omniture

Telefon Pintar Istimewa Baharu Vivo V5s Dayakan Swafoto Sempurna dalam Persekitaran Cahaya Rendah

Vivo
2017-05-04 09:00 779

SHENZHEN, China, 4 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Pengeluar telefon pintar terkemuka Vivo akan melancarkan telefon pintar mudah alih terbarunya yang istimewa, V5s, ahli baharu dalam peranti siri V hari ini. V5s meneruskan rekod Vivo dalam memberikan telefon yang menyediakan pengguna dengan "Swafoto Sempurna" dengan kamera hadapan 20MP yang tercanggih dan ciri Selfie Softlight (Cahaya Lembut Swafoto) yang dioptimumkan serta 4GB RAM dan 64GB ROM.

Vivo V5s: Swafoto Sempurna 5
Vivo V5s: Swafoto Sempurna 5

"Kumpulan fokus kami menunjukkan bahawa pengguna cenderung untuk mengambil swafoto dalam kehidupan seharian mereka," jelas Alex Feng, Naib Presiden Global di Vivo. "V5s ialah telefon pintar perintis yang membantu usaha pengguna untuk mengambil swafoto yang sempurna dalam persekitaran cahaya rendah dan memenuhi hasrat mereka untuk mencantikkan potret dengan kesan semula jadi."

- Imej berkualiti tinggi dengan kamera hadapan 20MP

V5s menggunakan kamera hadapan 20MP untuk membawa teknologi swafoto ke tahap seterusnya dengan kejelasan indah dan warna semula jadi yang terang. Fungsi swafoto baharu ini juga menyokong kesan bokeh untuk memberikan fokus potret yang jelas dan latar belakang yang kabur berseni.

- Pengalaman fotografi yang lancar dengan konfigurasi perkakasan tercanggih

V5s dikuasakan oleh CPU teras-octa, dengan 4GB RAM dan 64GB ROM (boleh ditambah menjadi 256GB dengan kad microSD). Konfigurasi perkakasan yang berkuasa ini, bersama-sama dengan sistem operasi Funtouch OS 3.0 yang telah dikemaskini (berdasarkan Android 6.0), menjamin pengalaman swafoto dan fotografi yang lebih lancar.

- Swafoto Sempurna bawah cahaya ambien rendah dengan Selfie Softlight

Selfie Softlight yang dioptimumkan mewujudkan kesan pencahayaan yang setanding dengan studio fotografi profesional. Fungsi ini menangkap wajah berseri walaupun dalam persekitaran cahaya rendah. Di samping itu, fungsi Face Beauty 6.0 Vivo membolehkan pengguna untuk mencantikkan swafoto dengan satu klik.

- Swafoto Berkumpulan Kreatif dan foto Ultra HD 52MP

Berdedikasi terhadap teknologi fotografi telefon pintar canggih, V5s juga memperkenalkan ciri Swafoto Kumpulan untuk merakam setiap senyuman dalam satu gambar berkumpulan tanpa berhimpit-himpit atau kehilangan sesiapa. Sementara itu, ciri foto Ultra HD 52MP menangkap berbilang gambar secara berturut-turut dan mencipta gambar 52MP luar biasa dengan lebih terperinci dan kurang hingar.

Ciri-ciri lain V5s termasuklah:

  • Kelajuan membuka kunci cap jari 0.2s
  • Reka bentuk keseluruhan yang bergaya
  • Cip audio Hi-Fi AK4376

"Dengan melancarkan V5s yang baharu ini, Vivo menandakan era baru fotografi dalam industri telefon mudah alih," kata Feng. "Vivo berterusan menawarkan pengguna swafoto yang sungguh cantik dan pengalaman pengguna yang menyeronokkan dengan menaik taraf teknologi fotografi kami dan juga memperkenalkan ciri-ciri baharu."

Untuk maklumat lanjut mengenai Vivo V5s, sila kunjungi: www.vivo.com

V5s boleh didapati dalam warna hitam matte, emas mahkota dan emas ros. Ia akan berada di India, Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina pada bulan Mei.

Latar Belakang Vivo

Jenama telefon pintar global muda yang menumpukan kepada memperkenalkan kualiti bunyi yang sempurna dan fotografi terhebat dengan teknologi tercanggih, Vivo membangunkan produk dinamik dan bergaya bagi golongan muda yang bersemangat. Syarikat ini merupakan antara 5 jenama telefon pintar terkemuka di seluruh dunia mengikut laporan Suku Keempat 2016 IDC.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170502/1836341-4

Source: Vivo
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services