omniture

Pembekal Pakaian Bentuk Rantaian Tekstil Berkualiti Premium dan Industri Pakaian di Pameran Canton ke-121

Pameran Canton
2017-04-05 04:50 912

GUANGZHOU, China, 5 April 2017 /PRNewswire/ -- Pembekal tekstil dan pakaian terkemuka China, kesemuanya pemain utama di pentas dunia, akan membawakan produk terbaru dan terbaik mereka yang mesra alam ke Pameran Perniagaan Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-121 yang akan datang di Kawasan Pameran A dan C dari 1 - 5 Mei.

Pembekal Pakaian Bentuk Rantaian Tekstil Berkualiti Premium dan Industri Pakaian di Pameran Canton ke-121
Pembekal Pakaian Bentuk Rantaian Tekstil Berkualiti Premium dan Industri Pakaian di Pameran Canton ke-121

Pameran untuk bahagian tekstil dan pakaian Pameran Canton tahun ini daripada lebih 5000 pembekal adalah seperti berikut:

  • Pakaian lelaki dan wanita
  • Pakaian kanak-kanak
  • Pakaian dalam
  • Bulu, kulit, kapas dan produk berkaitan
  • Aksesori fesyen dan kelengkapan
  • Tekstil rumah
  • Tekstil bahan mentah dan fabrik
  • Pakaian sukan dan santai
  • Permaidani dan dewangga

Untuk mendaftar ke Pameran Canton ke-121 sila ke http://invitation.cantonfair.org.cn/

Pameran ini merupakan respons kepada permintaan yang semakin meningkat untuk produk tekstil premium. Pembekal tekstil dan pakaian bertukar daripada pembekal OEM kepada ODM untuk memberi lebih tumpuan kepada reka bentuk yang bergaya dan peningkatan teknologi.

Ningbo Noble Woolen Garments Industry Co., Ltd., pengeluar wul dan kashmir terkemuka Cina, akan membuat lawatan ke-24 ke Pameran Canton sebagai pempamer jenama.

Syarikat ini, sepanjang 12 tahun di Pameran Canton, telah membantu rakan niaganya di Eropah Barat, Amerika Utara dan Timur Tengah untuk mengembangkan perniagaan mereka. Salah satu daripada rakan niaganya di Eropah telah menjadi pemborong dan peruncit terbesar untuk wul dan kashmir di rantau itu.

Jack Zhu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, berkata peluang utama untuk pembeli dan pembekal di Pameran Canton bukan sahaja untuk menyediakan dan mencari produk berkualiti premium tetapi juga untuk melawat kilang dan juga rekaan fesyen terkini untuk peluang perniagaan tambahan.

"Harga rendah tidak lagi berdaya saing dalam perdagangan antarabangsa. Apabila pasaran matang, asas untuk kejayaan dalam industri ini ialah untuk sentiasa meningkatkan keupayaan pembuatan pintar, reka bentuk, dan kualiti pada harga yang berpatutan," kata Zhu. "Mencari trend ini di Pameran Canton adalah sesuatu yang penting.

Tahun ini, ahli rantaian boleh melawat daripada pengeluar sumber kepada pengeluar hasil untuk memulakan atau membantu mengekalkan kerjasama jangka panjang. Mereka juga boleh mencari reka bentuk bergaya yang baru diperkenalkan dari Perancis, United Kingdom, Belanda dan banyak lagi, dan juga menghadiri forum dan sidang kemuncak untuk meneroka trend fesyen terkini.

"Pameran Canton telah dinaik taraf daripada pameran perdagangan kepada platform bersepadu untuk pertukaran maklumat dalam industri. Kami berharap untuk membantu rakan perniagaan kami mencapai objektif perniagaan mereka dalam setiap aspek di pameran itu," kata Liu Quandong, Timbalan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Negeri Pameran Canton.

"Semua hadirin akan mendapat visi yang lebih menyeluruh dan berbeza tentang perdagangan global semasa tekstil dan pakaian."

Later Belakang Pameran Canton

Pameran Perniagaan Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Mempunyai sejarah selama 60 tahun, pameran ini merupakan pameran komprehensif dengan sejarah yang paling lama, tahap tertinggi, skala terbesar dan jumlah produk terbanyak dan juga pengedaran terluas dari tempat asal pembeli dan kadar pusing ganti perniagaan yang tertinggi di China.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170403/0861703301

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news