omniture

LKK Health Products Group Dinamakan Salah Satu Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2017

LKK Health Products Group
2017-05-16 11:37 864

HONG KONG, 16 Mei 2017 /PRNewswire/ -- LKK Health Products Group (LKKHPG) telah dinamakan sebagai salah satu "Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2017", oleh HR Asia Magazine  - penerbitan yang paling berwibawa bagi profesional HR di rantau ini. Anugerah yang diberikan kepada syarikat ini bagi tahun ke-2 berturut-turut merupakan pengiktirafan terhadap prestasi luar biasa Syarikat dalam penglibatan pekerja, pengurusan bakat, serta amalan di tempat kerja.

LKK Health Products Group Dinamakan Salah Satu Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2017
LKK Health Products Group Dinamakan Salah Satu Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2017

LKKHPG ialah salah satu daripada 26 syarikat yang layak tahun ini daripada 138 calon dalam kalangan 20 industri di seluruh Hong Kong, berdasarkan kriteria penting termasuk persekitaran tempat kerja, amalan HR, penglibatan pekerja dan kepuasan kerja. Penerima anugerah lain termasuk Swarovski, A.S. Watson Group, Hang Lung Properties, DHL, dan McDonald's.

Pemenang bagi anugerah dipilih daripada salah satu kajian yang paling berstruktur dan menyeluruh, yang dijalankan oleh HR Asia dan firma perundingan sumber manusia antarabangsa yang terkenal, Mercer dalam penglibatan pekerja dan amalan tempat kerja. "Melalui kajian ini, HR Asia mendapati bahawa banyak syarikat -- tempatan dan antarabangsa - mempunyai amalan tempat kerja yang setanding dengan yang terbaik di dunia," kata En. William Ng, penerbit kumpulan dan ketua editor Business Media International, penerbit HR Asia.

Kajian proprietari ini meliputi lebih 5,200 pekerja di 20 negara di Asia, penemuannya menunjukkan bahawa LKKHPG mendapat markah tinggi dalam pelbagai penilaian. HR Asia mengulas LKKHPG berdedikasi dalam menyediakan persekitaran tempat kerja yang cemerlang untuk pekerja mereka bagi pembangunan mampan yang menjadikannya tempat yang hebat untuk bekerja dan membolehkan pekerja untuk menyerlahkan potensi mereka dan memaksimumkan produktiviti.

"Ia satu penghormatan untuk diiktiraf sekali lagi," kata En. Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG. "Anugerah ini menggalakkan kami untuk terus menyokong nilai teras kami iaitu 'Si Li Ji Ren' (Mempertimbangkan Kepentingan Orang Lain) dalam setiap aspek operasi perniagaan kami, dan juga mengukuhkan komitmen kami dalam menyediakan persekitaran yang cemerlang bagi pekerja kami untuk mereka berkembang dan mendapatkan keseimbangan pekerjaan-kehidupan."

Latar Belakang LKKHPG (http://www.lkkhpg.com

LKKHPG ialah ahli Lee Kum Kee Group, perusahaan Hong Kong yang telah berusia satu abad. Beribu pejabat di Hong Kong, LKKHPG terlibat dalam R&D, pengeluaran, penjualan dan perkhidmatan produk kesihatan herba Cina; pengurusan ladang dan penjualan bahan-bahan perubatan Cina mentah; platform internet mudah alih serta produk dan perkhidmatan yang berkaitan; dan pelaburan hartanah.

Ikut kami di Facebook: https://www.facebook.com/lkkhpg

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170515/1851552-1

Source: LKK Health Products Group
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Supplementary Medicine Workforce Management/Human Resources Awards