omniture

Thuraya Terbang Dengan Sambungan Dalam Penerbangan

Thuraya Satellite Telecommunications Company
2017-04-27 15:41 653

DUBAI, UAE, 27 April 2017 /PRNewswire/ --

"Thuraya Aero" mendayakan aplikasi seperti SAR, ISR, teleperubatan, pejabat-di-langit dan pengawasan sempadan

Thuraya Telecommunications Company, mengumumkan pelancaran Thuraya AERO, perkhidmatan komunikasi satelit yang mendayakan ketersambungan dalam penerbangan untuk akses internet, panggilan suara, pesanan teks dan aplikasi data berkelajuan tinggi di atas pesawat bersaiz kecil hingga sederhana.

generated by system

Dibangunkan dengan kerjasama Aero Group, sebuah konsortium penginovasi teknologi dan perkhidmatan global yang terdiri daripada Cobham, SCOTTY Group, SRT Wireless dan diketuai oleh smp aviation; Thuraya Aero sesuai untuk pesawat sayap tetap dan sayap berputar dan juga mana-mana platform udara lain yang misi penerbangannya adalah di luar garis penglihatan.

Thuraya Aero mendayakan aplikasi yang memerlukan data di udara masa sebenar seperti misi mencari dan menyelamat (SAR), ISR, teleperubatan, operasi ketenteraan, pejabat-di-langit dan pengawasan sempadan. Keupayaannya yang unik membolehkan Thuraya memberikan perkhidmatan kepada pelbagai segmen pasaran termasuk kerajaan, tentera, perusahaan dan bantuan bencana.

Ahmed Al Shamsi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif di Thuraya mengulangi bahawa pelancaran Thuraya Aero ialah langkah pertama yang penting ke arah usaha syarikat untuk membina kehadiran yang cukup besar dalam sektor Aero yang membawa kecekapan operasi untuk pelanggan ke tahap serba baharu. Ini difahami oleh perniagaan dalam pelbagai sektor dan kini dengan Thuraya Aero, syarikat berada dalam kedudukan kukuh untuk membantu sektor penerbangan. Dengan perbelanjaan pemasangan yang boleh diabaikan dan penukaran mudah sistem jalur-L sedia ada, Thuraya Aero bersedia untuk menawarkan alternatif yang mengujakan dan menarik untuk apa jua yang tersedia pada masa kini dalam pasaran.

Direka untuk beroperasi pada kelajuan jalur lebar IP sehingga 444kbps dalam konfigurasi saluran tunggal dan sehingga 700 kbps dengan sistem saluran duaan, Thuraya Aero juga didatangkan dengan keupayaan penghantaran video terbina dalam yang menawarkan penstriman video masa sebenar menggunakan sistem kamera HD dalam pesawat. Ini menjadikannya sesuai untuk pesawat ISR & SAR serta platform udara lain. Teknologi satelit jalur-L Thuraya ialah pilihan terbaik untuk platform di udara yang terbang pada tahap sederhana atau rendah kerana penghantaran tidak dipengaruhi oleh keadaan cuaca.

Bagi penerbangan perniagaan, Thuraya Aero menyediakan ketersambungan dalam penerbangan VIP dan Eksekutif yang berpatutan. Semasa penerbangan, para eksekutif boleh berbual menggunakan telefon pintar mereka; menghantar dan menerima pesanan teks; mengakses e-mel dan internet dengan mana-mana peranti mudah alih selain mengadakan persidangan video.

Manfred Scheiring, Ketua Pegawai Eksekutif di smp aviation berkata: "Menerusi perkongsian kami dengan Thuraya, kami berpeluang menyediakan komunikasi satelit di udara pada rangkaian yang kukuh dan fleksibel demi memberikan penjimatan kos operasi yang agak besar dan berpatutan selain kos masa penerbangan yang dapat dihitung. Pelbagai pakej masa penerbangan akan ditawarkan, bersama talian penting 24/7 untuk sokongan pelanggan. Sistem di udara ini termasuk semua perkakasan dan perisian yang diperlukan, berserta rakan kongsi perkhidmatan tempatan yang pakar untuk setiap pasaran."

Thuraya Aero boleh dipasang dengan mudah pada mana-mana kapal terbang. Komponen perkakasan dan perisian untuk berkomunikasi dengan sistem satelit Thuraya dibangunkan dengan gabungan hebat pembekal penyelesaian aeroangkasa terkenal yang telahpun mendapatkan semua kelulusan aero yang diperlukan untuk menawarkan produk-produk bertaraf tinggi ini kepada pasaran penerbangan.

Sumber: Thuraya Satellite Telecommunications Company

Source: Thuraya Satellite Telecommunications Company
Keywords: Airlines/Aviation Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Travel New products/services