omniture

NCS4 Selesai Ujian Makmal Rasmi Ke Atas Passport Systems, Sistem SmartShield Untuk Keselamatan Persekitaran

Passport Systems, Inc.
2017-04-27 09:00 458

N. BILLERICA, Massachusetts, 27 April 2017 /PRNewswire/ -- Pasport Systems, Inc. hari ini mengumumkan bahawa Sistem Pengesanan Sinaran Rangkaian SmartShield™ yang telah melengkapkan penilaian makmal rasmi oleh National Center for Spectator Sports Safety and Security (NCS4)  di University of Southern Mississippi. NCS4 menilai sistem SmartShield dalam enam belas bahagian fungsi, termasuk pengukuran dan pengenalan isotop radioaktif, kesedaran keadaan, dan geolokasi sumber radioaktif.

"Kami amat gembira dengan prestasi Sistem SmartShield," kata Tom Hughes, Pengarah Pengurusan Produk untuk SmartShield Technology. "NCS4 bertungkus lumus untuk memastikan ujian yang ketat. Kami berbangga kerana diiktiraf oleh pemimpin dalam amalan terbaik bagi keselamatan acara dan tempat."

Penilai NCS4 ialah golongan profesional dari pusat sukan, respons bahan berbahaya, perkhidmatan bomba dan kecemasan, respons radiologi, dan operasi nuklear. Pujian sistem SmartShield oleh penilai:

  •  "Ciri terbaik system SmartShield™ ialah kesedaran situasi yang disediakan kepada pasukan  dan ketua respons."
  • "Teknologi Passport Systems SmartShield™ menampilkan alat yang tidak menonjol, bersesuaian dan cekap untuk mengesan, mengasingkan dan mengenal pasti punca pemancar sinaran gama.  Antara muka yang menggunakan ciri-ciri di dalam telefon pintar generasi kini, mesra pengguna dan memberikan pelbagai alat berguna bagi kedua-dua pengguna baharu dan pengguna berpengalaman."
  • "Sistem ini mempunyai keupayaan secara elektronik untuk menyuntik simulasi sumber radioaktif yang menyediakan simulasi peristiwa sebenar dengan sepenuhnya [...] Ia membolehkan pasukan untuk 'melatih cara mereka berjuang.' Ini adalah keupayaan yang ketara."

Penilaian ini mengikut prinsip yang kini didukung oleh program pengesahan DHS yang masih digunakan yang membantu pengendali dengan ulasan bagi sistem dan penyelesaian komersial. Markah keseluruhan menunjukkan bahawa prestasi sistem SmartShield berada pada atau di atas paras ditetapkan oleh penilai untuk memenuhi setiap keperluan sepenuhnya.

"Penilaian NCS4 merupakan peristiwa penting dalam penerimaan komuniti keselamatan terhadap sistem SmartShield," kata Dr. Robert Ledoux, Ketua Pegawai Eksekutif Passport Systems, Inc. "Keselamatan sukan dan arena besar lain-lain ialah satu perkara penting di seluruh dunia dan sistem SmartShield Passport benar-benar sesuai untuk menangani isu ini. Kami berbangga mendapat penentuan rasmi ujian makmal NCS4."

Baca laporan penuh NCS4 di https://www.passportsystems.com/pg/products/smartshield/ncs4-lab-evaluation.

Untuk membuat temubual dengan En. Hughes, sila hubungi Passport Systems di 978-263-9900 x2227.  Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Passport Systems, sila kunjungi www.passportsystems.com.

 

Source: Passport Systems, Inc.
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Public Safety