omniture

FE CREDIT Sasar Pacu Transaksi Tanpa Tunai dengan Pelancaran Kad Kredit Pertama Vietnam dengan Kerjasama Entrust Datacard

VPBank Finance Company Limited
2017-04-27 16:07 634

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 27 April 2017 /PRNewswire/ -- Bagi memacu penembusan kad kredit dalam kalangan pengguna pertama kali dan menggalakkan transaksi tanpa tunai, VPBank Finance Company Limited (FE CREDIT) melancarkan kad kredit segera, Kad kredit segera pertama seumpamanya di Vietnam didayakan dengan ciri-ciri inovatif seperti:

  • Aplikasi Segera: Pelanggan boleh berjumpa terus, memohon dan mendapatkan kelulusan kad dalam masa 20 minit.
  • Pengeluaran Segera: Menggunakan penyelesaian Pengeluaran Segera daripada Entrust Datacard & rakan kongsi tempatannya, MK Group, kad kredit FE CREDIT Plus akan dikeluarkan dalam masa 5 minit selepas mendapat kelulusan.
  • Pengaktifan Segera: Pemegang kad boleh menggunakan Kad FE CREDIT serta merta di mana-mana ATM atau POS yang menerima MasterCard di Vietnam atau di seluruh dunia.
FE CREDIT launches Instant Credit Card - Image for representation purposes only
FE CREDIT launches Instant Credit Card - Image for representation purposes only

FE CREDIT telah mula menawarkan penyelesaian ini menerusi satu cawangan utama peruncit barangan tahan lama pengguna utama di Vietnam dengan rancangan pengembangan besar-besaran.

En. Kalidas Ghose, Ketua Pegawai Eksekutif FE CREDIT berkata, "FE CREDIT percaya dalam usaha menyediakan kredit pengguna dan kad kredit kepada pelanggan penting kami dengan cara yang PANTAS dan MUDAH. Ini merupakan asas dalam setiap inisiatif penentu pasaran yang dipelopori oleh kami. Kad kredit segera ini adalah satu lagi contoh usaha berterusan kami dan merupakan yang pertama di Vietnam."  

En. Nimish Dwivedi, Pengarah Perniagaan Kad Kredit FE CREDIT menambah, "Kad kredit segera ini adalah satu perubahan besar dalam menyediakan pasaran dengan faedah penentu yang membolehkan pelanggan yang tidak mempunyai produk kad untuk memulakan pengalaman tanpa tunai mereka secara sepenuhnya dalam masa hanya beberapa minit."

En. Ajay Kumar, Pengarah Urusan Serantau - Asia Pasifik, Pengeluaran Kewangan Segera untuk Entrust Datacard berkata, "Kami berasa teruja dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif FE CREDIT bagi pengeluaran segera Kad Plus. Menerusi penyelesaian ini, FE CREDIT boleh mencipta suatu yang berbeza dalam tawaran mereka."

Latar Belakang FE CREDIT

Pelopor bagi Kewangan Pengguna, FE CREDIT telah mewujudkan asas kukuh untuk menjadi peneraju pasaran bagi pasaran pinjaman pengguna tidak bercagar. Kini, FE CREDIT menyediakan perkhidmatan pemberian pinjaman kepada pengguna seperti pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dua roda, pinjaman barangan tahan lama pengguna serta kad kredit. www.fecredit.com.vn.

Latar Belakang Entrust Datacard

Entrust Datacard menawarkan teknologi identiti dipercayai dan transaksi selamat, bermula daripada dunia fizikal kad kewangan, pasport dan kad ID hinggalah kepada segmen pengesahan digital, pensijilan dan komunikasi selamat. www.entrustdatacard.com.

Maklumat Perhubungan Media:

FE CREDIT - VPBank Finance Company Limited 
+84- 08-3911-5212 
pr@fecredit.com.vn 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170425/1833723-1

Source: VPBank Finance Company Limited
Keywords: Banking/Financial Service New products/services