omniture

CE CHINA - Pameran Barangan Elektronik Pengguna Edisi Kedua di Shenzhen, China Bermula 4 Mei

TVT.media GmbH
2017-04-10 08:30 571

BERLIN dan SHENZEN, China, 10 April 2017 /PRNewswire/ --

- Rakan penyiaran TVT.media sediakan rakaman dan sokongan untuk rakan media serta wartawan

Buat kali kedua, CE China diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen pada 4 - 6 Mei. Pameran perdagangan untuk barangan elektronik pengguna serta perkakasan rumah ini ialah Acara IFA bertaraf global, diwujudkan untuk para pengeluar dan peruncit dalam pasaran pan-Asia.

generated by system

generated by system

Bosch, Siemens, Huawei, HTC, Midea dan Gree, antara jenama antarabangsa lain, membawakan produk dan hasil inovasi mereka. Rakan-rakan rasmi CE China termasuk peruncit terbesar China Suning, Alibaba dan Gome .

Laman sesawang CE CHINA: http://www.cechina-ifa.com/

Buat pertama kali, CE China melancarkan satu program ucapan dasar. Dirasmikan oleh Christof Jaeger, Naib Presiden Kanan Pemasaran, BSH Rantau Besar China pada 4 Mei 2017 berhubung kepentingan inovasi dan masa depan teknologi untuk Bosch serta Siemens.

Selain itu, CE China menawarkan program tambahan selama 2 hari termasuk lawatan ke Taman Siber Tian'an tempatan, taman transformasi industri dan demonstrasi naik taraf Shenzhen, kunjungan ke Bilik Pameran Huawei selain lawatan ke kedai-kedai rakan runcit tempatan Suning. Pendaftaran ditutup pada 14 April. Untuk menyertainya, sila hubungi Cik Tiffany Luo: luo.tiffany@fairs.china.ahk.de

TVT.media ialah rakan kongsi TV dan penyiaran antarabangsa IFA dan CE China, menerbitkan bahan video komprehensif CE China 2017 di laman sesawang, bebas digunakan oleh wartawan video, bilik berita TV dan media dalam talian. Selain itu, TVT.media mengurus kenalan wartawan video seluruh dunia yang berminat untuk melapor daripada IFA dan CE China serta menyediakan sokongan penuh.

Semua bahan video untuk CE China 2017 akan diterbitkan di laman sesawang dan disediakan melalui kenalan TVT.media atau muat turun melalui Pusat Penyiaran Global IFA. Percuma bagi kegunaan editorial – salinan diperlukan.

http://www.ifa-gbc.com/

Untuk maklumat lanjut dan bantuan penerbitan, hubungi
Michael Müller-Jäger mmj@tvtmedia.de
atau di laman sesawang Hannes Dollinger: hannes-dollinger@tvtmedia.de,
+49(0)221-78879540

Sumber: TVT.media GmbH

Source: TVT.media GmbH
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Trade show news