omniture

Tickmill Lapor Keuntungan dan Metrik Perdagangan Kukuh untuk 2016

Tickmill
2017-04-27 03:49 568

LONDON, 27 April 2017 /PRNewswire/ --

Tickmill Ltd, penyedia global bagi perkhidmatan broker FX dan CFD, mengumumkan keputusan kewangan yang kukuh bagi tahun 2016, melaporkan keuntungan bersih teraudit sebanyak $6.27 juta, yang melebihi hasil keuntungan tahun 2015 sebanyak 118%. Syarikat turut mendedahkan jumlah perdagangan keseluruhan untuk tahun 2016, yang bernilai $473 bilion.

generated by system

generated by system

Menerusi tumpuan Tickmill terhadap tawaran produk yang kukuh dan pendekatan yang mengutamakan pelanggan, keuntungan bersihnya meningkat daripada $2.88 juta pada tahun 2015 kepada $6.27 juta pada tahun 2016, manakala jumlah hasil perdagangannya meningkat hampir tiga kali ganda, melonjak daripada $5.55 juta pada tahun 2015 kepada $15.85 juta pada tahun 2016. Jumlah perdagangan keseluruhan mencatat rekod yang tinggi sebanyak $473 bilion, berbanding $208 bilion pada tahun 2015, dengan mudah mengatasi unjuran tahunannya sebanyak $330 bilion.

Salah satu keutamaan tertinggi bagi tahun tersebut adalah untuk mendapatkan lesen daripada Lembaga Kelakuan Kewangan (FCA), dengan syarikat melancarkan secara rasmi perkhidmatan broker UK pada November 2016. Pasukan pengurusan amat komited untuk menjadikan divisyen UK sebagai penyumbang kukuh terhadap pertumbuhan kewangan jangka panjang Tickmill.

Dalam usaha untuk mempelbagaikan capaiannya dan menawarkan perkhidmatan setempat demi meningkatkan pengalaman pelanggan, syarikat turut melebarkan sayapnya ke dalam pasaran-pasaran utama Asia, sambil mengukuhkan kedudukannya di rantau MENA serta Amerika Selatan, yang dijangka akan menyaksikan keputusan yang memberangsangkan pada tahun 2017.

"Keputusan kewangan kukuh yang dilihat secara menyeluruh pada tahun 2016 sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan jumlah pelanggan baharu dalam pasaran sasaran Tickmill yang semakin menyedari tentang kualiti tinggi perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Tickmill telah menjadi broker pilihan dunia menerusi pedagang algoritma pintarnya dan pelanggan institusi yang mementingkan spread yang ketat, komisen yang rendah, pelaksanaan ultra pantas dan persekitaran perdagangan yang mana semua strategi, termasuk scalping dan perdagangan berita, dibenarkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif, En. Duncan Anderson.

Pada tahun 2017, syarikat tersebut meramalkan untuk mencapai jumlah perdagangan sepanjang tahun sebanyak $600-650 bilion dan terus memperluas capaian globalnya secara organik dan tidak organik. Secara organik, iaitu melalui peningkatan kesedaran terhadap jenama Tickmill dalam pasaran-pasaran utama, pewujudan jaringan rakan kongsi yang kukuh dan Pengenalan Broker yang memberi nilai kepada pelanggan serta melalui pelancaran produk dan juga perkhidmatan baharu. Secara tidak organik pula, dengan meninjau peluang-peluang sama ada untuk mengambil alih mahupun membina hubungan strategik dengan pengusaha industri lain, yang mempunyai nilai dan etika perniagaan yang sama.

Latar Belakang Tickmill 

Tickmill ialah broker ECN global, diberi kuasa dan dikawal selia oleh FCA UK dan FSA SC. Tickmill menawarkan khidmat dagangan dengan tumpuan utama terhadap CFD bagi Pertukaran Asing (Forex), Indeks Saham, Komoditi dan Logam Berharga.

Sila layari http://www.tickmill.com

Dagangan CFD boleh menyebabkan kerugian melebihi nilai pelaburan awal.

Source: Tickmill
Keywords: Banking/Financial Service Earnings