omniture

Grab Kini Pelanggan Tableau Online Terbesar Asia Pasifik dengan Lebih 1,000 Penginteraksi

Tableau
2017-04-07 11:59 857

SINGAPURA, 7 April 2017 /PRNewswire/ -- Tableau (NYSE: DATA), peneraju global bagi analitik visual, hari ini mengumumkan Grab, platform panggilan-tumpang utama di Asia Tenggara, kini merupakan pelanggan Tableau Online terbesar di Asia Pasifik bagi analitik data layan diri.

Lebih seribu kakitangan Grab dari 40 bandar di tujuh negara – baru-baru ini berkembang ke Myanmar menerusi penembusan ke Yangon – kini mendapat akses kepada Tableau Online untuk memvisualkan dan menganalisis strim data yang berkaitan dengan pengangkutan dan pembayaran tanpa tunai yang disimpan dalam platform awannya. Dalam masa beberapa saat, pemimpin syarikat dan kakitangan dalam bidang tersebut menerima analisis data visual masa sebenar berhubung prestasi perniagaan organisasi pada peranti mudah alih dan pelayar web mereka. Kakitangan Grab dapat melanggan papan pemuka dan sumber data berkaitan dengan selamat untuk berkongsi, berinteraksi dan berkolaborasi secara terjamin dengan data mereka.

Tableau Online memainkan peranan penting dalam membantu kakitangan Grab memantau perniagaan secara berterusan. Grab menggunakan Tableau Online merentasi jabatan untuk membantu mereka membuat keputusan didorong data untuk semua tawaran penting mereka termasuk perkhidmatan berkongsi kereta komersialnya, GrabShare, perkhidmatan pemesejan dalam aplikasi percuma, GrabChat dan penyelesaian pengangkutan korporat, Grab for Work.

Sebagai contoh, GrabShare melalui Tableau merekod lima papan pemuka masa sebenar dengan maklumat berkaitan tunggangan, penumpang serta pemandu. Dengan menggunakan Tableau Online untuk menganalisis dan memvisualkan sumber data masa sebenar ini, Grab mampu membuat keputusan perniagaan strategik dengan segera demi mengoptimumkan dan memperbaiki algoritma serta promosi untuk menarik lebih ramai penumpang menggunakan perkhidmatan GrabShare. Penggunaan Tableau Online membolehkan 2 juta tunggangan GrabShare dan 20 juta kilometer disempurnakan dalam tempoh dua bulan sejak dilancarkan di Singapura sahaja. Kadar padanan penumpang meningkat sebanyak 15%, dengan peningkatan sebanyak 10% bagi purata pendapatan pemandu.

"Menyediakan kakitangan kami akses terhadap data dan analitik masa sebenar adalah sesuatu yang praktikal untuk Grab, memandangkan kami ingin menjana nilai maksimum dengan mengekalkan salah satu set data terbesar di Asia Tenggara demi menyediakan platform panggilan-tumpang terbaik untuk semua," kata Cheryl Goh, Naib Presiden Kumpulan, Pemasaran untuk Grab. "Kami sentiasa mengoptimumkan dan memperbaiki kempen pemasaran kami untuk semua perkhidmatan kami khusus untuk setiap bandar, seraya berjaya memperluas capaian kami demi menyediakan perkhidmatan kepada lebih ramai penumpang dan pemandu," tambah Goh.

JY Pook, Naib Presiden Kanan, Asia Pasifik, Tableau berkata: "Grab dan Tableau mempunyai visi dan budaya syarikat yang sama, yang mengamalkan budaya mengutamakan data. Analitik visual ialah kunci untuk syarikat-syarikat memanfaatkan kuasa data dan membuat keputusan yang lebih bijak dan lebih berstrategi. Tingkah laku pengguna berubah dengan pesat dalam persekitaran digital masa kini, begitu juga dengan keperluan yang mula disedari oleh syarikat-syarikat celik teknologi seperti Grab. Kami percaya dengan usaha mendayakan syarikat dan kakitangan mereka menerusi platform layan diri yang akan memungkinkan sesiapa sahaja memanfaatkan maklumat mereka dengan lebih baik hasil daripada data mereka sendiri dengan lebih pantas dan lebih mudah berbanding sebelum ini."

Grab tercari-cari platform berprestasi tinggi yang membolehkan kakitangannya menganalisis, memvisual dan menjana maklumat yang boleh diambil tindakan dan berkesan daripada data awan mereka. Menyedari manfaat penyelesaian analitik dihos sepenuhnya seperti Tableau Online, Grab serta merta mengguna pakai dan memanfaatkannya dalam seluruh syarikat. Kini, ia digunakan oleh penganalisis data dan pasukan pemasaran dalam seluruh Grab. Kakitangan bahagian produk, penyelidikan dan pembangunan, serta pasukan komunikasi turut menggunakan Tableau.

Grab mula memperkenalkan platform ini kepada kakitangannya menerusi sokongan daripada bengkel tersuai, latihan, sokongan teknikal dan penyelenggaraan pada Februari 2015. Grab turut menganjurkan 'hackathon' secara berkala yang dikenali sebagai Grabathons, yang membolehkan kakitangan menggunakan Tableau untuk membangunkan produk dan penyelesaian baharu, seperti mendayakan Android Pay untuk platform pembayaran GrabPay di Singapura. Ia telah memperhebatkan budaya dipacu data, disruptif dan inovatif dalam syarikat.

Latar Belakang Grab

Grab ialah platform panggilan-tumpang utama di Asia Tenggara. Grab menangani cabaran pengangkutan kritikal bagi menjadikan kebebasan pengangkutan suatu realiti untuk 620 juta penduduk di Asia Tenggara. Platform produk utama Grab melibatkan penyelesaian ulang alik untuk pemandu dan penumpang dengan memberi penekanan terhadap ciri kemudahan, keselamatan dan keandalan, selain platform pembayaran mudah alihnya yang proprietari, GrabPay. Kini, Grab menawarkan perkhidmatan di Singapura, Indonesia, Filipina, Malaysia, Thailand dan juga Vietnam. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.grab.com

Latar Belakang Tableau

Tableau (NYSE: DATA) membantu orang ramai melihat dan memahami data. Tableau membantu sesiapa juga menganalisis, memvisual dan berkongsi maklumat dengan pantas. Lebih 54,000 akaun pelanggan mendapat keputusan pantas menerusi Tableau di pejabat dan di mana-mana jua. Lebih 300,000 orang menggunakan Tableau Public untuk berkongsi data umum melalui blog dan laman sesawang mereka. Lihat bagaimana Tableau dapat membantu anda dengan memuat turun percubaan percuma di www.tableau.com/trial.

Tableau dan Tableau Software ialah tanda dagangan Tableau Software, Inc. Semua syarikat lain dan nama-nama produk mungkin merupakan tanda dagangan syarikat masing-masing yang berkaitan dengannya.

Source: Tableau
Related Stocks:
NYSE:DATA
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Transportation