omniture

Polis Sweden Tutup Siasatan OneCoin

OneCoin
2017-03-20 14:24 496

SOFIA, Bulgaria, 20 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Lembaga Perjudian Sweden telah mengesahkan bahawa siasatan oleh Polis Sweden ke atas matawang kripto OneCoin dan perniagaan pemasaran pelbagai tingkat yang berkaitan, One Life, kini telah ditutup.

Polis Sweden telah mengeluarkan keputusan rasmi ke atas kes tersebut pada 6 Februari 2017, menyatakan bahawa siasatan awal telah dihentikan. Kenyataan polis itu menunjukkan bahawa tiada asas untuk meneruskan siasatan kerana tidak ada sebab untuk mempercayai bahawa kesalahan telah dilakukan.  Polis telah mengesahkan keputusan itu kepada Lembaga Perjudian pada 1 Mac 2017.

OneCoin berkata: "Kami sedar kewujudan amalan persaingan tidak sihat terhadap OneCoin dan OneLife untuk tempoh yang agak lama, termasuk dakwaan serius yang telah terbukti palsu yang telah membangkitkan kerisauan. Ia telah menyebabkan pertanyaan formal atau siasatan, dan kami dengan senang hati bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang berkenaan, yakin dan tahu bahawa kebenaran akan terbukti. Ini adalah kejadian kedua di mana siasatan pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa tiada bukti yang kami menjalankan perniagaan yang tidak sah, dan semestinya kami mengalu-alukan tindakan cepat dan profesional Polis Sweden dalam mengendalikan siasatan mereka."

OneCoin ialah matawang digital, berdasarkan kriptografi dan dicipta melalui proses yang dipanggil 'perlombongan'. Sama seperti nombor siri di atas wang kertas, setiap syiling digital adalah unik. Berbeza daripada wang yang dikeluarkan oleh kerajaan, OneCoin mempunyai nombor terhingga, yang memastikan mereka tidak dipengaruhi oleh inflasi dan adalah mustahil untuk dipalsukan. Oleh kerana matawang kripto tidak terikat kepada mana-mana negara atau bank pusat, nilai syiling bergantung kepada faktor-faktor seperti kebolehgunaan, permintaan dan bekalan.

Sumber: OneCoin

Source: OneCoin
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology