omniture

CFLD International Buka Ibu Pejabat di Singapura, Tandatangan MOU dengan NUS

CFLD International
2017-03-20 16:29 900

SINGAPURA, 20 Mac 2017 /PRNewswire/ --

- 50 Syarikat Fab Forbes Asia, China Fortune Land Development (CFLD), buka Ibu Pejabat Antarabangsa – CFLD International – di Singapura

- Tandatangan MOU tempatan dengan NUS, rakan kongsi pendidikan antarabangsa pertama CFLD, untuk pacu inovasi dan manfaat penyelidikan analitik perniagaan tangani cabaran industri bandar pintar

- MOU sebahagian daripada program komuniti untuk asah bakat industri

China Fortune Land Development (CFLD) sebuah pembangun terkemuka bandar industri baharu memulakan cabang antarabangsanya – CFLD International, dengan ibu pejabat di Singapura. Keseluruhan strategi perniagaan CFLD International akan memberi tumpuan terhadap mewujudkan jejak kehadiran di luar Cina, dalam pasaran utama seperti Afrika, Eropah, Amerika Utara dan Asia Tenggara.

Dari kiri ke kanan: Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani antara Dekan Fakulti Pengkomputeran NUS Profesor Mohan Kankanhalli, Presiden CFLD International En Jerry Zhao dan Dekan Fakulti Perniagaan NUS Profesor Bernard Yeung Kredit foto: CFLD International
Dari kiri ke kanan: Memorandum Persefahaman (MOU) ditandatangani antara Dekan Fakulti Pengkomputeran NUS Profesor Mohan Kankanhalli, Presiden CFLD International En Jerry Zhao dan Dekan Fakulti Perniagaan NUS Profesor Bernard Yeung Kredit foto: CFLD International

 

 

Encik Jerry Zhao, Presiden CFLD International, berkata, "Kami memilih untuk membuka ibu pejabat di Singapura disebabkan persekitaran perniagaan yang kukuh dan stabil sebagai pusat global untuk inovasi, teknologi, pendidikan dan perkhidmatan kewangan antara beberapa merit."

Selain itu, visi Singapura untuk menjadi Negara Pintar adalah sejajar dengan objektif CFLD International untuk membantu dalam pembangunan 'bandar industri baharu' bertaraf dunia, dan sebagai rakan kongsi yang dipercayai oleh kerajaan seluruh dunia untuk mewujudkan inovasi penyelesaian bandar yang menangani cabaran industri global hari ini dan di masa hadapan."

Kolaborasi pendidikan pertama CFLD International di luar Cina

CFLD International memulakan operasi tempatannya dengan kerjasama penting bersama Pusat Analitik Perniagaan (BAC) Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), perkongsian antara Fakulti Perniagaan NUS dan Fakulti Pengkomputeran NUS, untuk meningkatkan cabaran bandar dalam industri bandar pintar global. Memorandum Persefahaman (MOU) telah ditandatangani antara tiga pihak yang diwakili oleh penandatangan Presiden CFLD International Encik Jerry Zhao, Dekan Fakulti Perniagaan NUS Professor Bernard Yeung dan Dekan Pengkomputeran NUS Professor Mohan Kankanhalli.

"Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan NUS, penyedia pendidikan antarabangsa yang terkemuka, untuk menangani cabaran sosial tertentu dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan bandar-bandar industri baharu di rantau ini. Melalui kolaborasi ini, kami berharap untuk memanfaatkan sinergi antara kedua-dua sektor awam dan swasta untuk bersama-sama mewujudkan inovasi dan penyelesaian bersepadu untuk masa hadapan," tambah En Jerry Zhao.

Perkongsian tiga tahun antara CFLD International dan NUS BAC bertujuan untuk meningkatkan penyelidikan akademik dan latihan akademik dengan aplikasi masa nyata dan praktikal dalam sektor bandar industri. Selain itu, CFLD International akan menyediakan dana bagi siri-siri program dan projek termasuk geran, biasiswa dan peluang latihan amali. Ia juga akan mengendalikan seminar bersama, selama tiga tahun, untuk topik berkaitan data besar, analitik perniagaan dan teknologi maklumat inovatif dalam bidang perancangan dan pembangunan bandar industri baharu.

Memacu masa hadapan penyelesaian bandar pintar dengan analitik perniagaan

Salah satu acara kemuncak MOU tersebut adalah Siri Projek Pencapaian CFLD, di mana CFLD International akan memberikan dana kepada projek selama tiga tahun. Dana itu akan digunakan untuk menyokong cadangan kreatif bagi menangani cabaran sosial dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam aktiviti berkaitan pembangunan bandar industri baharu (NIC). Penyelesaian bandar pintar ini akan membantu dalam menyediakan masyarakat kerana penduduk bandar seluruh dunia kini seramai 54 peratus dan dijangkakan meningkat 1.8 peratus dalam tempoh 13 tahun akan datang [1], berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO).

Prof Mohan Kankanhalli berkata, "Dengan jumlah data yang tinggi yang dihasilkan oleh orang ramai dan organisasi hari ini, perniagaan akan mendapat faedah yang tinggi dengan memanfaatkan alat dan teknologi untuk menafsir gedung maklumat berharga. Dalam hal ini, Siri Projek Pencapaian CFLD akan meningkatkan usaha NUS BAC dan CFLD dalam penyelidikan lanjut dalam data besar, analitik perniagaan dan teknologi bandar-bandar pintar untuk menangani cabaran bandar yang diatasi oleh industri bandar-bandar pintar."

