omniture

Arts House Limited Lantik Gaurav Kripalani sebagai Pengarah Festival untuk Festival Seni Antarabangsa Singapura 2018 - 2020

Arts House Limited (AHL)
2017-03-27 11:54 566

SINGAPURA, 27 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Gaurav Kripalani bakal dilantik sebagai pengganti Pengarah Festival baharu Festival Seni Antarabangsa Singapura (SIFA) berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017. Lantikan ini adalah bagi tempoh tiga tahun festival mulai tahun 2018 hingga 2020. Pelantikan tersebut diumumkan oleh Arts House Limited (AHL), sebuah syarikat Majlis Seni Kebangsaan (NAC) yang menganjurkan SIFA setiap tahun. Gaurav akan mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Pengarah Festival Ong Keng Sen yang ramah, yang akan memantau edisi tahun 2017 yang bermula pada bulan Jun ini.

Imej Gaurav Kripalani ihsan daripada Sir Michael Culme-Seymour.
Imej Gaurav Kripalani ihsan daripada Sir Michael Culme-Seymour.

Gaurav, kini merupakan pengarah Singapore Repertory Theatre (SRT), telah menerbitkan lebih 100 persembahan teater sepanjang 21 tahun melakar sejarah dengan syarikat. Di bawah arahan artistik Gaurav, SRT menjadi syarikat teater Singapura pertama membuat persembahan di Broadway pada tahun 1998. Ini merupakan persembahan teater Golden Child, yang seterusnya melayakkannya menerima tiga pencalonan Anugerah Tony. SRT telah mempersembahkan karya seni oleh beberapa seniman antarabangsa tersohor termasuk Ninagawa, Complicite, Peter Brook, Yael Farber dan Royal Shakespeare Company, antara lainnya. SRT juga merupakan rakan pentauliahan bersama Bridge Project – kolaborasi selama tiga tahun di bawah arahan Sam Mendes, antara The Old Vic di London dan BAM di New York. Gaurav telah mentauliahkan dan menerbitkan beberapa persembahan teater dan muzikal asli Singapura, termasuk Forbidden City yang amat berjaya. Terkenal dengan wawasan seni berani beliau, Gaurav merupakan antara yang pertama memperjuangkan penggunaan ruang luar, dan memulakan penerbitan Shakespeare in the Park gaya Singapura – yang mana pelakon tempatan dan antarabangsa, penerbit serta pereka set bergabung tenaga setiap tahun untuk menghidupkan karya Shakespeare. Gaurav turut mengiktiraf kepentingan pendidikan apabila SRT menjadi salah satu pentauliah dan penerbit terbesar teater kanak-kanak di Asia Tenggara. Beliau akan terus menyandang jawatan pengarah SRT sepanjang tempoh perkhidmatan selama tiga tahun dengan SIFA.

Puan Rosa Daniel, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Kebangsaan berkata, "Di bawah kepimpinan Keng Sen, SIFA menjadi festival yang benar-benar bertaraf antarabangsa mengikut standard yang amat tinggi. SIFA juga telah mendekati komuniti yang lebih luas dalam pelbagai cara untuk dinikmati oleh semua. Ia telah mencapai tahap kecemerlangan dan nilai keterangkuman. NAC mengalu-alukan pelantikan Gaurav Kripalani sebagai Pengarah Festival SIFA seterusnya. Di bawah arahan artistik Gaurav dan bersama-sama kepimpinan Sarah Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Arts House Limited, saya yakin khalayak di Singapura dan selanjutnya akan dapat menyaksikan lebih banyak lagi. Suasana seni di sini akan terus mendapat manfaat daripada program SIFA. Terdapat juga banyak peluang kolaborasi dan dialog yang bermanfaat." 

