omniture

Pembukaan CONEXPO-CON / AGG XCMG Tanda Permulaan Baharu dalam Pasaran Amerika Utara

XCMG
2017-03-10 21:57 705

LAS VEGAS, 10 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan terkemuka global XCMG (SHE: 000.425) mengadakan satu majlis pelancaran, untuk peralatan serba baharu eksklusif  untuk Amerika Utara pada hari pertama CONEXPO-CON / AGG 2017, yang sedang berlangsung dari 07-11 mac di Las Vegas.

XCMG Perkenal Rangkaian Produk Amerika Utara di CONEXPO-CON / AGG 2017
XCMG Perkenal Rangkaian Produk Amerika Utara di CONEXPO-CON / AGG 2017

Siri baharu termasuk 300 tan kren pelbagai terain, 70 tan kren untuk terain kasar, satu siri jengkaut untuk muatan 3.5 hingga 49 tan, penggelek ringan, pengangkut beroda, pelantar penggerudian berputar dan pengangkut pengorek-kaut, kesemuanya mematuhi piawaian emisi 4 Tahap di samping menjamin kuasa mantap dan prestasi yang stabil.

"Kesemua 14 mesin ini adalah hasil usaha penyelidikan dan pembangunan selama sedekad," ujar Wang Min, pengerusi dan presiden XCMG pada majlis pembukaan. "Kami sentiasa mematuhi nilai teras iaitu ' mengambil tanggungjawab yang besar, bertindak dengan pegangan yang mulia, dan menghasilkan pencapaian hebat'."

Pameran XCMG di CONEXPO-CON / AGG ialah permulaan baharu bagi syarikat itu di Amerika Utara, dengan  kejayaan terkumpul yang dicapai dalam teknologi, penyelidikan dan pembangunan, penyetempatan produk, dan imersi pasaran.

Kini jurutera XCMG dan pereka dari kedua-dua China dan Amerika Syarikat sedang berusaha bersama-sama untuk membangunkan peralatan jentera generasi akan datang untuk pasaran Amerika Utara dengan penekanan kepada teknologi canggih dan ketahanan.

XCA300U kini ialah kren pelbagai terain yang terpintar dan terhebat berkuasakan 6WD di pasaran terkini. Tujuh bahagian joran 80 meter dan jib 36 meter memberikan kuasa mengangkat setinggi 112 meter; pertukaran bebas diantara 3WD / 4WD juga disediakan. Di samping menawarkan kelajuan maksimum perjalanan 90 km / j (56 batu / j) dan keupayaan gred pada 52 peratus, teknologi pintar pada joran kren juga memudahkan prosedur operasi serta mengurangkan kesukaran operasi  untuk pengendalian dan kawalan yang lebih baik. Sementara itu, kecekapan keseluruhan operasi  kren bertrak XCT40U adalah sepuluh peratus lebih tinggi daripada purata industri dengan menggunakan joran lima bahagian.

"Falsafah XCMG iaitu 'pengantarabangsaan, kecenderungan, penaiktarafan dan pembangunan mampan' mendorong kami mencipta produk-produk khusus, menyediakan perkhidmatan yang tepat pada masanya serta menyumbang kepada pembinaan infrastruktur pada skala global," kata Wang.

Latar Belakng XCMG

XCMG ialah syarikat multinasional untuk jentera pembuatan berat yang mempunyai sejarah 74 tahun. Ia kini berada di kedudukan kesembilan dalam industri jentera pembinaan global. Syarikat mengeksport kepada lebih 177 negara dan rantau di seluruh dunia.

Untuk keterangan lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto  - http://photos.prnasia.com/prnh/20170309/0861702102

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Trade show news