omniture

Laporan Terkini Media Cision Menunjukkan Krisis Kredibiliti Kewartawanan

Hasil menunjukkan kuasa PR dalam membantu wartawan menyediakan maklumat yang relevan, sahih dan tepat
Cision
2017-03-29 18:00 1078

CHICAGO, 29 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Cision telah mengeluarkan laporan terkini mengenai Media 2017, termasuk hasil daripada kaji selidik ke atas 1,550 wartawan, penyunting, pihak yang berpengaruh dan penerbit. Dengan peningkatan khabar angin dan "berita palsu", suatu trend baharu telah dikesan dalam laporan tahun ini: wartawan menyuarakan kebimbangan mengenai persepsi masyarakat terhadap industri ini

Professional PR mempunyai peluang unik untuk membantu mengembalikan kepercayaan masyarakat dan kredibiliti terhadap media selepas peningkatan “berita palsu” dengan memberikan wartawan kandungan yang relevan, sahih dan tepat
Professional PR mempunyai peluang unik untuk membantu mengembalikan kepercayaan masyarakat dan kredibiliti terhadap media selepas peningkatan “berita palsu” dengan memberikan wartawan kandungan yang relevan, sahih dan tepat

91 peratus wartawan mempercayai bahawa media kini kurang dipercayai berbanding 3 tahun lalu. Ia selari dengan Barometer Kepercayaan Edelman 2017, yang menyatakan bahawa kepercayaan masyarakat terhadap media merosot sebanyak 43 peratus, yang hampir sama dengan tahap pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai kedudukan terendah iaitu 41 peratus.

Walau bagaimanapun, wartawan melaporkan bahawa mereka lebih mementingkan ketepatan berita -- 92 peratus daripada responden berkata memastikan kebenaran adalah lebih penting daripada menjadi pelapor pertama, meningkat sebanyak 4 peratus dari tahun 2016. 60 peratus wartawan menyatakan bahawa mereka percaya masyarakat lebih menghargai fakta berbanding dengan pendapat atau perasaan

"Hasil ini memberi peluang kepada jenama dan wartawan untuk bekerjasama dalam menghasilkan cerita yang menarik dan tepat yang akan diterima oleh masyarakat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Cision, Kevin Akeroyd. "Kajian-kajian yang menunjukkan bahawa media diperolehi dan suara jenama eksekutif semakin lebih dipercayai oleh masyarakat berbanding dengan media dibayar dan dimiliki, pasukan komunikasi bertanggungjawab untuk menggunakan data bagi memastikan mereka menyasarkan wartawan yang betul, memperoleh pandangan bagi mencipta kandungan yang lebih baik dan memberikan maklumat yang bernas dan bersumber".

Responden wartawan dalam kajian Cision menyatakan penyelidikan yang kukuh dan pemahaman mendalam oleh outlet media wartawan dan tajuk liputan adalah penting untuk hubungan dan liputan yang lebih baik
Responden wartawan dalam kajian Cision menyatakan penyelidikan yang kukuh dan pemahaman mendalam oleh outlet media wartawan dan tajuk liputan adalah penting untuk hubungan dan liputan yang lebih baik

Laporan ini juga mengandungi hasil lain seperti:

  • Digital dan sosial adalah "media tradisional" baharu. Wartawan sekarang akan lebih menggunakan imej, video, infografik dan multimedia yang dijanakan pengguna berbanding aset data. 41 peratus mengatakan bahawa mereka menggunakan Facebook Live, 19 peratus menggunakan Instagram dan 17 peratus telah menggunakan ciri penstriman langsung Twitter.
  • Wartawan juga kurang mempercayai media sosial. Walaupun mereka kerap menggunakannya, hanya 44 peratus daripada wartawan berpendapat bahawa media sosial adalah sumber maklumat yang boleh dipercayai, kurang 7 peratus dari 2016.
  • Wartawan ingin menerima "pitch" yang telah diubahsuai melalui emel. 92 peratus wartawan memilih untuk menerima "pitch" PR melalui emel, dan cadangan utama mereka untuk pegawai PR adalah untuk menyelidik liputan sebelumnya dan menyesuaikan "pitch" itu dengan rentak wartawan.
92 peratus daripada wartawan dan pihak berpengaruh memilih untuk membina hubungan dan menerima maklumat melalui emel.
92 peratus daripada wartawan dan pihak berpengaruh memilih untuk membina hubungan dan menerima maklumat melalui emel.

Kaji selidik ini telah diemelkan kepada ahli-ahli "Cision Media Database", yang telah disemak oleh pasukan penyelidikan media syarikat  bagi mengesahkan jawatan mereka sebagai golongan pegawai media, pihak berpengaruh dan blogger. Sebanyak 200 peserta bekerja di Kanada dan 1,350 bekerja di Amerika Syarikat.

Untuk membaca laporan lengkap dalam Bahasa Inggeris, sila klik di sini

Latar Belakang Cision:

Cision ialah syarikat peneraju teknologi komunikasi dan analitik media yang membolehkan pegawai pemasaran dan komunikasi untuk menguruskan program media yang diperolehi secara berkesan selaras dengan saluran dibayar dan dimiliki untuk memacu impak perniagaan. Sebagai pencipta Cision Communications CloudTM, platform berasaskan awan media diperolehi yang pertama, Cision telah menggabungkan data canggih, analitik, teknologi dan perkhidmatan ke dalam ekosistem komunikasi yang disatukan yang boleh digunakan oleh jenama-jenama bagi tujuan membina hubungan yang tekal, bermakna dan berkekalan dengan pihak berpengaruh dan pembeli bagi menguatkan pengaruh pasaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cision.com atau ikuti @Cision di Twitter.

Hubungi:

Stacey Miller
Director, Communications
+1 (301) 683-6038
stacey.miller@cision.com

Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170323/8521701932-a
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170323/8521701932-b
Photo - http://photos.prnasia.com/prnh/20170323/8521701932-c
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20160617/8521603993LOGO-a

Source: Cision
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Magazines Publishing/Information Service Web Site Survey, Polls & Research