omniture

Bangku tolakan amat cekap XCMG sumbang kepada pembangunan infrastruktur tempatan di Malaysia

XCMG
2017-02-28 23:55 359

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Bangku tolakan XDN525 dari pengeluar jentera terkemuka dunia XCMG buat pertama kalinya memberi khidmat di Malaysia dalam projek rawatan kumbahan di Kuala Lumpur.

Sebagai pembinaan infrastruktur utama, projek rawatan kumbahan di bandar dan pinggir bandar Kuala Lumpur adalah satu usaha baharu untuk menaik taraf fasiliti rawatan kolam kumbah udara yang sedia ada, mengubah suai kolam pengoksidaan yang sedia ada kepada fasiliti rawatan kumbahan moden dan meningkatkan taraf kesihatan dan sanitasi di rantau ini.

Pada musim hujan yang berpanjangan di Malaysia, bangku tolakan XDN525 XCMG tidak hanya berdepan dengan hujan lebat, tetapi juga dengan kekangan masa.

Produk yang hebat mewakili pencapaian teknologi terbaharu syarikat, bangku tolakan XDN52 berjaya menyiapkan tiga bahagian pemasangan paip di bawah tanah dalam tempoh dua bulan, menakluki persekitaran geologi yang rumit di samping memenuhi jadual pembinaan yang ketat.

"Bangku tolakan XDN525 boleh bergerak ke hadapan 15 meter setiap hari, mendapat pujian daripada pelanggan-pelanggan kami," kata Kong Qinghua, Pengurus Besar XCMG Foundation Construction Machinery Co.,Ltd. "Peningkatan dalam infrastruktur tempatan membolehkan fasiliti rawatan kumbahan di Kuala Lumpur melepaskan air rawat yang lebih bersih ke dalam sungai, dan XCMG sangat berbangga menjadi sebahagian daripada projek yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan alam sekitar."

Selama bertahun-tahun, XCMG menyediakan pelbagai peralatan jentera dan penyelesaian untuk membantu projek-projek infrastruktur di seluruh dunia, termasuk projek kereta api berkelajuan tinggi China-Thailand merentasi 10 wilayah di Thailand, pembinaan Lebuh Raya Kebangsaan 6 di Kemboja, "Projek Perumahan Venezuela" di Caracas, Venezuela, Keretapi Mombasa-Nairobi di Afrika dan banyak lagi.

"Menyokong projek-projek pembinaan infrastruktur di negara-negara membangun adalah penting, yang bukan sahaja untuk memperbaiki persekitaran kehidupan dan melindungi alam sekitar, tetapi juga merangsang pembangunan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu," kata Kong.

Latar Belakang XCMG:

XCMG ialah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang mempunyai sejarah 73 tahun. Ia kini di kedudukan kelima dalam industri pembinaan jentera di dunia. Syarikat mengeksport kepada lebih 170 buah negara dan rantau di seluruh dunia.

 

Source: XCMG
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion