omniture

Industri runcit China bersedia untuk pemulihan kukuh, CHINASHOP bantu peserta akses pasaran runcit negara

CHINASHOP
2017-03-20 09:29 514

CHONGQING, China, 20 Mac 2017 /PRNewswire/ -- CHINASHOP 2017 akan dibuka dari 2 hingga 4 November di Pusat Ekspo Chongqing, serentak dengan Persidangan Runcit Kebangsaan China, persidangan terbesar dan paling berwibawa, agar peserta dapat mengetahui trend terkini dalam pembangunan teknologi keperluan paling dicari yang dihadapi pengendali runcit China. 

Menurut laporan 100 peruncit utama China daripada CCFA, mereka merekodkan USD 305 bilion jualan pada tahun 2016, peningkatan 4.3% berbanding tahun sebelumnya. Mereka menguruskan 111,000 gedung, dengan purata 4.7% pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya. CCFA dan Deloitte & Touche baru-baru ini turut menerbitkan keputusan bahawa 60% daripada pekedai optimistik atau agak optimistik tentang perniagaan mereka pada tahun 2017, dan 39% telah menetapkan matlamat pertumbuhan melebihi 10%. Sesetengahnya menjangka akan melihat peningkatan 5%-10%. Dapat diramalkan bahawa peruncitan di China akan memasuki era baharu kemakmuran, diikuti dengan peningkatan besar dalam peruncitan, dan perlunya untuk mengimport produk.

Berkenaan aplikasi dan penyelesaian dalam talian termasuk pembayaran dalam talian, interaksi sosial dalam talian serta penyepaduan dalam talian dan luar talian, peruncit China berada di barisan hadapan. Titik jualan buatan China dan alatan lain yang membantu proses peruncitan turut dialu-alukan oleh peruncit seluruh dunia. Contohnya, E-POS Advantech terkemuka telah digunakan oleh operasi francais seperti Wendy's dan Subway di berbilang negara di Asia Tenggara; Counectis menyediakan penyelesaian penyepaduan untuk 13 kedai bebas cukai milik JTC di cawangan runcit Club Med berpangkalan di Jepun dan Perancis.

CHINASHOP 2017 dijangka akan mencecah 90 ribu meter persegi, dengan ribuan pembekal dagangan runcit akan mempersembahkan puluhan ribu produk dan perkhidmatan merangkumi gamut daripada peralatan titik jualan dan pengurusan rantaian bekalan suhu rendah kepada rekaan komersial dan pelbagai jenis teknologi dan penyelesaian lain. Kebanyakan pembekal China yang menjalankan perniagaan di luar negara dijangka akan membuat pameran di CHINASHOP. Pameran dijangka akan menarik lebih daripada 50,000 pelawat profesional dari seluruh dunia, termasuk pembeli dari lebih daripada 1,600 operasi peruncitan. Anda dialu-alukan untuk menyertai kami di acara tahunan penting sektor peruncitan China ini.

Klik pautan berikut untuk mendaftar: http://en.chinashop.cc/vis.php

Maklumat hubungan:
En. Jason Guo
Tel: +86-10-68019941
E-mel: gh@cfa.org.cn

Cik Monica Zhao
Tel: +86-10-68394131
E-mel: zyz@ccfa.org.cn

Source: CHINASHOP
Keywords: Banking/Financial Service Retail Trade show news