omniture

Pembekal Andal dan Khidmat Profesional, Selamat Datang ke Pameran Cenderamata & Kediaman Terbesar China

Reed Huabo Exhibitions
2017-04-11 03:46 608

SHENZHEN, China, 11 April 2017 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderamata, Kraf tangan, Jam Tangan dan Barangan Rumah Antarabangsa (Shenzhen) China kali ke-25 anjuran Reed Huabo Exhibitions, berjaya menarik 2,500 pempamer dan membantu pembeli menemui lebih 500,000 produk. Dibuka mulai 25-28 April di pusat konvensyen & pameran Shenzhen, ia akan mempamerkan cenderamata paling kreatif dan inovatif, barangan premium serta produk kediaman dari seluruh dunia.

Khidmat profesional: Khidmat pemadanan

Selain pelbagai produk, kami turut menyediakan perkhidmatan yang telitik bagi meningkatkan kecekapan anda. Perkhidmatan pemadanan disediakan bagi membantu anda mencari pembekal yang dikehendaki setelah mengetahui keperluan pembelian anda, memadankan pembekal terlebih dahulu bagi memastikan penyertaan anda adalah cekap dan berorientasikan tujuan. Dengan menyusun pempamer tertentu 2 minggu lebih awal dan mengadakan pertemuan peribadi, ia bertujuan untuk menghubungkan anda dengan pempamer kami yang boleh dipercayai.

Melalui perkhidmatan ini, anda boleh mengakses maklumat terkini tentang produk dan perkembangan semasa dalam industri Cenderamata & Kediaman, berbual secara bersemuka dengan pempamer sasaran, mencari rakan niaga baharu, menikmati perkhidmatan tahap tertinggi yang eksklusif serta menjadikan kunjungan anda suatu pengalaman yang menyeronokkan dan membuahkan hasil. Tahun lalu, kami mengadakan lebih 600 pertemuan pemadanan semasa pameran ini, dan berkhidmat kepada hampir 900 pembeli profesional dari serata dunia. METRO Group ialah salah satu peruncit paling penting di dunia, dan mereka menyertai perkhidmatan pemadanan kami tahun lalu, kami membantu mencari 49 pembekal yang sesuai untuk mereka dan mereka berpuas hati serta berhasrat untuk turut serta tahun ini.

Latar Belakang Reed Huabo

Reed Huabo - syarikat pameran paling berpengaruh di China, syarikat ahli Reed Exhibitions - penganjur acara terkemuka dunia, berpangkalan di UK. Ia komited menerajui pembangunan industri dan terus mencipta nilai untuk para pelanggan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut dan mendapatkan tiket percuma, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com

Maklumat Perhubungan Media:

Lisa Li 
+86-755-3398-9311 
lisa.li@reedhuabo.com

Pautan berkaitan: http://www.chinagiftsfair.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Trade show news