omniture

UST Global Lancar Transformasi Progresif 'Makmal Pemodenan' bagi Pelanggan Perusahaan di Lembah Silikon

UST Global
2017-03-27 13:23 611

 ALISO VIEJO, California, 27 Mac 2017/PRNewswire/ --

UST Global baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan 'Makmal Pemodenan' berevolusi di Lembah Silikon, California, dalam bulan Mei 2017. Kebanyakan aplikasi perusahaan mempunyai perisian legasi dalam jumlah yang banyak yang menyukarkan mereka untuk mengembangkan perniagaan dengan berkesan. Makmal Pemodenan menyediakan ekosistem teknologi, di mana perusahaan boleh mengesahkan pelbagai pilihan teknologi terkini untuk menentukan pilihan optimum. Makmal ini akan menggabungkan kebolehan lanjutan UST Global bersama beberapa syarikat baharu dan rakan kongsi, untuk mengubah aplikasi teknologi legasi menjadi penyelesaian generasi akan datang. Dengan menukar gred pengalaman pengguna kepada aplikasi perniagaan yang relevan menggunakan UX/UI dalam makmal teknologi agnostik dalam ekosistem yang kalis perubahan masa depan, Makmal ini memastikan bahawa pelanggan bersedia untuk keterlibatan pelanggan.

generated by system

Makmal Pemodenan UST Global akan menggabungkan kepakaran mereka dalam inovasi IT dan transformasi digital yang canggih, sama seperti Modern Systems, yang akan membawa kebolehan teknologi lanjutan dan kecemerlangan kejuruteraan mereka dan rekaan kreatif Moonraft yang mesra Generasi Z. Bersama, mereka akan mempercepatkan pemodenan semasa dan aplikasi legasi menggunakan pembelajaran mendalam, pengalaman pengguna yang terbaik dan timbunan teknologi bagi perusahaan, dalam masa yang sama menawarkan pelbagai dasar berasaskan nilai, rangka kerja kreatif, menambah syarikat baharu dan rakan kongsi, dan pakar pandangan pengguna dalam pelbagai domain. Makmal Pemodenan akan berhubung dengan rangkaian seluruh dunia Makmal Infiniti, dan makmal Inovasi UST, untuk memberikan "Inovasi Semua' kepada pelanggan semasa dan akan datang dalam industri peruncitan, penjagaan kesihatan, BFSI, keselamatan CyberPROOFTM, dan telekomunikasi.

Sajan Pillai, Ketua Pegawai Eksekutif UST Global, menyatakan, "Kami percaya era baharu ini menawarkan peluang luas kepada mereka yang mempunyai semangat untuk menggantikan apa yang ada kepada bagaimana jika, dan apa yang boleh jadi dengan apa yang sepatutnya. Masa kini dan masa hadapan adalah kepunyaan perniagaan-perniagaan sebegini. UST Global melabur dalam Makmal Pemodenan, dalam merealisasikan wawasan kami untuk memberi nilai yang besar kepada pelanggan-pelanggan kami, dan pelanggan-pelanggan mereka, bersama syarikat baharu dan rakan kongsi, dalam makmal serba canggih kami."

Kuruvilla Mathew, Ketua Arkitek Inovasi di UST Global, berkata, "Kami teruja untuk membantu organisasi terkemuka secara kreatif beralih daripada aplikasi IT yang tradisional kepada aplikasi perusahaan moden di Makmal Pemodenan kami, bersama-sama rakan kongsi kami Modern Systems, dan Moonraft. Bersama-sama, kami menjana satu pendekatan kolaborasi dan progresif untuk transformasi digital yang berpusatkan manusia, berinovasi dan telus, yang membenarkan kami memberikan penyelesaian berasaskan nilai dengan lebih cepat."

Latar Belakang UST Global

UST Global adalah syarikat peneraju perkhidmatan teknologi yang memberikan penyelesaian berkesan untuk syarikat-syarikat Global 1000. Misi UST Global adalah untuk membimbing syarikat-syarikat melalui transformasi digital yang kritikal untuk memacu nilai perniagaan yang lebih tinggi. UST Global mengkhusus dalam perkhidmatan digital enam generasi akan datang – rekaan, keselamatan siber, mudah alih, sosial, analitik dan awan. Dikuasakan oleh mantera "kurang pelanggan, lebih perhatian', UST Global berusaha ke arah kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan mereka dan memberi komitmen untuk kejayaan jangka panjang. Berpangkalan di Aliso Viejo, California, UST Global mempunyai lebih 17,000 sekutu dan beroperasi di 25 buah negara, di empat benua.

Latar Belakang Modern Systems

Modern Systems (NASDAQ:MDSY), menyelesaikan masalah perusahaan khusus kepada teknologi legasi dan pemodenan rangka kerja. Teknologi unik Modern Systems membantu pelanggan mengurangkan kos bagi aplikasi rangka utama sedia ada, menyepadukan data legasi dengan platform moden, dan mengurangkan risiko semasa perpindahan ke sasaran baharu. Pendekatan Modern Systems mencapai matlamat pelanggan lebih pantas dan lebih berkesan berbanding penyelesaian-penyelesaian lain yang berada di pasaran. Dengan kejayaan melebihi 250 projek pemodenan aplikasi dalam 30 tahun yang lepas, Modern Systems membawakan kepakaran industri unik mereka untuk memacu pemodenan legasi dengan menggabungkan pengalaman luas mereka dalam pemodenan dengan penyelesaian fleksibel.

Latar Belakang Moonraft

Moonraft adalah sebuah firma rekaaan digital dan inovasi berpangkalan di luar Seattle dan Bangalore. Dengan lebih 50 pelanggan di seluruh industri seperti perkhidmatan perbankan dan kewangan, pembuatan, automobil, telekomunikasi dan lain-lain. Moonraft membantu dalam meningkatkan pengalaman manusia melalui inovasi yang dipacu oleh rekaan. Pendekatan unik yang menggabungkan rekaan, seni dan teknologi, membolehkan mereka memacu inovasi perniagaan dengan memberi perbezaan kepada pengalaman pelanggan. Pengalaman rekaan Moonraft telah digunakan oleh lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia dan telah diiktiraf oleh pakar-pakar industri seperti FastCo Design dan IxDa.

Hubungan Media:
UST Global
Manoj Mattamana
Manoj.Mattamana@ust-global.com
Amerika Utara: +1-(949)-716-8757
India: +91-9632000553

Source: UST Global
Keywords: Chemical Computer/Electronics Internet Technology New products/services