omniture

AGRO Chengdu ke-5 Alu-alukan Perusahaan Seluruh Dunia Tinjau Peluang Perniagaan di Barat China

Chengdu New East Exhibition Co.,Ltd
2017-05-17 17:57 781

CHENGDU, China, 17 Mei 2017 /PRNewswire/ -- Edisi ke-5 bagi Ekspo Pertanian Moden Bandar Antarabangsa Chengdu (turut dikenali sebagai AGRO Chengdu) bakal berlangsung di Chengdu, China mulai 30 Jun hingga 3 Julai 2017. Satu acara yang lengkap untuk produk dan teknologi pertanian yang diadakan di bahagian barat China, Ekspo ini bermatlamat untuk menyediakan platform pertukaran bertaraf profesional untuk perusahaan domestik dan luar negara bagi mengukuhkan jenama mereka, memperluas capaian pasaran dan menggalakkan kerjasama perdagangan rentas sempadan.

AGRO chengdu 2016
AGRO chengdu 2016

Chengdu ialah sebuah bandar penting dalam inisiatif Jalur dan Jalan China dan juga merupakan salah sebuah bandar yang banyak menerima pelaburan daripada Kerajaan Cina. Operasi landasan kereta api blok China-Eropah telah menjadi laluan penting bagi pembangunan ekonomi Chengdu dan memberi sumbangan besar terhadap jalinan kerjasama antarabangsa peringkat lebih tinggi, dengan kesannya turut diperoleh sektor pertanian. 

Setiap tahun, institusi pertanian, persatuan perniagaan dan wakil-wakil perusahaan dari lebih 10 negara dan rantau berhimpun di AGRO Chengdu bagi tujuan perdagangan dan pertukaran. En. Amir Laty, Konsul Jeneral Israel di Chengdu, setelah menghadiri AGRO Chengdu ke-4, memberikan maklum balas yang amat positif terhadap acara ini dan menganggap Chengdu mempunyai potensi yang cukup besar untuk bekerjasama dengan banyak negara, dan Israel merupakan salah satu daripadanya.

Tahun ini, AGRO Chengdu ke-5 akan meliputi ruang pameran seluas 55,000m2 bersama 1,300 pempamer bagi mempamerkan produk dan teknologi pertanian merangkumi seluruh rantaian bekalan pertanian – bermula daripada teknologi pertanian moden, produk pertanian khas, bahan-bahan yang digunakan dalam pertanian, jentera pertanian, logistik dan pembungkusan rantaian sejuk produk pertanian, sehinggalah kepada perkhidmatan komprehensif dalam pertanian moden, dan lain-lain. Perlu dinyatakan bahawa Ekspo ini turut menambah astaka kerjasama yang dikhususkan untuk inisiatif "Jalur dan Jalan", yang memberi tumpuan untuk mempamerkan produk pertanian, peralatan berteknologi dan projek kerjasama yang dibawakan oleh pelbagai negara dan bandar yang mengambil bahagian dalam Inisiatif utama itu.

Syarikat-syarikat perusahaan dari 11 negara termasuk Rusia, Israel, Perancis, Malaysia, Australia, Sepanyol, Singapura, Jepun, Thailand dan Nepal mengesahkan yang mereka akan menyertai pameran, dan penyertaan daripada lebih banyak negara turut dijangkakan. AGRO Chengdu ke-5 ingin mengundang semua organisasi perindustrian, persatuan perniagaan dan syarikat untuk menyertai pameran agar dapat bersama-sama meninjau prospek pembangunan di bahagian barat China. Bagi pihak-pihak yang berminat, sila hubungi Cik Zhao daripada Chengdu New East Exhibition Co.,Ltd. (penganjur Ekspo), di talian +86-028 86280019/ +86-18215577029 atau emelkan kepada 261032945@qq.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20170516/1852880-1   

Source: Chengdu New East Exhibition Co.,Ltd
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Machinery Asian-related news Trade show news