omniture

Orange Business Services Luaskan Kehadiran di Malaysia dengan Perpindahan Pejabat Baharu

Orange Business Services
2017-05-10 03:44 361

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Orange Business Services hari ini mengumumkan perpindahannya ke pejabat baharu yang akan membolehkan peluasan lanjut sewaktu syarikat terus berkembang di Asia Pasifik. Pejabat baharu ini akan menempatkan Pusat Kompetensi Asia (ACC) Orange Business Services dan berperanan sebagai salah satu hab operasi perniagaan yang menyokong penyediaan perkhidmatan hujung-ke-hujung sepenuhnya merentasi ASEAN, Australasia, tanah besar China, Hong Kong, India, Jepun dan juga Korea.

"ASEAN ialah rantau paling pesat berkembang untuk Orange di Asia Pasifik, dan perpindahan yang dibuat hari ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk melabur demi berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan dan rakan kongsi kami di rantau ini," kata Tuan Le, pengurus besar untuk ASEAN, Orange Business Services.

Selain sokongan jualan dan operasi, pejabat Malaysia akan turut menawarkan perkhidmatan yang lebih berpusat seperti reka bentuk rangkaian dengan sokongan bahasa tempatan untuk semua pelanggan Asia.

Sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya, Orange akan berusaha menghimpunkan kakitangan global yang memiliki pengetahuan domain dalam bidang keselamatan serta pertahanan siber ke pejabat Malaysia. Selain itu, Orange akan turut menggaji bakat-bakat tempatan demi menyokong pembangunan dan pengembangan ACC serantau.

"Kami percaya perkongsian rentas dalam pengetahuan dan kepakaran ini akan terus meningkatkan set kemahiran dan keupayaan pasukan kami untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan kami di Asia," jelas Tuan.

Orange kini menggunakan ruang pejabat berkeluasan kira-kira 1,700 meter persegi yang terletak di Kuala Lumpur, dan syarikat akan menambah jumlah kakitangan tempatan mereka di Malaysia sebanyak 70 peratus menjelang akhir tahun 2018.

Latar Belakang Orange Business Services

Orange Business Services, cawangan B2B Orange Group, bersama 21,000 kakitangannya, memberi tumpuan untuk menyokong transformasi digital dalam syarikat-syarikat perusahaan multinasional, dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Perancis merentasi lima benua. Orange Business Services bukan sekadar pengendali infrastruktur, tetapi juga merupakan penyepadu teknologi dan penyedia perkhidmatan bernilai tambah. Ia menawarkan penyelesaian digital kepada syarikat-syarikat yang membantu memupuk kerjasama dalam pasukan mereka (ruang kerja bersama dan ruang kerja bergerak), berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggan mereka (memperkaya hubungan pelanggan dan inovasi perniagaan), serta menyokong projek-projek mereka (memperkaya sambungan, IT anjal dan pertahanan siber). Teknologi bersepadu yang ditawarkan oleh Orange Business Services bermula daripada Rangkaian Tentuan Perisian (SDN/NFV), Data Besar dan IoT, kepada pengkomputeran awan, komunikasi bersepadu dan kolaborasi, selain keselamatan siber. Para pelanggan Orange Business Services terdiri daripada lebih 3,000 syarikat multinasional terkenal di peringkat antarabangsa dan lebih dua juta ahli profesional, syarikat dan masyarakat tempatan di Perancis.

Ketahui lebih lanjut di www.orange-business.com atau ikuti kami melalui LinkedInTwitter dan blog kami.

Orange ialah salah satu pengendali telekomunikasi utama dunia dengan jualan tahunan mencecah 40.9 bilion euro pada tahun 2016 dan mempunyai 263 juta pelanggan di 29 negara setakat 31 Disember 2016. Orange tersenarai dalam Euronext Paris (simbol ORA) dan juga Bursa Saham New York (simbol ORAN).

Orange dan nama-nama produk atau perkhidmatan Orange lain yang disertakan dalam siaran ini merupakan tanda dagangan berdaftar Orange atau Orange Brand Services Limited.

Maklumat perhubungan akhbar: 
Rachelle Tan, SG Story, rachelletan@sgstory.com, +65-9011-0055

Source: Orange Business Services
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Corporate Expansion