Jaminan masa depan dengan pelaburan program-program pembangunan bakat

Sepanjang perkongsian ini, CFLD International berjanji untuk menganugerahkan sekurang-kurangnya satu Biasiswa CFLD setiap setahun kepada penuntut program Sarjana Sains Analitik Perniagaan di NUS.

Selain itu, Program Latihan Amali Analitik Perniagaan CFLD akan diwujudkan, dan akan menerima sekurang-kurangnya lima penuntut NUS dalam tempoh tiga tahun untuk memberikan pengalaman amali dan latihan praktikal dan aplikasi berkaitan Analitik Perniagaan dalam isu yang timbul dalam pembangunan NIC. Selama tiga bulan kursus latihan amali, para penuntut akan mendapat peluang bekerja di pejabat-pejabat CFLD International di luar Singapura.

Prof Bernard Yeung berkata, "Adalah penting untuk pelajar kita mempunyai peluang untuk menggunapakai pengetahuan dalam kelas dalam isu kehidupan sebenar. Dengan landskap perniagaan yang meruap dan tinggi persaingan, pembelajaran berasaskan pengalaman dan pembangunan kerjaya adalah asas bagi pembangunan dan kejayaan pelajar semasa mereka berada di Fakulti Perniagaan NUS. Perkongsian bersama CFLD akan semestinya lebih menambahkan lagi pendedahan pelajar, dan menyediakan mereka untuk aspirasi kerjaya yang bermakna selepas menerima ijazah."

Latar Belakang CFLD International

Beribu pejabat di Singapura, CFLD International adalah sebuah syarikat terkemuka dunia dalam bidang penyelesaian bandar bersepadu. Syarikat memberi tumpuan kepada pelaburan, pembangunan dan operasi bandar-bandar industri baharu dalam pasaran pembangunan utama serata dunia di pelbagai pelosok Asia, Eropah, Amerika Utara dan Afrika.

Dengan memanfaatkan kekuatan rekod dan sumber syarikat, CFLD International bertanggungjawab untuk perancangan induk dan pembangunan infrastruktur, dan telah mengubah luar bandar kepada pembangunan bandar, seterusnya meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan social warga penduduk.

Untuk maklumat lebih lanjut CFLD International, sila layari http://en.cfldcn.com/

Latar Belakang Fakulti Perniagaan NUS

Fakulti Perniagaan Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) telah dikenali sebagai penyedia pengurusan kepimpinan pemikiran dari sudut pandangan Asia, membolehkan pelajar-pelajar dan rakan korporat memanfaatkan pengetahuan global dan pandangan mendalam warga Asia.

Fakulti menerima anugerah di kedudukan teratas di rantau Asia Pasifik yang diberikan oleh penerbitan dan agensi-agensi, seperti The Financial Times, Economist Intelligence Unit, dan QS Top MBA secara konsisten sebagai pengiktirafan kepada kualiti program, fakulti penyelidikan dan siswazahnya. Dalam the Financial Times Global Rankings, MBA NUS berada pada kedudukan ke-26 pada tahun 217, manakala MBA Eksekutif NUS-UCLA dan MBA Eksekutif Asia-Pasifik masing-masing berada pada kedudukan ke-6 dan ke-17 pada tahun 2016.

Dalam penerbitan dua kali setahun Forbes untuk program dua tahun MBA, Fakulti Perniaggan NUS telah menduduki tempat ketujuh antara sekolah-sekolah perniagaan di luar Amerika Syarikat pada tahun 2015. Quacquarelli Symonds (QS) juga telah meletakkan fakulti ini di tempat ke-12 di dunia untuk perakaunan dan kewangan.

Fakulti ini telah diiktiraf oleh AACSB International (Persatuan untuk Kolej Lanjutan Fakulti Perniagaan) dan EQUIS (Sistem Penambahbaik Kualiti Eropah), sebagai pengesahan pencapaian standard tertinggi fakulti dalam pendidikan perniagaan. Fakulti juga ialah ahli Majlis GMAC, Majlis MBA Eksekutif, Perkongsian dalam Pengurusan (PIM) dan CEMS (Komuniti Sekolah-Sekolah Pengurusan Eropah).

Untuk maklumat lanjut, sila layari bschool.nus.edu.sg, atau layari portal Think Business, yang mempersembahkan penyelidikan Fakulti.

Latar Belakang Fakulti Pengkomputeran NUS

Pengkomputeran NUS bermula dengan penubuhan jabatan pengkomputeran pengajian tinggi pertama di Singapura dalam tahun 1975. Kini ia menawarkan lima program sarjana muda, pelbagai program dwi- ijazah serentak, serta program lanjutan Ijazah Sarjana dan PhD yang membolehkan pengkhususan dalam bidang yang mula berkepentingan.

Komunitinya terdiri daripada 200 ahli fakulti, 2000 orang pelajar dan lebih 15000 alumni. Pengalaman pendidikan cemerlang yang dialami pelajar di Pengkomputeran NUS, ditambah dengan jangkauan dan permintaan untuk bakat dalam semua bidang dan industri perkomputeran, menjadikan graduannya sangat dicari. Bersama-sama ahli fakulti, pelajar dan alumni melibatkan diri dalam kerja yang luas, relevan, inovatif dan memenangi anugerah, dan secara konsisten telah meletakkan Pengkomputeran NUS sebagai salah sebuah fakulti pengkomputeran terkemuka dunia.

Untuk maklumat lanjut bagi NUS Computing, sila layari www.comp.nus.edu.sg

[1] http://www.un.org/en/development/desa/news/population/world-urbanization-prospects-2014.html

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170317/8521701779
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170309/8521701552LOGO
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170317/8521701779LOGO

Source: CFLD International
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Education Higher Education Real Estate Residential Real Estate Contracts Corporate Expansion