omniture

LKK Health Products Group Dianugerah Logo "Syarikat Prihatin" dan "Syarikat Bahagia"

LKK Health Products Group
2017-03-13 14:00 612

HONG KONG, 13 Mac 2017 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group ("LKKHPG" atau "Syarikat") dianugerahkan sebagai "Syarikat Prihatin" buat pertama kali oleh Majlis Khidmat Sosial Hong Kong. Anugerah ini mengiktiraf sifat prihatian dan bakti syarikat terhadap masyarakat, kakitangan dan alam sekitar. Infinitus (Hong Kong) Company Ltd., ahli LKKHPG, dipilih sebagai "Syarikat Prihatin" buat kali ketiga. Selain itu, Syarikat terpilih sebagai "Syarikat Bahagia" sekali lagi oleh Yayasan Indeks Galakan Kebahagiaan dan Majlis Produktiviti Hong Kong.

 Pasukan Badan Sukarelawan LKKHPG mengunjungi warga emas yang tinggal di pusat jagaan
Pasukan Badan Sukarelawan LKKHPG mengunjungi warga emas yang tinggal di pusat jagaan

Tahun lalu, Syarikat mengukuhkan usaha tanggungjawab sosial korporatnya ("CSR"). Sebagai contoh, ia menubuhkan Pasukan Badan Sukarelawan LKKHPG di Hong Kong demi menggalakkan dan menghimpunkan rakan sejawat untuk menyertai aktiviti khidmat sosial, seperti berkunjung ke rumah warga emas di Sheung Shui. Selain itu, Syarikat mengguna pakai beberapa dasar dan amalan pekerjaan mesra keluarga bagi membantu kakitangannya mencapai tiga keseimbangan dari segi kesihatan, keluarga dan kerja. Berhubung dasar alam sekitar, pemuliharaan tenaga dan peralatan rendah karbon adalah amat digalakkan; sementara itu, Syarikat menyokong aktiviti "Earth Hour", kempen kesedaran iklim sedunia selama tujuh tahun berturut-turut. Awal tahun ini, LKKHPG dan ahli-ahlinya mengeluarkan laporan CSRnya secara berasingan buat pertama kalinya bagi memenuhi strategi pembangunan pelbagai dan memudahkan pihak berkepentingan untuk memahaminya secara keseluruhan. (Butiran lanjut tentang Laporan CSR Syarikat, sila kunjungi http://www.lkkhpg.com/en-us/sustainability/csr-reports/)

Infinitus (Hong Kong) menyertai acara jalan kaki amal anjuran Community Chest
Infinitus (Hong Kong) menyertai acara jalan kaki amal anjuran Community Chest

Infinitus, sebagai ahli LKKHPG, komited terhadap CSR berhubung kesihatan, kualiti, kakitangan, rakan kongsi, alam sekitar dan masyarakat, serta berusaha menyediakan produk dan perkhidmatan herba Cina premium untuk pelanggan bagi memberikan kehidupan yang lebih baik dari segi keseimbangan, kemewahan dan keharmonian. Tahun lalu, Infinitus (Hong Kong) Company Ltd sekali lagi menyokong acara jalan kaki amal anjuran Community Chest dan mengunjungi lebih 100 warga emas yang tinggal bersendirian semasa festival Pertengahan Musim Luruh.

"Kami percaya bahawa apabila kami menyediakan suasana bekerja 'selesa' dan menggalakkan kakitangan kami menyumbang kepada masyarakat, ia dapat melonjakkan kegembiraan kakitangan dan meningkatkan komitmen serta rasa bertanggungjawab mereka untuk terus berkembang bersama syarikat," kata En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG.

Untuk maklumat tambahan, kunjungi laman sesawang korporat LKK Health Products Group: www.lkkhpg.com
Ikuti kami melalui Facebook: https://www.facebook.com/lkkhpg

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170302/0861701796-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170302/0861701796-b

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals