omniture

Jumeirah Central Buat Penampilan Sulung Antarabangsa di MIPIM 2017, Acara Hartanah Utama Dunia

Dubai Holding
2017-03-13 16:50 611

DUBAI, United Arab Emirates, 13 Mac 2017 /PRNewswire/ --

  • Pamer pelbagai peluang pelaburan merentasi kumpulan aset 
  • Ketua Pegawai Operasi Morgan Parker tekankan peranan Dubai selaku peneraju yang mencorak pemandangan bandar raya moden dan tingkatkan pengalaman bandar   

Jumeirah Central, kawasan bandar pelbagai guna baharu Dubai, akan membuat kemunculan sulung peringkat antarabangsa di MIPIM 2017, perhimpunan tahunan untuk para pengusaha hartanah antarabangsa paling berpengaruh di dunia. Dirancang sepenuhnya oleh Dubai Holding, sebuah syarikat pegangan pelaburan global, Jumeirah Central telahpun berjaya menarik minat yang luas daripada kalangan pelabur institusi antarabangsa yang berhasrat untuk menembusi pasaran Dubai yang pantas berkembang.

generated by system

Sempena MIPIM, Jumeirah Central akan mempamerkan pelan induk lengkap di Gerai Pameran C16.A dan membawakan peluang-peluang pelaburan menerusi pelbagai produk termasuk bangunan pejabat bertaraf antarabangsa Gred A yang premium.

Merangkumi kawasan lantai kasar (GFA) seluas 4.4 juta meter persegi, Jumeirah Central bakal menjadi hartanah paling mudah diakses, berfungsi dan bernilai di Dubai, selain memperkenalkan konsep perancangan bandar yang inovatif dan kualiti hidup ke rantau ini. Pembinaan mercu tanda melibatkan 278 bangunan individu, dan dirancang untuk menjadi jaringan meriah dengan 75 blok bandar yang boleh dilalui yang direka agar sesuai untuk orang ramai demi mewujudkan persekitaran bandar boleh telap dan bersifat intuitif.

Morgan Parker, Ketua Pegawai Operasi, Jumeirah Central, berkata: "Dengan meletakkan penanda aras terhadap bandar-bandar paling berjaya di seluruh dunia, kami menggabungkan asas-asas yang telah terbukti dengan inovasi terkini bagi mewujudkan hartanah bernilai tinggi yang akan merangsang pelaburan institusi antarabangsa dalam negeri, ke rantau ini. Dubai Holding bekerjasama erat dengan badan-badan kerajaan agar Jumeirah Central mampu bertindak sebagai pelan tindakan berhubung sejauh mana bandar-bandar boleh meningkatkan kualiti hidup para penduduk. Sebagai platform paling berpengaruh dalam industri bagi mengakses pengusaha ini, MIPIM menjadi lokasi sempurna untuk berhubung dengan pelabur-pelabur yang berpandangan jauh yang mempunyai keutamaan yang sama." 

Pertimbangan utama Jumeirah Central adalah keperluan strategik, operasi, kewangan dan undang-undang oleh pelabur institusi global. Cadangan nilai utamanya ialah lokasi strategik tapak tersebut di tengah-tengah Dubai, keterhubungan pelbagai mod dan daya tahan ekonomi yang bakal dinikmati dengan adanya gabungan meriah kemudahan pelbagai guna digandingkan dengan rangkaian luas taman serta tempat awam. Jumeirah Central turut menawarkan peluang kepada pelabur institusi untuk mencipta kepelbagaian geografi, khususnya di rantau-rantau yang kian berkembang seperti Timur Tengah selain turut mewujudkan aset mengikut saiz urus niaga yang sesuai demi memenuhi keperluan mereka.

Jumeirah Central menggalakkan pemahaman lebih baik tentang keperluan modal institusi dalam sektor perbankan dan kewangan tempatan serta berkolaborasi dengan infrastruktur perundangan yang terdapat di Dubai bagi mewujudkan persekitaran yang paling kondusif demi menggalakkan pelaburan institusi dalam negeri.

Morgan Parker akan berucap dalam sesi perbincangan panel, "Sejauh mana strategi pelaburan Hartanah memupuk kehidupan lebih baik untuk orang ramai?" Dalam perbincangan ini, En. Parker akan menekankan peranan Dubai selaku peneraju yang mencorak pemandangan bandar raya moden dan meningkatkan pengalaman bandar.   

Mengulas tentang tema penting ini, En. Parker berkata: "Hari ini, bandar-bandar di rantau Teluk adalah agak kecil dan masih baharu, dan mempunyai kedudukan sempurna untuk memenuhi keperluan sosial yang berubah-ubah dalam proses pembandaran yang kian meningkat kini. Peluang ini tersedia untuk bandar-bandar seperti Dubai, bagi memainkan peranan kepimpinan untuk bertindak balas terhadap peningkatan pembandaran dan untuk menggalakkan kepaduan bandar. Pemaju hartanah di bandar-bandar ini mencorak cara masyarakat meningkat maju dengan memperkenalkan lebih banyak pembangunan pelbagai guna, akses lebih hebat terhadap jaringan pengangkutan pelbagai mod, menggalakkan lebih banyak aktiviti berjalan kaki dan meningkatkan interaksi sosial. Bagi memaksimumkan peluang pembandaran, bandar-bandar Teluk akan memberi tumpuan terhadap sektor awam berbanding sektor swasta dan aset yang dikongsi berbanding milik individu."

Fasa pertama Jumeirah Central, yang terletak berhadapan Mall of the Emirates di Jalan Sheikh Zayed, iaitu jalan utama di UAE, akan melibatkan 67 projek pelbagai guna dan kawasan seluas 1,488,800 meter persegi termasuk 2,500 unit kediaman, 16 hotel, 13 bangunan pejabat dan pembangunan pusat beli belah, berserta kemudahan komuniti seperti taman, hospital dan sekolah.

Sumber: Dubai Holding

Source: Dubai Holding
Keywords: Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Trade show news