omniture

Permintaan Mantap untuk Perjalanan Antarabangsa, Air China Terus Mulakan Lebih Banyak Laluan Antarabangsa

Air China
2017-03-02 05:04 703

BEIJING, 2 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Mulai Mei 2017, Air China akan mula memperkenalkan lima laluan antarabangsa baharu, termasuk Beijing - Zurich, Beijing - Astana, Beijing - Jakarta, Shanghai - Barcelona dan Shenzhen - Los Angeles. Di sebalik keadaan yang berlaku melibatkan laluan antarabangsa yang baru bermula dilihat semakin perlahan dan perjalanan perniagaan pula semakin bertambah baik, laluan baharu ini akan memberi Air China lebih akses kepada pasaran antarabangsa dan memperlihatkan keyakinan Air China dalam melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa pada tahun 2017.

Sepanjang tempoh pengangkutan untuk Festival Musim Bunga yang baru berakhir, kadar peningkatan penumpang tempatan dan luar negara untuk Air China adalah lebih tinggi berbanding peralatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan pada pelbagai laluan, manakala muatan dan hasil operasi syarikat penerbangan ini meningkat dengan ketara dan lebih baik daripada jangkaan. Permintaan terhadap pelancongan luar negara kekal kukuh – khususnya bagi Festival 7 hari Musim Bunga, pelancong luar negara mencecah 6 juta orang, dan Air China memberikan prestasi mengagumkan bagi laluan ke destinasi-destinasi seperti Britain, Sepanyol, Itali, New York, Los Angeles dan Hawaii, dengan penggunaan tempat duduk mencapai 82.4%  untuk laluan antarabangsanya, meningkat 3.1 mata peratusan. Penelitian terhadap pengagihan trafik penumpang semasa Festival Musim Bunga menunjukkan penumpang lebih peka untuk mengelakkan tempoh puncak perjalanan. Keluarga yang keluar melancong bersama-sama pula meningkat dengan ketara, membantu melancarkan keluk permintaan bagi tempoh Festival Musim Binga dan membawa hasil perolehan yang baik kepada Air China.   

Pada tahun 2017, apabila harga minyak dunia cenderung untuk stabil dan turun naik yuan Cina mendatar, Air China akan memberi respons dengan aktif terhadap permintaan kukuh untuk pelancongan, terus meluaskan kehadirannya dalam pasaran antarabangsa terkenal, merebut peluang, dan terus meningkatkan penggunaan jaringan laluan globalnya. Ini pastinya dapat membantu Air China meningkat maju demi mencapai matlamatnya untuk menjadi "syarikat penerbangan jaringan global luas dengan kelebihan daya saing antarabangsa".

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161031/0861611348LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services