omniture

Pemenang Water Window Challenge Diumum

Global Resilience Partnership (GRP)
2017-03-16 05:04 384

LONDON, 16 Mac 2017 /PRNewswire/ --

Dua belas projek inovatif akan berkongsi US$10 juta wang pertandingan terkumpul untuk menangani banjir di beberapa komuniti yang paling mudah terjejas di dunia.

Perkongsian antara the Global Resilience Partnership (GRP) dan Z Zurich Foundation of Zurich Insurance, menyediakan geran sehingga US$1 juta yang akan diberikan kepada pasukan yang menawarkan penyelesaian inovatif kepada isu yang melibatkan komuniti yang sering dilanda banjir di Sahel, Tanduk Afrika dan di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Hampir 400 penyertaan awal Cabaran telah disaring menjadi 12 penyelesaian terakhir yang dianggap mempunyai potensi impak terbesar.

Pasukan yang berjaya berasal dari seluruh dunia, dengan pemenang dari Amerika Utara, Eropah, Asia Selatan dan Asia Tenggara, dan Tanduk Afrika. Mereka akan menangani isu di atas tanah di Indonesia, Vietnam, Filipina, Bangladesh, India, Sri Langka, Nepal, Kenya, Ethiopia dan Somalia, dengan penyelesaian yang terdiri daripada jalan raya berdaya tahan banjir ke rumah amfibia dan perlindungan jalur hijau pantai.

Cabaran ini disokong oleh komitmen sebanyak US$10 juta daripada Z Zurich Foundation untuk memastikan pelbagai penyelesaian banjir celik teknologi yang diketahui tempatan, diberikan peluang yang diperlukan untuk berjaya – atau gagal – dengan cepat.

Mereka yang menunjukkan perubahan yang nyata akan diperhatikan untuk tujuan penskalaan pesat bagi memanfaatkan seberapa ramai orang yang mungkin di pelbagai lokasi.

Penyelesaian yang dikemukakan datang daripada pelbagai pasukan pemohon, termasuklah ahli akademik dan organisasi tempatan yang menggunakan pengalaman mereka sendiri dan pengetahuan tempatan untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang mereka berulang kali hadapi.

David Nash, pengurus yayasan di Z Zurich Foundation, berkata: "Sejak empat tahun kebelakangan, Zurich telah memulakan perjalanan untuk membantu masyarakat membina daya ketahanan melalui Program Ketahanan Banjir kami, menggabungkan kepakaran pengurusan risiko sektor insurans dengan penglibatan masyarakat dari akar umbi.

"Pada masa ini, 87% pembiayaan berkaitan bencana digunakan untuk bantuan dan pemulihan. Matlamat kami adalah untuk mengalihkan pembiayaan kepada membina daya ketahanan sebelum berlaku bencana. Water Window Challenge merupakan contoh utama dan berkesan untuk mencari penyelesaian inovatif bagi masalah banjir yang berulang, membolehkan masyarakat untuk akhirnya berkembang maju dalam berdepan dengan banjir."

Luca Alinovi, pengarah eksekutif Global Resilience Partnership, berkata: "Banjir merupakan bencana alam yang utama, menyumbang sebanyak 47% daripada semua bencana berkaitan cuaca. Ia menyebabkan lebih banyak kerosakan di seluruh dunia daripada bencana alam lain dan menyebabkan beberapa kerugian terbesar ekonomi, sosial dan kemanusiaan. Sejak 20 tahun yang lalu, banjir telah menjejaskan lebih 2.3 juta orang, 95% daripada mereka tinggal di Asia. Jelas sekali isu ini sangat memerlukan pendekatan yang berbeza!

"Pendekatan bantuan kemanusiaan tradisional akan diaktifkan selepas banjir dan menyediakan makanan, perumahan dan infrastruktur kecemasan. Pelaksana pembangunan menjalankan pemulihan berperingkat selepas krisis awal dan cuba untuk membina aset infrastruktur tempatan dan negara sebelum bencana akan datang. Kitaran bencana, pemulihan, dan pengulangan ini tidak membina kestabilan jangka panjang atau kemakmuran.

 "GRP percaya bahawa pendekatan daya ketahanan, yang tidak hanya memikirkan untuk menghalang kejutan dan menyokong orang ramai untuk terus bertahan melalui krisis, tetapi berusaha secara aktif mengubah krisis menjadi peluang, merupakan satu-satunya cara untuk membasmi kemiskinan jangka panjang.

"Menerusi Cabaran ini, kami dapat mengerakkan masyarakat, pakar-pakar dan penyelidik terbaik di dunia untuk membuat inovasi, mencabar norma dan memberi manfaat kepada berjuta-juta orang."

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Stephanie Speck, pengarah Komunikasi, Global Resilience Partnership  
sspeck@globalresiliencepartnership.org  / +254-737-547-731
 
Phoebe Tronzo, Eksekutif Akaun, Edelman
Phoebe.Tronzo@edelman.com / +44-203-047-2196

Source: Global Resilience Partnership (GRP)
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Awards Environmental Issues