Sarah Martin, Ketua Pegawai Eksekutif Arts House Limited berkata, "Saya berbesar hati menerima Gaurav dalam pasukan, khususnya pada saat yang menarik ini, yang mana Arts House Limited bakal menjadi salah satu perantara seni utama di Singapura menerusi segala perubahan kami sendiri. Ia merupakan suatu yang bagus apabila melihat pengarah-pengarah artistik Singapura kami menyahut cabaran baharu. Melalui visi beliau, Keng Sen telah membawa festival tersebut kepada suatu dimensi baharu dan mendapat pujian kritis. Kami berterima kasih kepada beliau atas usaha beliau terhadap penciptaan dan komitmen terhadap SIFA selama ini. Kami berharap dapat melalui saat yang menarik untuk landskap dari dalam dan luar negara sewaktu Festival tersebut memulakan perjalanan baharu bersama Gaurav dan AHL."

Ong Keng Sen, Pengarah Festival SIFA berkata, "Saya berasa amat gembira untuk Gaurav. Saya dan pasukan saya komited untuk menyerahkan Festival yang terbaik untuk diteruskan. Dalam tempoh 4 tahun ini, kami berusaha untuk memulakan projek-projek berkualiti bersama warga Singapura yang dihubungkan antara kehidupan, impian dan pewujudan seni ini. Audiens kami berhak menerima projek-projek berwawasan mengenai sejauh mana seni mengubah nilai kemanusiaan dan dapat mewujudkan dunia yang lebih baik. Saya mengucapkan selamat maju jaya buat Sarah dan Gaurav bagi perjalanan yang menarik yang terbentang di depan mereka!"

Berhubung pelantikan tersebut, Gaurav Kripalani berkata, "Ini merupakan satu penghormatan apabila diserahkan tanggungjawab untuk memimpin festival seni terunggul Singapura. Keng Sen telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan saya berharap dapat memenuhi harapan tinggi yang telah ditetapkan. Saya juga berharap dapat mendekati para seniman, dari dalam dan luar negara, bagi mencapai matlamat Festival untuk menolak sempadan persepsi dalam pelbagai bidang. Saya tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan kedatangan dunia ke Singapura dan Singapura ke dunia."

Untuk mendapatkan penjelasan maklumat, sila hubungi:

Bernadette Yew
Penolong Pengarah (Pemasaran dan Komunikasi)
Arts House Limited
T: +65 6332 6921
M: +65 9793 3140
E: bernadetteyew@artshouse.sg

Eileen Chua
Pengarah Khidmat Pelanggan
Ogilvy Public Relations
T: +65 6213 9932
M:+65 9048 3141
E: eileen.chua@ogilvy.com

Festival Seni Antarabangsa Singapura 2017

Dirasmikan pada tahun 1977, festival seni tahunan mula menyepi selepas tahun 2012 dan kembali pada tahun 2014 di bawah pimpinan Pengarah Festival Ong Keng Sen. Dengan matlamat untuk menghidupkan kembali dan mengubah festival tersebut secara artistik, Ong menamakannya sebagai Festival Seni Antarabangsa Singapura (SIFA). Beliau memulakan The O.P.E.N., pra-festival idea-idea untuk menghubungkan pelbagai audiens menerusi idea, isu dan tema SIFA. Hari ini, SIFA merupakan festival seni persembahan kebangsaaan terunggul diurus oleh Arts House Limited dan ditauliahkan oleh Majlis Seni Kebangsaan. Ia bertujuan untuk memberi inspirasi melalui pengalaman seni antarabangsa dan Singapura yang hebat menerusi persembahan, teater, tarian dan muzik.

Latar Belakang Arts House Limited  

Arts House Limited (AHL) ialah sebuah pertubuhan bukan untung yang komited untuk memperkayakan kehidupan melalui kesenian. AHL mengendalikan The Arts House, pusat seni pelbagai bidang dengan tumpuan terhadap program sastera yang terletak di tengah-tengah Daerah Sivik Singapura; mempersembahkan Festival Seni Antarabangsa Singapura, satu sambutan seni persembahan tahunan; dan mengurus Pusat Seni Goodman dan Pusat Seni Aliwal, dua enklaf kreatif untuk para seniman, kumpulan kesenian dan perniagaan kreatif.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170324/8521701955

 

Source: Arts House Limited (AHL)
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service Personnel announcements Trade show news