omniture

WWE LIVE(TM) Kembali ke Singapura

WWE
2017-03-08 09:00 734

SINGAPURA dan STAMFORD, Connecticut, 8 March 2017 /PRNewswire/ -- WWE kembali ke Singapura dengan WWE LIVE SINGAPORE® pada hari Rabu, 28 Jun 2017 di Stadium Tertutup Singapura.

Peminat WWE boleh melihat Juara Sedunia WWE Kevin Owens beraksi di Stadium Tertutup Singapura pada hari Rabu 28 Jun 2017. (c) 2016 WWE, Inc. Hak Cipta Terpelihara.
Peminat WWE boleh melihat Juara Sedunia WWE Kevin Owens beraksi di Stadium Tertutup Singapura pada hari Rabu 28 Jun 2017. (c) 2016 WWE, Inc. Hak Cipta Terpelihara.

Tiket bagi WWE LIVE SINGAPORE® akan dijual mulai hari Jumaat, 17 March 2017 dan boleh didapati di Sports Hub Tix Box Office, Sports Hub Tix Outlet di semua lokasi SingPost, Melalui laman web www.sportshubtix.sgatau menelefon sportshub tix hotline +65-3158-7888.

Para peminat yang menghadiri

WWE LIVE SINGAPORE®

bakal melihat WWE Superstar kegemaran mereka termasuklah Kevin Owens™, Roman Reigns™, Bayley™, Sasha Banks™, Braun Strowman™, Cesaro™, Sheamus™, Rusev™ dan lebih lagi*.

WWE LIVE SINGAPORE® dipersembahkan dengan kerjasama TEG Dainty Asia, penganjur utama acara secara langsung di seluruh dunia.

"Kami teruja untuk membawa WWE Secara Langsung kembali ke Singapura," kata Paul Dainty, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif TEG Dainty Asia. "Sama seperti pertunjukan kami yang habis dijual pada 2015, kami menjanjikan malam penuh aksi yang membuatkan orang muda dan tua berdiri dan riuh-rendah dengan keterujaan. Pertunjukan satu malam sahaja ini merupakan satu-satunya perhentian mereka di Asia Tenggara pada 2017, jadi ia tidak boleh dilepaskan."

"WWE teruja untuk sekali lagi membawa suasana menggetarkan WWE Secara Langsung ke Singapura, memberikan peminat WWE peluang untuk melihat Superstar kegemaran mereka secara langsung untuk pertama kali sejak 2015," kata Chris Marsh, Naib Presiden dan Pengurus Besar WWE Asia Pasifik. "WWE LIVE SINGAPORE ®  membawakan hiburan tanpa henti, serta mesra keluarga yang sudah sedia dikenali dan digemari para peminat kami yang berkobar-kobar menerusi rancangan TV dan WWE Network."

 

Rancangan WWE termasuklah Raw®, SmackDown®, Main Event™, Vintage™, Bottom Line™, Afterburn™, Experience™, This Week™, disiarkan di StarHub pada saluran Hub Sports 2 dan Hub Sports Arena.

*

Barisan peserta tertakluk kepada perubahan.

Latar Belakang WWE Klik Di sini: https://wwecorp.box.com/v/About-WWE-Press-Release-Footer

Maklumat tambahan WWE (NYSE: WWE) boleh didapati di wwe.com dan corporate.wwe.com. Untuk maklumat tentang aktiviti global kami, lawati http://www.wwe.com/worldwide/.

Hubungi:                                                            

TEG Dainty Asia
Donna Lee
+65 8163 0277
leejy.donna@gmail.com

WWE
Joe Quinn
+1 (203) 352 8636
joe.quinn@wwecorp.com

Tanda dagang:  Semua rancangan WWE, nama bakat, imej, kemiripan, slogan, aksi gusti, tanda dagang, logo dan hak cipta merupakan harta eksklusif WWE dan subsidiarinya. Semua tanda dagang, logo dan hak cipta yang lain merupakan harta pemilik masing-masing.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170223/8521701110

Source: WWE
Related Stocks:
NYSE:WWE
Keywords: Entertainment Sporting Events Sports