqQdY6Zq6fA&t=295s

Source: Cekmekoy Municipality
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Awards