omniture

Gam Akasia: Peranan Sosial, Ekonomi dan Alam Sekitar Penting untuk Negara-negara Selatan Sahel

Alland & Robert
2017-03-14 18:00 776

PARIS, 14 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Pokok akasia adalah antara salah satu sumber yang paling menguntungkan di Afrika. Ia menghasilkan gam dengan nama yang sama: Gam Akasia yang sering kita dapati dalam produk-produk kehidupan harian kita. Tumpuan terhadap gam akasia (turut dikenali sebagai gam Arab), satu sumber semula jadi yang banyak manfaatnya.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:

https://www.multivu.com/players/uk/8051551-acacia-gum-southern-sahel-countries/ 

Gam akasia telah digunakan sejak 2650 SM, pada zaman Mesir Kuno, sewaktu ia digunakan bagi membuat kain pembalut untuk mumia[1] dan makanan. Kawasan pengeluarannya tersebar luas merentasi "lingkaran gam", bermula dari Senegal ke Eritrea, di kawasan kering dan separa gersang di bahagian selatan Sahara.

Gam akasia ialah sumber ekonomi yang sangat besar untuk golongan miskin di Sahel. Di kawasan-kawasan ini, sekitar tiga juta penduduk dapat meneruskan kehidupan mereka hasil daripada tanaman gam akasia[2]. Pokok-pokok akasia juga menjadi aset yang besar untuk pertanian dan masyarakat setempat, memandangkan ia dapat menyesuaikan keadaannya dengan sempurna terhadap kawasan-kawasan yang kering dan padang pasir.

Selain kepentingan ekonominya terhadap masyarakat setempat yang paling miskin, tuaian gam akasia memberi impak yang amat positif terhadap perlindungan alam sekitar. Pokok-pokok akasia menyuburkan tanah dengan menetapkan kandungan nitrogen dan mengembalikan kesuburan tanah. Pokok-pokok ini turut memberi perlindungan dan teduhan kepada petani dan haiwan, ketika menghasilkan Gam Akasia. Pokok-pokok akasia merupakan sumber lestari dan hasil tuaiannya dapat meningkatkan produktiviti tanaman lain dan mencegah proses penggurunan.

Pokok-pokok akasia juga melindungi kepelbagaian bio tempatan: Selain membekalkan makanan ternakan untuk lembu, pokok-pokok akasia merupakan habitat semula jadi untuk beberapa spesies burung. Sistem akar pokok akasia boleh turun ke bahagian aras air bumi, sambil mencegah degradasi tanah[3]. Pokok-pokok akasia mampu menakung air yang sedia ada, walaupun pada kedalaman yang jauh. Hamparan rumput yang dihasilkan oleh belukar dapat mengelakkan kehilangan air dan menyumbang terhadap penghasilan semula air tanah. Pada musim kemarau, apabila air telah habis, pokok-pokok akasia dapat menyediakan bekalan air yang amat diperlukan untuk hidupan liar dan spesies haiwan ternakan[4].    

Selain kualitinya yang bersifat semula jadi khusus untuk gam akasia[5], satu fakta yang menarik untuk diketahui ialah tanaman ini 100% semula jadi. Tuaian gam akasia tidak boleh dilakukan menggunakan jentera. Gam akasia yang dibekalkan oleh Alland & Robert, salah satu pembekal global terkemuka yang diperakui oleh syarikat makanan terbesar, adalah organik, bebas GMO dan dijamin tidak mengandungi sebarang racun perosak[6]. Alland & Robert terlibat di Afrika dengan dasar tanggungjawab sosial, alam sekitar dan juga ekonomi.

1. http://revuelespritlibre.org/e414-les-gommiers-du-soudan-sur-lechiquier-mondial

2. http://www.yves-rocher.fr/control/com/fr/l-herbier-digital/l-acacia-du-senegal

3. http://apac-isabey.asso-web.com/actualite-22-parlons-du-pourquoi-de-lacacia-dans-notre-association.html

4. http://www.fao.org/docrep/v5360f/v5360f07.htm

5. http://www.hotelseconews.com/La-gomme-d-acacia-un-produit.html

6. http://www.neoplanete.fr/podcast/lacacia-ca-degomme-gomme-arabique/

(Foto: http://mma.prnewswire.com/media/473400/Acacia_Gum.jpg )

 

Source: Alland & Robert
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services