omniture

TerraPay Ganding Tenaga dengan MoneyTrans dan Paga Mudahkan Kiriman Wang Rentas Sempadan Antara Eropah dan Nigeria

TerraPay
2017-02-17 20:27 661

AMSTERDAM, 17 Februari 2017 /PRNewswire/ -- TerraPay, rangkaian pembayaran antarabangsa pertama mudah alih, hari ini mengumumkan mereka telah bekerjasama dengan MoneyTrans, syarikat peneraju Pemindahan Wang yang ditubuhkan di Eropah dan Afrika, dan juga Paga, syarikat perintis pembayaran dan perkhidmatan kewangan Nigeria untuk melancarkan kiriman wang merentasi sempadan dari Sepanyol ke dompet mudah alih di Nigeria.

Kini, warga Nigeria di Sepanyol boleh mengirim wang ke mana-mana nombor telefon mudah alih di Nigeria melalui Paga hanya dengan mengunjungi kedai MoneyTrans berdekatan. Penerima boleh mengeluarkan wang daripada lebih 11,000 ejen Paga di seluruh Nigeria atau membuat pengeluaran tanpa kad di ATM. Penerima juga boleh menggunakan duit tersebut untuk membayar bil, membeli masa berbual atau menghantar wang tersebut ke mana-mana nombor telefon atau akaun bank di Nigeria, antara perkhidmatan lain.

Perkhidmatan kiriman wang merentasi sempadan yang diasaskan secara mudah alih ini telah  dilancarkan di Sepanyol dan akan disusuli dengan pelancaran berturut-turut di Belgium, Perancis dan Itali pada minggu-minggu akan datang.

Sempena peristiwa ini, En. Jeremy De Smet, Ketua Pegawai Operasi MoneyTrans berkata, "Kami gembira dapat mengambil satu lagi langkah besar dalam mendayakan perkhidmatan wang mudah alih di Afrika. TerraPay mempunyai kedudukan yang sesuai untuk menawarkan penyelesaian kukuh yang dibina berasaskan dan memanfaatkan infrastruktur teknikal utama yang telah dilaksanakan selama bertahun-tahun di Afrika."

"Nigeria menawarkan pelbagai peluang untuk syarikat seperti TerraPay, kerana ia merupakan penerima kiriman wang terbesar di Afrika," kata Ambar Sur, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TerraPay. "Perkongsian dengan MoneyTrans dan Paga akan memainkan peranan penting dalam kiriman wang merentasi sempadan di Nigeria, membantu mengurangkan yuran, meningkatkan kelajuan dan menyediakan kemudahan untuk pengguna."

Mengulas tentang perkongsian ini Jay Alabraba, Pengasas bersama Paga berkata, "Kami gembira dapat bekerjasama dengan TerraPay dan MoneyTrans dalam membolehkan pemindahan yang selamat antara Sepanyol dan Nigeria, yang pertama daripada beberapa koridor kiriman wang penting yang akan kami lancarkan bersama. Dengan menggabungkan jangkauan yang meluas Paga dan kemampuan terbukti TerraPay dan MoneyTrans di ruang kiriman wang antarabangsa, kami membawa ke pasaran kemudahan yang lancar dan senang digunakan bagi warga Nigeria di dalam dan di luar negara."

Nigeria berada di tempat keenam antara negara penerima kiriman wang tertinggi di dunia. Pada tahun 2015, Bank Dunia menilai kiriman wang yang diterima di Nigeria sebanyak $21 bilion.

Perhubungan Awam
Sundeep Mehta
Pengurus Perhubungan Awam Global
TerraPay, Belanda
E-mel- contactus@terrapay.com

Source: TerraPay
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Multimedia/Online/Internet Contracts