omniture

BARC India Tangani Masalah Digital Dengan Rangkaian Produk 'EKAM'

Broadcast Audience Research Council India
2017-04-11 12:01 731

MUMBAI, 11 April 2017 /PRNewswire/ -- Hari ini, BARC India mengumumkan pelancaran secara berfasa bagi perkhidmatan pengukuran digital yang amat dinanti-nantikan berserta nama jenama dan logo produk pengukuran digitalnya. Produk-produk digital akan dilancarkan di bawah jenama EKAM (Bahasa Sanskrit bermaksud 'Satu'). Logo EKAM mendapat inspirasi daripada empat warna (merah, biru, kuning dan hijau) sebagai BARC India. Penjenamaan ini menekankan komitmen BARC India untuk menyediakan industri dengan sebuah platform tunggal untuk semua produk pengukuran, merentasi TV dan digital.

Rangkaian produk EKAM akan menyediakan: EKAM Pulse, EKAM Beam, EKAM Stream, EKAM Ad-Scan dan EKAM Integra.

EKAM Pulse akan mengukur kempen iklan video dan bakal menjadi tawaran digital pertama yang akan diperkenalkan oleh BARC India. EKAM Beam, rangkaian produk seterusnya yang bakal dilancarkan, akan mengukur siaran linear yang ditonton melalui peranti Digital. EKAM Stream, akan mengukur kandungan video digital bukan linear dan produk khusus. BARC India akan turut menyediakan industri dengan EKAM Ad-Scan - yang akan menjadi produk pertama seumpamanya di dunia. Ia akan memberikan gambaran keseluruhan tentang iklan digital di India, meninjau ke mana wang pengiklanan dibelanjakan dan sektor-sektor yang menerbitkan lebih banyak iklan digital. Produk akhir dalam rangkaian ini - EKAM Integra - akan membantu industri menerusi bilangan audiens yang sama, mantap dan bebas yang akan memberikan angka jangkauan tokokan yang lebih tepat. Bagi melaksanakannya, data TV BARC India akan digandingkan dengan data video digital dengan bantuan sumber tunggal dan panel penggalak digital di samping pengukuran bancian dan juga data besar.

Para pengiklan dalam bidang digital berhadapan dengan beberapa isu pada masa kini. Ini termasuk: kebergantungan terhadap penerbit/platform untuk mendapatkan data, kekurangan perbezaan tanggapan yang boleh diukur, ketidakupayaan melihat capaian yang unik dan deduplikasi serta kekerapan merentasi penerbit/platform selain kekurangan pengetahuan tentang pulangan pelaburan (ROI), antara lain.

BARC India, sebuah syarikat industri secara usaha sama, telah mengkaji masalah-masalah ini dan membangunkan rangkaian produk EKAM berdasarkan keperluan khusus-industri. Dengan menyediakan capaian dan kekerapan unik melalui peranti yang deduplikasi mengikut jenama, kempen, laman web atau tempat, penyelesaian EKAM akan membolehkan analisis dan perbandingan dibuat terhadap platform-platform berbeza dan tawaran-tawarannya. Menerusi panel sumber tunggal, panel TV bersaiz besar dan penggalak digital, tanggapan peringkat banci dan Data Besar melalui segmen digital, EKAM akan menawarkan kebolehan yang lebih mantap dan tepat bagi menunjukkan metrik utama seperti jangkauan tokokan.  

"Kami berasa gembira untuk mengumumkan pelancaran EKAM, tawaran digital kami. Ekosistem ini memerlukan pengukuran untuk – iklan video dan kandungan, tanpa mengira saluran mahupun perantinya. Seperti yang dinyatakan oleh nama jenama ini, BARC India berusaha mencapai matlamatnya untuk menyepadukan antara pengukuran TV dan digital. Rangkaian produk EKAM kami akan diperkenalkan dalam tempoh 18-24 bulan akan datang. Ia akan menyediakan industri dengan pengukuran pihak ketiga yang bebas, pengesahan audiens dan seterusnya kebolehtontonan iklan serta kandungan video," kata Partho Dasgupta, Ketua Pegawai Eksekutif, BARC India.

Latar Belakang BARC India  

BARC INDIA ialah syarikat industri secara usaha sama yang ditubuhkan di India pada tahun 2012 dengan matlamat khusus untuk mereka bentuk, mentauliahkan, memantau dan memiliki Sistem Pengukuran Audiens Televisyen India. BARC India ialah satu usaha sama yang menghimpunkan ketiga-tiga pihak berkepentingan utama dalam Agensi Pengukuran Audiens Televisyen, Penyiar, Pengiklan dan Pengiklanan & Media. Badan-badan tertinggi masing-masing, Yayasan Penyiaran India (IBF), Persatuan Pengiklan India (ISA) dan Persatuan Agensi Pengiklanan India (AAAI), mewakili ketiga-tiga industri tersebut. Perikatan tiga cara ini memastikan sumber-sumber yang agak besar - kewangan, selain intelektual, yang diperlukan untuk memulakan inisiatif yang beroperasi secara besar-besaran dan berterusan, disediakan dalam rangka kerja tadbir urus yang mantap, telus serta bertanggungjawab. Pihak-pihak berkepentingan, di India dan serata dunia, dapat menikmati akses tanpa gangguan terhadap sistem pengukuran audiens televisyen yang komprehensif, tepat, andal dan menepati masa.

Laman Sesawang: http://www.barcindia.co.in

Twitter: @BARCIndia

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
En. Partho Dasgupta
Ketua Pegawai Eksekutif, BARC India
partho.dasgupta@barcindia.co.in
+91-22-49226611

Cik Seema Singh
Pengurus Kanan - Perhubungan Awam & Komunikasi
seema.singh@barcindia.co.in
+91-9702333354

 

Source: Broadcast Audience Research Council India
Keywords: Advertising Broadcast Technology Television New products/services