omniture

Penyelidikan Kepintaran Buatan di XJTLU: Pemahaman Latar Kepintaran

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2017-04-25 08:00 426

LONDON, 25 April, 2017 /PRNewswire/ -- Dr Kaizhu Huang, Profesor Madya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Xi'an Jiaotong-Liverpool University, telah membangunkan satu projek penyelidikan Pemahaman Latar Kepintaran (Intelligent Scene Understanding (ISU)), teknologi yang membolehkan sistem komputer untuk mengenal objek.

"Projek itu bergantung kepada 'pembelajaran mendalam', yang merupakan salah satu aspek algoritma pembelajaran mesin. Algoritma ini membolehkan prestasi yang lebih tinggi daripada manusia dalam pelbagai senario pembelajaran dan visi," kata Kaizhu.

Projek ISU Kaizhu menggunakan pelbagai sensor untuk mengesan pelbagai subjek (manusia, kenderaan, dan objek) dalam latar dunia benar. Model pengenalan corak dan pembelajaran canggih digunakan untuk mewujudkan satu sistem yang dapat mengenal pasti, menganalisis, dan memahami objek dengan lebih tepat dan cekap.

Aplikasi tipikal ISU termasuk pasar raya seperti Amazon-Go yang tidak memerlukan pekerja, tidak perlu beratur, atau kaunter bayaran, dan 'sistem pintar memburu suspek', di mana kamera video awam mungkin digunakan untuk mengenal pasti suspek penjenayah mahu pun kenderaan mereka secara automatik.

Satu aplikasi teknologi itu boleh juga mewujudkan perkhidmatan fotografi automatik di tempat-tempat pelancongan, seperti yang dijelaskan oleh Kaizhu:

"Teknologi utama di sini adalah pengenalpastian objek - sistem mengenalpasti pelancong individu ketika mereka memasuki sesuatu tempat, dan kamera mengambil gambar semasa mereka bersiar-siar di sekitar,'' kata beliau.

"Di penghujung lawatan pelancong boleh dihadiahkan dengan berbilang foto untuk dibawa pulang sebagai cenderamata. Ini menghilangkan keperluan orang ramai untuk mengambil foto mereka sendiri di samping memperbaiki kecekapan dan mobiliti, terutama di tempat-tempat pelancongan yang penuh sesak," tambah Kaizhu.

Kaizhu sedang menyediakan versi demonstrasi  untuk sistem ini di XJTLU dan berharap untuk melakukan percubaan dunia benar dalam salah satu daripada taman terkenal di Suzhou.

Pendidikan Al di XJTLU                                                                                                         

Cheng Lyu, alumni XJTLU, pemilik syarikat baharu Teknologi Raven yang mencipta aplikasi muzik terkenal berasaskan AI, baru-baru ini telah dilantik memegang peranan penting di syarikat teknologi Baidu.

Pelantikan Cheng menjadi contoh bagaimana XJTLU membantu melatih pakar-pakar AI generasi akan datang  melalui program akademik di jabatan-jabatan Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian dan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Fablab XJTLU, 'tempat di mana sesiapa sahaja boleh membuat hampir apa sahaja', memberikan pelajar ruang untuk mencuba idea fabrikasi digital mereka, dan menganjurkan ceramah tetamu undangan oleh pakar-pakar AI untuk memberi inspirasi kepada generasi usahawan digital akan datang.

Selain itu, terdapat banyak peluang latihan dan penempatan pekerjaan kepada pelajar XJTLU di syarikat-syarikat teknologi di Taman Perindustrian Suzhou, Lembah Silikon China.

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education