omniture

Thales tandatangani rekod avionik dan kontrak sokongan seluruh armada pesawat A320neo AirAsia

Thales
2017-03-21 11:28 400

SINGAPURA, 21 Mac 2017 /PRNewswire/ --

  • Thales dipilih bekalkan sistem avionik untuk 304 A320neo AirAsia
  • Pakej avionik termasuk TopFlight FMS, T3CAS, Altimeter Radio Julat Rendah dan Pemancar Lokasi Kecemasan.
  • Kontrak penyelenggaraan jangka panjang Pembaikan-mengikut-Jam turut ditandatangani.

Thales dipilih oleh AirAsia untuk membekalkan peralatan sistem avionik untuk armada pesawat baharu 304 A320neo mereka. Kontrak ini juga akan merangkumi perjanjian sokongan Pembaikan-mengikut-Jam jangka panjang. Penghantaran pesawat bermula pada Okober 2016.

Thales akan melengkapkan pesawat satu lorong 304 dengan Sistem Pengurusan Penerbangan (FMS)1 yang utama dalam pasaran, iaitu penyelesaian navigasi pilihan untuk pesawat Airbus, berserta platform pengawasan THALES/ACSS T3CAS2, penyelesaian pilihan untuk semua pesawat satu lorong Airbus. Di sebalik kedudukannya sebagai peralatan yang utama dalam pasaran, berserta kira-kira 70% bahagian pasaran untuk rangkaian pesawat A320 dan A330 Airbus baharu, FMS Thales mempunyai beberapa pembeza utama berbanding sistem pihak pesaing, seperti teknologi "apa yang anda lihat itulah yang anda terbangkan" serta keupayaan rancangan penerbangan sementara. Armada pesawat baharu itu akan turut menyediakan Altimeter Radio Julat Rendah (LRRA) dan Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT).

Thales telah bekerjasama dengan AirAsia, Penerbangan Harga Murah (LCC) utama di Asia, sejak tahun 2005, menjalin hubungan erat bagi menyokong strategi pertumbuhan syarikat penerbangan tersebut. AirAsia telahpun melengkapkan seluruh armada pesawat Airbus dengan sistem Thales dan memilih kumpulan tersebut untuk seluruh operasi penyelenggaraan dan sokongan untuk sistem Thales yang disediakan dalam seluruh armada A320 dengan 200 pesawat. Selain suit avionik, Thales akan terus menyediakan kontrak penyelenggaraan jangka panjang Pembaikan-mengikut-Jam (Repair-by-The-Hour, RBTH) untuk menyokong penambahan armada AirAsia. Perjanjian ini memberi jaminan masa pusing balik terhadap pembaikan dan menawarkan komitmen keandalan dengan pengurangan risiko operasi.

"Pasaran penerbangan Asia ialah salah satu pasaran yang paling kompetitif di dunia. Syarikat-syarikat penerbangan seperti AirAsia perlu berusaha mencapai tahap tertinggi dalam penggunaan dan kecekapan pesawat demi meraih kejayaan. Hasilnya, mereka memerlukan pembangun komponen avionik dan rangkaian MRO yang boleh dipercayai untuk memberikan standard tertinggi dan keandalan yang hampir sempurna. Oleh itu, ia adalah suatu kebanggaan apabila Thales sentiasa menjadi pilihan AirAsia," kata Eric Huber, Naib Presiden dan Pengurus Besar Perkhidmatan Avionik Seluruh Dunia, Thales.

Nota untuk editor

1. Sistem FMS Thales yang merangkumi perkakasan hebat digabungkan dengan perisian Airbus Release 1A terkini yang disahkan, menawarkan reaktiviti terbaik dan ciri-ciri unik seperti rancangan penerbangan sekunder dan pengiraan trajektori navigasi realistik atau keupayaan Sistem Mendarat FMS (FLS) untuk anak kapal pesawat.

2. Platform Pemantauan Thales/ACSS T3CAS bersepadu ialah penyelesaian pilihan dan penyelesaian asas untuk Airbus dalam seluruh pesawat satu lorong mereka.

T3CAS® oleh ACSS ialah penyelesaian pengawasan lengkap yang menyepadukan TCAS, TAWS dan transponder dalam satu kotak 6MCU pada pesawat Satu Lorong Airbus. T3CAS menyediakan sebuah platform yang menawarkan keupayaan Prestasi Navigasi Diperlukan – Kebenaran Diperlukan (RNP AR), Kesedaran Keadaan Trafik Bawaan Udara (ADS-B IN ATSAW), pematuhan penuh Sistem Perlindungan Terlajak Landasan dan transponder serasi ADS-B OUT DO-260B yang pertama dalam pasaran.

TAWS berasaskan prestasi yang dibenamkan dalam penyelesaian bersepadu T3CAS dikaitkan dengan resolusi tinggi Pangkalan Data rupa bumi yang membolehkannya melaksanakan pendekatan RNP AR (Prestasi Navigasi Diperlukan) di lapangan terbang dengan kawasan pergunungan yang mencabar.

Sistem Komunikasi & Pengawasan Penerbangan (ACSS), 70% dimiliki oleh L-3 dan 30% dimiliki oleh Thales, merupakan peneraju bagi sistem avionik keselamatan yang meningkatkan keselamatan, kesedaran keadaan dan kecekapan untuk pengendali pesawat dalam semua fasa penerbangan. ACSS merupakan sebahagian daripada Produk Penerbangan L-3, yang merangkumi Perakam Penerbangan, Sistem Paparan Sistem Avionik dan Perkhidmatan Sistem Elektronik.

Platform pengawasan mematuhi keperluan ATM masa kini dan masa depan di Eropah, AS, rantau APAC dan membuka laluan untuk keupayaan ADS-B IN. Selain menawarkan TCAS Change 7.1 bersepadu, TAWS berasaskan prestasi dan transponder berkemampuan ADS-B dalam 6 pakej MCU, T3CAS® turut menawarkan rangkaian lengkap fungsi ADS-B IN Airbus seperti ATSA-AIRB (Pengawasan Trafik Udara Dipertingkat) dan ATSA-ITP (Prosedur Dalam Laluan) pada pesawat Satu Lorong dan Jarak Jauh.

Latar Belakang Pembaikan-mengikut-Jam & Avionik-mengikut-Jam

Thales membangunkan rangkaian lengkap perkhidmatan penyelenggaraan seperti program-program Pembaikan-mengikut-Jam (RBTH) dan Avionik-mengikut-Jam (ABTH) yang bertujuan untuk menyediakan pelanggan dengan kebolehan untuk mengurangkan perbelanjaan penyelenggaraan dan kos pemilikan komponen. Model perniagaan ini terbukti amat berjaya dalam usaha memenuhi keperluan khusus kumpulan pelanggannya yang kian bertambah di Asia Pasifik.

Latar Belakang Thales

Thales ialah peneraju teknologi global untuk pasaran Aeroangkasa, Pengangkutan, Pertahanan & Keselamatan. Menggaji 64,000 kakitangan di 56 negara, laporan jualan Thales mencecah EUR14.9 bilion pada tahun 2016. Bersama lebih 25,000 jurutera dan penyelidik, Thales mempunyai kebolehan tersendiri dalam mereka bentuk dan menggunakan peralatan, sistem serta perkhidmatan demi memenuhi keperluan keselamatan yang paling rumit. Pengaruh antarabangsanya yang luar biasa membolehkannya bekerjasama rapat dengan pelanggannya di serata dunia.

Thales Group
Aeroangkasa Sivil

Source: Thales
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer Software Computer/Electronics High Tech Security